Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 23, 2016

Rakyat ditipu lagi?

Sarawak 'fix-deposit' Umno-BN, punca tangguh kemasukan pekerja asing, kata Tamrin
 | MALAYSIA DATELINE
Tamrin  TunGhafarTamrin TunGhafarTamrin Tun Ghafar mendakwa Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem memberi amaran keras kepada kerajaan Pusat berkaitan pengambilan pekerja asing Bangladesh masuk ke negeri itu.
Beliau berkata, penangguhan pengambilan pekerja warga asing oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Zahid Hamidi yang diumumkan pada Jumaat lalu, sepatutnya tidak berlaku.
"Mengapa tiba-tiba pula buat pengumuman di Sarawak? Ini kerana Adnan Satem telah beri amaran keras kepada Kerajaan Pusat bahawa Sarawak tidak akan membenarkan walau seorang Bangla pun berkerja di sana.
"Jadi Zahid terpaksa tunjuk dia kononnya perihatin terhadap pandangan orang Sarawak. Mengapa? Ini kerana Sarawak ialah "fix deposit" UMNO-BN. Tanpa sokongan Ahli Parlimen Sarawak kerajaan pusat akan tumbang," ujarnya dalam satu kenyataan.
Dakwa Tamrin lagi kini terdapat kira 2.5 juta rakyat asing di Malaysia dan hampir separuh daripada jumlah tidak berdaftardan majoriti pula Bangladesh dan Indonesia.
" Zahid hanya kata penggambilan 1.5 juta warga Bangla di tangguh bukan dibatalkan sehingga satu kajian keperluan dibuat.
"Soalnya mengapa lulus dan umum sebelum kajian menyeluruh dibuat. Inilah bangang dan bodohnya kerajaan Umno-BN.
"Menteri Sumber Manusia kata 1.5 juta warga Bangla itu bukan semuanya akan datang ke Malaysia. Dia ni pun cuba nak menipu juga sedangkan gambar-gambar menunjukan dialah yg mewakili Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian 1.5 juta itu di Dacca, India," ujarnya.
Tamrin berkata, Kanada sebuah negara bukan Islam menggambil 25,000 pelarian Syria, Turkey pula lebih 1 juta orang bagiamanapun ujarnya, Malaysia sebuah negara Islam hanya umum nak ambil 3,000 pelarian sahaha,
"Setakat hari ini 'no action - just talk'.
"Kedua-dua negara tersebut ( Kanada dan Turki ) tidak dapat pun derma RM 2.6bilion seperti Najib untuk lawan IS.
"Justeru mengapa tidak Malaysia ambil saja 1juta pelarian Syria daripada menambah lagi 1.5 juta Bangladesh.Bukankah membantu orang Islam lain yang sedang dizalami adalah juga merupakan tuntutan Allah swt?," soalnya.

1 comment:

  1. cakap mamat nie jugak disiarkan
    cuba tanya dia apa sumbangan dia masa jadi ahli parlimen batu berendam dan pengerusi mara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa