Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 13, 2016

Memang angan mereka selalu tinggi!

PAS hanya boleh ‘berangan-angan’ menang di Sarawak, kata penganalisis
OLEH NABIHAH HAMID
Published: 13 February 2016 12:58 PM
PAS dilihat semakin aktif meluaskan pengaruhnya dengan pelbagai aktiviti, namun perjalanannya untuk menambat hati pengundi Sarawak masih jauh, kata penganalisis. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Februari, 2016.

PAS tidak akan dapat memenangi kerusi pertama pada Pilihan Raya Negeri Sarawak akan datang, kata penganalisis di sebalik cita-cita parti Islam itu untuk memenangi “anak sulung” di negeri Borneo itu.
Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir berkata, PAS perlu menyelesaikan pelbagai isu terlebih dulu dan yang paling utama persepsi parti Islam itu merupakan ektremis agama.
Katanya, meskipun PAS dilihat semakin aktif meluaskan pengaruhnya dengan pelbagai aktiviti, namun perjalanannya untuk menambat hati pengundi Sarawak masih jauh.
"Namun perjalanan PAS masih jauh di Sarawak. PAS hanya simpan angan-angan (untuk menang) di Sarawak.
“Pisang akan berbuah 2 kali, di mana mereka akan tewas di semua kerusi," katanya kepada The Malaysian Insider.
Katanya, walaupun PAS menggunakan calon bukan Melayu di kawasan majoriti bukan Islam, ia masih lagi tidak dapat menambat hati pengundi.
“Tidak ada peluang, Cina tidak akan mengundi PAS.
“Begitu juga Dayak dan sebagainya kerana imej PAS yang dilihat sebagai ekstremis agama.
“Jadi PAS tersepit di tengah-tengah,” katanya.
Prof Madya Dr Kartini Aboo Talib@ Khalid dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyifatkan kesukaran dan halangan pembangkang masuk ke kawasan Bumi Kenyalang itu antara faktor pengaruh mereka tidak akan meluas.
"Pada hemah saya Sarawak adalah ‘a forbidden territory for any opposition parties’. Ketua Menteri Sarawak Tan Seri Adenan Satem bertegas tidak membenarkan mana-mana parti pembangkang hadir di Sarawak.
“Saya merasakan PAS boleh mencuba tetapi bersedia untuk kalah,” kata timbalan pengarah Institut Kajian Etnik (Kita) itu.
Katanya, tuntutan autonomi Sarawak Adenan daripada Putrajaya menampakkan hasil dan ini merupakan tuntutan utama rakyat negeri itu.
Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian mengatakan “faktor Adenan” dan rekod buruk PAS bakal menyebabkan kekalahan parti Islam itu.
"Barangkali PAS ada strateginya hingga yakin menang 1 kerusi namun sukar kembangkan ke Sarawak kerana parti politik berasaskan Sarawak lebih berpengaruh berbanding parti dari semenanjung.
“Melainkan PAS mewujudkan parti berasaskan Sarawak yang berbeza dan unik. Namun ia masih memakan masa tetapi tidak mustahil jika pelan perancangan jangka panjang dirangka PAS," katanya.
Pada 1 Februari lalu, Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali berkata parti itu yakin akan memenangi kerusi pertama di Sarawak.
Mustafa berkata, PAS bersedia untuk melawan mana-mana parti di Sarawak termasuk DAP. – 13 Februari, 2016.

3 comments:

  1. Cerita bagi sedap je PAS tu...dia menang pun sama je macam BN yg menang...dah kira satu kapal dia ni...sarawakian takkan tak tahu...

    ReplyDelete
  2. Orang Sarawak masih ingat dan terasa Hadi pernah hina pengundi Sarawak pakai cawat...haha.. Nak bertanding di Sarawak, simpan je duit, nanti hilang wang pertaruhan. Jangan membazir, membazir amalan syaitan...!!!
    Iboh nak gago ngaco di Sarawak, dolok marek ko yalah menghina rakyat Sarawak!!

    ReplyDelete
  3. Pas suka berangan. Dulu pas dipanggil parti tok lebai. La ni pas dipanggil parti lebai malang. Dipimpin oleh olamak pas cai yg maksom. Kearah mana halatuju pas? Wait n see.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa