Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 17, 2016

Selangor pula dilanda gelombang.........

Isu ahli majlis sengaja diperbesar, kata Setiausaha Azmin
Shakira Buang
16 Feb 2016, malam 7:24
Dakwaan sekumpulan pemimpin cabang PKR bahawa Datuk Seri Azmin Ali tidak mengikut garis panduan bagi pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disifatkan tidak berasas.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata ini kerana semua lantikan ahli majlis telah selesai dan tiada isu melainkan ia sengaja diperbesarkan pihak tertentu.

“Tuduhan tak berasas. Semua pelantikan ahli majlis telah selesai dan mereka dilantik pada 16 Januari lepas.

“Ada 15 lagi yang masih belum di beri watikah kerana urusan pentadbiran seperti pertukaran nama calon baru oleh parti, pertukaran alamat dan insolvensi. Tiada isu pun melainkan ia sengaja diperbesarkan oleh pihak tertentu,” katanya kepada Malaysiakini.

Dalam sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor hari ini sekumpulan pimpinan cabang PKR Selangor mendakwa Azmin tidak mengikut garis panduan dalam melantik ahli majlis.

Setiausaha PKR cabang Kelana Jaya Murali Subramaniam mendakwa, Fasal 4 Pekeliling Setiausaha Kerajaan Selangor menyatakan bahawa ahli majlis mestilah bermastautin di kawasan mereka berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

Murali bagaimanapun mendedahkan seorang ahli Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dilantik walaupun namanya tidak dicadangkan oleh Cabang Kelana Jaya dan bermastautin di SS 2, Petaling Jaya.

Dakwanya, garis panduan PKR turut menyatakan cabang sepatutnya menamakan calon mereka kepada pimpinan negeri sebelum disahkan oleh pimpinan pusat, namun ia tidak berlaku.

Selain itu, bekas ketua Pemuda PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin mendakwa Azmin membelakangkan cadangan ahli majlis daripada cabang tertentu kerana sifat dendam akibat tidak mendapat sokongan mereka.

2 comments:




  1. Itu Hadik Awe adalah pngkhianat undi rkyat

    Itu Azming Alik satu kepala ULOR dgn Hadik Awe

    Azming n Co dgn Hadik Awe kerja dorang TIPU rkyat

    AMANAH wajib lawan Azming "hingusan" ni kat DUN & Parlimen Gombak..titik!!!

    ReplyDelete
  2. ni pun satu penyakit lagi bila dah berkuasa
    buat kerja ikut rasa bukan guna akai

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa