Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 29, 2016

Lantak kamulah kalau nak mampos pun.........ramai dah tak kisah!

Haji Hadi Terus Keluarkan Kenyataan Kelirukan Rakyat & Pecahbelahkan Pembangkang

Rafizi minta Hadi tak beri gambaran PAS sokong Najib

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berharap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak menghantar isyarat mengelirukan bahawa parti Islam itu menyokong skandal membelenggu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Rafizi berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Abdul Hadi dalam Sinar Harian hari ini yang mengatakan tidak akan menghadiri perhimpunan anti- Najib pada 27 Mac ini.

Menurut Rafizi, beliau sendiri menyatakan persetujuan supaya perdana menteri meletakkan jawatannya pada himpunan tersebut.

"Saya harap Datuk Seri Hadi Awang juga akan turut sama,supaya rakyat tidak terkeliru seolah-olah beliau/PAS mempertahankan Datuk Seri Najib Tun Razak pada kala kemarahan rakyat terhadap Perdana Menteri makin memuncak," katanya dalam Facebook hari ini.

Rafizi berkata, beliau jarang mengulas mengenai PAS atau Abdul Hadi kerana menghormati sumbangannya kepada pembangkang sejak puluhan tahun, tetapi beliau dihujani dengan pertanyaan mengenai kenyataan terbaru pemimpin PAS itu.

Ahli Parlimen Pandan berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian terbaru Hadi Awang iaitu "menolak parti Umno, tetapi berkawan dengan orang (pemimpin) Umno".

"Sepanjang sejarah Umno terutamanya selepas merdeka, sebenarnya pimpinan Umno itulah yang mencorakkan hala tuju dan pendekatan Umno. Sebab itu setiap kali Umno bertukar Presiden, setiap kalilah Umno bertukar.

"Maka bagi saya, kemudaratan yang dibawa oleh Umno kepada rakyat sebenarnya berbalik kepada jenis orang yang menjadi presiden/pemimpin Umno.

"Jika presiden Umno itu kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa - maka Umno (dan kerajaan) pun akan kasar, tidak mementingkan rakyat dan taksub dengan kuasa," katanya.

Atas sebab ini, Rafizi berkata beliau telah memberi tumpuan terhadap kritikannya ke atas Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau turut menyenaraikan keputusan yang disifatkan menindas rakyat dan berlaku ketika Najib menjadi presiden Umno.

Antaranya dengan memperkenalkan Cukai Barangan Dan Perhidmatan (GST), menghentikan biasiswa, memansuhkan subsidi minyak, dan menyebabkan hutang 1MDB mencecah RM42 bilion.

Selain itu, katanya, harta negara seperti tanah dan stesen janakuasa elektrik bertukar tangan kepada syarikat asing dan kemewahan melampau melibatkan pembelian jet baru dan rombongan ke luar negara yang ditanggung rakyat.
'Saya anti Umno, bukan anti orang Umno'

MARANG – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan bahawa beliau tidak akan menyertai sebarang himpunan anti-Najib termasuk yang dijadualkan berlangsung pada 27 Mac depan.

“Saya anti Umno….tetapi tidak (anti) orang Umno, orang Umno tidak, orang Umno kita (Pas) hendak berbaik. Ada pun parti Umno sudah banyak (buat) kesilapan. (Oleh itu) saya tidak mahu terlibat dalam himpunan (anti-Najib) itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian mengulas himpunan anti-Najib dijadualkan berlangsung 27 Mac ini selepas melepaskan peserta acara Langkah Harap sempena program Himpunan Harapan Semua (Harap) 3.3 di Padang Mengkuang, semalam.

Sebelum ini, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim menyuarakan hasrat untuk menganjurkan satu perhimpunan bagi mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melepaskan jawatannya.

Bagaimanapun, Zaid berkata, acara yang dijadualkan pada 27 Mac itu bukan merupakan bantahan awam tetapi sebenarnya adalah satu acara yang diadakan secara ‘tertutup’ dan atas ‘jemputan sahaja’ kepada kira-kira 1,000 orang.

“Saya lihat ramai masih bercakap mengenai perhimpunan pada 27 Mac, ia sebenarnya satu perjumpaan pemimpin dalam suasana tertutup.

“Saya tidak pernah kata ia akan menjadi protes jalanan atau perhimpunan awam. Saya bukannya seperti Bersih,” tulis Zaid dalam tweetnya sebelum in 
-SH
ULASAN GB

Tatkala rakyat negara Malaysia sedang mengkritik dan menentang DS Najib sebagai PM, tiba-tiba Presiden PAS dilihat seolah-olah "mempertahankan Najib".

"Tidak anti orang UMNO?" - Apakah Presiden PAS tidak anti kepada perbuatan-perbuatan mungkar dan jahat pemimpin-pemimpin UMNO? Tidak anti-Najib sewaktu beliau kini sednag bermaharajalela dengan prinsip "I help U, U help me" sehingga kini terlalu ramai pengampu dan pembodek yang membenarkan segala tindakannya walaupun yang salah dan zalim?

Apakah Islam mengajar yang kita tidak menentang pelaku kemungkaran tetapi hanya menentang wadah kumpulannya (partinya)?

Sedangkan Al-Quran sendiri mendedahkan Rasulullah berjuang bukan saja sekadar menentang "kumpulan" Quraisy, tetapi menentang individu-individu yang zalim yang menjadi pemimpin Quraisy itu seperti Abu Lahab

Ia terrakam di dalam Surah Al-Lahab dimana nama Abu Lahab dinyatakan dengan terang-terangan oleh Allah swt walaupun Abu Lahab itu sendiri adalah bapa saudara Nabi Muhammad saw.

"Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia !
Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan.
Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka).
Dan (begitu pula isterinya), pembawa kayu bakar (penyebar fitnah).
Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal . " (QS. Al- Lahab: 1 - 4) .

Kenyataan Hadi tersebut menyebabkan ramai kini mengandaikan bahawa beliau ada "termakan" habuan dari Najib. Benar atau tidak hanya Alah Yang Maha Tahu. Kedua, kenyataan Hadi itu menyebabkan ahli-ahli partinya sendiri jadi keliru sepertimana pendedahan kajian ILHAM CENTER baru-baru ini:
Kajian terbaru Ilham Centre mendapati, ahli akar umbi turut keliru disebabkan kenyataan bercanggah kepimpinan PAS terutamanya mengenai kerjasama dengan Umno.

“Mereka mula mempertikaikan apa yang dibuat Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat yang menang besar muktamar lalu dalam menjelaskan isu ini kepada mereka.

“Pada masa sama, kenyataan media yang dibuat pemimpin bercanggah antara satu sama lain,” kata Hisomuddin kepada The Malaysian Insider.

Pemilihan PAS pada Jun tahun lalu antara yang paling memecahbelahkan dalam sejarah 55 tahun penubuhannya.

Kumpulan konservatif berjaya menyapu bersih semua jawatan utama dan menyingkirkan golongan progresif.

Kumpulan progresif – terdiri daripada ahli Parlimen PAS yang terkenal meninggalkan parti dan menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah).

PAS pada masa sama menolak untuk menyertai gabungan baharu Pakatan Harapan tetapi mengekalkan kerjasama dengan PKR.

Sejak itu, terdapat persoalan mengenai hala tuju PAS.

Sesetengah pemimpinnya mahu hubungan lebih rapat dengan Umno sementara yang lain mahu PAS kekal sebagai parti pembangkang independen.

Hisomuddin berkata, rungutan terbesar ahli akar umbi ialah berhubung kenyataan bercanggah kepimpinan nasional.

Ini termasuk kenyataan daripada presiden, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung.

Mesej dihantar kepada orang ramai menggambarkan PAS tidak mempunyai pendirian rasmi terhadap sesuatu isu, tetapi lebih kepada pandangan peribadi yang kemudiannya bercanggah sesama sendiri, kata Hisomuddin.

Dalam isu kerjasama dengan Umno, rata-rata ahli PAS sukar menerima pendirian parti untuk bekerjasama dengan Umno melalui konsep “taawun” (bekerjasama untuk kebaikan).

9 comments:

  1. Sebiji perangai najib... Bila sokong pencuri maka penyokong tu apa ya?. Ni le haji hadi yg sebenar... allah dah tunjuk dpenghujung usia jd mcm ni... Bila manausia takabur dgn ilmunya... Nauzubilahiminzalik

    ReplyDelete
  2. Dulu lebai tua ni telan pil kuda..skrg dia makan dedak pula..makan dedak asuuuk.
    Walaonta tunggu kunci syorga...istiqamah...jgn tak istiqamah...

    ReplyDelete
  3. Pesakit mental ni ramai orang terlepas pandang..

    ReplyDelete
  4. oi mamat buat apa anti omno
    yang menghidupkan omno ada lah orang orangnya bukan nama omno
    jangan jadi gila bahasa nak tunjuk pandai
    yang jadikan omno kotor orang orang nya
    ada paham ka ini hadi oi
    kalau bab tazkirah bukan main lagi deras nak mampuih
    bial dah tua tua ni penakut nak mampuih
    habislah prinsip perjuangan digadai diakhir usia
    nak masuk lubang bewak berapa kali lagi

    ReplyDelete
  5. lambat pulak dia nak mampos. hahahaaa...

    ReplyDelete
  6. kenyataan yg tak boleh diterima lansung. anti umno.tp kawan orang umno
    umno itu hanya nama.. yg menggerakkan adalah lah ahli nya.
    buruk umno di sebab kan pemimpin nya.

    tak faham la...berpuluh tahun melawan umno dah ahli nya..tetiba menjadi pembantu umno..

    macamni la..sapa yg masih berfikir...fikir fikir la.

    hadi kawan umno.. titm lawan umno.. yg mana satu nak ikut.

    bila dah berkawan.bermakna hadi telah bersetuju denyan segala penipuan juga kezaliman umno terhadap pas dan rakyat selama ini.

    terima kasih tunjukkan siapa kamu yg sebenarnya.

    ReplyDelete
  7. Bila hati ada penyakit...maka dibenci...kiranya lge atau lks atau nuar yg buat kenyataan begini...mau dh smpi langit 15 pujian blog ni..
    1999 & 2008 membuktikan...klu ahli umno x puas hati...tumbang kjaan umno..itu yg pas offer...istiqomah dgn islam...bkn undi cina...baru fofesional

    ReplyDelete
  8. tak kemarok kuasa konon
    tanpa kuasa macam mana nak tegak jalan islam
    ini pun satu lagi kenyataan macam orang dah tak betoi
    ulamak dulu sanggup dipenjara tak mau ikut sang penguasa
    tapi ulamak lani sanggup pulak ikut puak haprak
    apa dah jadi ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa