Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 17, 2016

Manusia sekarang beb.......derma pun dermalah, peduli apa?

Wednesday, 17 February 2016
TERGAMAKKAH WAN AHMAD TERIMA "DERMA" MAT SABU?
Inilah yang dinamakan solidariti.

Sekumpulan anak-anak muda yang menggelarkan diri mereka "Sahabat Mat Sabu" kini tampil memulakan inisiatif mengutip derma bagi membantu Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang berkemungkinan dijatuhkan muflis jika gagal membayar gantirugi sebanyak RM200 ribu kepada bekas Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar.

Tampilnya anak-anak muda itu berbuat demikian kerana merasakan Mat Sabu kini dalam kesusahan, selain menganggap isu yang dibangkitkannya sehingga diheret ke mahkamah, turut berkaitan kepentingan rakyat.

Isu yang menyebabkan Mat Sabu disaman dan kemudian dikehendaki membayar gantirugi kepada Wan Omar ialah berkaitan Projek IC di Sabah. Perkara itu dibangkitkannya ketika beliau menjadi Timbalan Presiden Pas.

Menurut maklumat terkini, difahamkan hampir RM20 ribu berjaya dikutip pada hari pertama kempen diadakan.

Berdasarkan semangat kebangkitan rakyat, tidak mustahil derma untuk membantu Mat Sabu itu akan beroleh kejayaan dalam waktu yang tidak terlalu lama.

Jika setiap orang sedia menderma RM10 sekalipun, ia sebenarnya dapat menyumbang nilai yang bermakna dalam menyahut erti solidariti anak-anak muda itu.

Cumanya, oleh kerana ia merupakan kutipan daripada rakyat, tergamakkah Wan Ahmad menerima "derma gantirugi"  itu atau beliau akan menyedekahkan wang tersebut kepada pihak-pihak lain? (SH 17/02/2016).- sumber

3 comments:

  1. http://loveu24h.blogspot.se/

    ReplyDelete
  2. Mengikut kitab umno,selain babi dan anjing,yg lain2 halal belaka..

    ReplyDelete
  3. Haha. Terbaik drp bro hud hud. Semua ditanggung halal

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa