Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 12, 2016

Kostum agama lain: Adakah Mufti-Mufti ini juga berani gesa Najib bertaubat?

Memang sesiapa saja sekiranya melakukan kesilapan terhadap agama atau manusia perlu mohon maaf dan bertaubat tidak akan terkecuali pada siapa pun

Yang kebih teruk dan memalukan bila seorang wakil rakyat dari sebuah parti yang kononnya mendokong Islam!

Mufti Gesa ADUN Paya Jaras Bertaubat
Mufti nasihat wakil rakyat taubat

KUALA LUMPUR – Mufti dan ulama Islam menasihatkan wakil rakyat Parti Islam SeMalaysia (Pas), Mohd. Khairuddin Othman, 45, agar memohon keampunan dengan cara bertaubat kepada Allah selepas mengenakan pakaian menyerupai Dewa Rezeki berjanggut panjang pada Isnin lalu.

Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abd. Rahman Osman berkata, pakaian yang mempunyai unsur ketuhanan agama lain adalah berdosa dan haram untuk dipakai oleh orang Islam.

Menurut beliau, perkara tersebut adalah berdasarkan hadis Rasulullah yang menyatakan pemakai pakaian yang menyerupai sesuatu kaum adalah sebahagian daripada kaum tersebut.

“Sebagai muslim, pakaian seperti Santa Claus, sami Buddha dan dewadewa agama lain memberi gambaran kerosakan akhlak pemakai tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Rahman menegaskan, pakaian itu boleh membawa kepada pemahaman umum yang melihat pemakainya adalah seorang bukan muslim, memandangkan pakaian tersebut tidak sinonim dalam masyarakat Islam.

Tambah beliau, sekiranya sesuatu pakaian itu tidak mempunyai kaitan dengan sesuatu agama, maka perkara tersebut dibenarkan.

“Orang Islam dibenarkan memakai pakaian seperti tali leher atau pakaian tradisional kaumkaum lain yang tidak mempunyai perkaitan dengan agama atau kepercayaan lain kerana pakaian berkenaan tidak menafikan keislaman seseorang,” tambah Rahman.

Pendapat tersebut turut disokong Mufti Kelantan, Datuk Muhd. Shukri Muhammad yang menyatakan seseorang yang melakukan perkara tersebut harus memohon keampunan dengan cara bertaubat kepada Allah.

“Perbuatan tersebut tidak sampai jatuh syirik, namun hukumnya haram dan pelaku tersebut dikira berdosa,” katanya.

Beliau berkata, pakaian yang tidak melibatkan unsur keagamaan adalah dibenarkan seperti memakai pakaian cheongsam atau sari.

Kosmo! semalam melaporkan, Setiausaha Pas Selangor yang juga Ahli Dewan Undangan Paya Jaras memohon maaf selepas dikritik kerana memakai pakaian menyerupai Dewa Chai Sen pada majlis Tahun Baru Cina di Wangsa Permai, Sungai Buloh Isnin lepas. - sumber

5 comments:

  1. ulama dlm pas pun kata tak salah..mandai mandai je mufti kata salah..kita orang dari parti islam yg terkuat di malaysia ini..pada ahli parti kami..sesiapa yg keluar..yg melawan presiden kami..mereka itu telah jd pengkhianat..jd munafik..juga jd kafir...
    ape yg kami buat semestinya benar..
    mufri boleh hukum orang lain tetapi tidak dari orang orang parti kami..presiden kami adalah antara ulamak dunia..kalau dah ada ulamak..mesti yg jami bust tu betul dan tak salah..
    TAK GITU ????

    ReplyDelete
  2. berat nnanangg dohh ..berat pade tindehh llori puok2 parti islang nih..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa