Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 3, 2016

Pelukan seribu makna............

Pelukan kerana bersyukur kerana terlepas dari tanggungjawab yang besar dan berat?
Pelukan kesal dan sedih serta memberikan semangat kerana kekecewaan?

Di bawah Najib, banyak kejatuhan berlaku satu demi satu
Dan.......adakah pusingan roda akan berlaku sebagaimana rukun alam?
Sekiranya diizinkanNya kita akan dapat bersama-sama menyaksikannya nanti.....

Gambar ibu peluk Mukhriz, netizen simpati
WARTAWAN SINAR HARIAN
3 FEBRUARI 2016
SHAH ALAM – Sekeping gambar yang menunjukkan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipeluk ibunya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali meraih perhatian netizen, hari ini.

Gambar tersebut dikongsi laman Facebook Mukhriz Mahathir Fans kira-kira sejam.

Kapsyen yang disertakan dengan gambar tersebut berbunyi: “Bonda Tun Siti tiba di rumah Titi Gajah...Sedihnya tengok gambar ini. Pelukan seorang ibu memberi semangat kepada anakanda kesayangan.”

Rata-rata komen yang diberikan memberikan kata-kata semangat kepada Mukhriz termasuk mendoakannya.

“Apa pun keputusan DSMM (Mukhriz)...itu adalah untuk kebaikan rakyat...aku doakan suatu hari nanti DSMM akan menjadi PM (perdana menteri) Malaysia. Amin,” tulis Mat Shah.

Sementara Roslina Idrus menulis, “Bertabahlah Datuk Seri. Tak boleh berkata apa-apa,selain sebak dan terharu sangat-sangat rasa.”

Manakala, Raja Mazni berakta: “Sedih tengok gambar ini. Dalam politik macam-macam. Kasih ibu bawa ke Syurga. Apa jua keadaan seorang anak akan mencari ibunya meraih simpati ibu.”

Rozita Muhyeeddin pula berkata: “Syabas Datuk. Berundur tidak semestinya tewas. Ada hikmah dari ALLAH yang tidak kita ketahui.”

Sunieta Omar menulis: “Semoga DSMM tetap tabah. ALLAH lebih mengetahuinya. Perancangan ALLAH adalah yang terbaik. Apa-apa pun saya sedih sangat apabila tengok seorang ibu memeluk anaknya. Terharu sangat.”

Krisis Kedah bermula sejak 20 Januari lalu apabila 14 Ketua Umno Bahagian mengumumkan hilang kepercayaan terhadap Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi Umno Kedah.

Mukhriz akhirnya mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pagi tadi selepas dimaklumkan beliau hilang sokongan majoriti di Dun Kedah.

Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah telah diumumkan sebentar tadi sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu.

3 comments:

  1. InsyaAllah, pru14 pakatan harapan sapu kedah... sapu sekali pas.

    ReplyDelete
  2. Sembilan belas orang tidak percaya pada DSMM dia berani letak jawatan hanya kerana bimbang akan kejatuhan UMNO pada PRU14 tapi PM lima belas juta netizen tidak percaya dia masih tebal muka untuk memegang jawatan hinggakan pelbagai helah dan tipu digunakan yang paling menyedihkan semua agensi kerajaan dipergunakan dan terakhir badan kehakiman hingga sanggup seorang yang diberi amanahdibeli oleh najib untuk mempertahankan kecelaruan pendatbiran negara oleh najib.Kita tunggu belaci yang ambil alih jawatan MB Kedah ini mentadbir Insya Allah Kedah akan sekali lagi tumbang ketangan pembangkang.

    ReplyDelete
  3. Syabash DSMM kerana meletak jawatan MB dan menolak tawaran jwt Timb. Menteri. Pada saya DSMM menebus marwahnya: " Jika aku tak berupaya memikul t/jawab, apa alasan aku ditawarkan jawatan lagi? ".
    Usah diperbodohkan rakyat Kedah. Contoh: AG Gani Patail dipecat konon atas sbb kesihatan. Tiba2 dlm sakit? ia dilantik jadi Pengerusi .... Entah kepala hotak apa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa