Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 3, 2016

Siapa agaknya orang yang disyaki oleh Swiss

Tuesday, 2 February 2016

Najib Boleh Tarik Nafas Lega Sebentar Sahaja..

Najib Boleh Tarik Nafas Lega Sebentar Sahaja. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bukan salah seorang daripada pegawai yang disyaki dalam siasatan pihak berkuasa Switzerland berhubung syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), lapor Asia Nikkei Review semalam.

"Dalam prosiding jenayah OAG yang masih berlangsung, Najib Razak bukan salah seorang pegawai awam yang sedang dituduh," kata jurucakap Pejabat Peguam Negara Switzerland, Andre Marty yang memberitahu majalah mingguan perniagaan itu.

Menurut laporan itu, identiti "individu yang tidak dikenali" itu mendatangkan kepada pelbagai spekulasi tetapi pihak berkuasa Switzerland tidak menamakan Najib sebagai suspek.

Marty berkata ungkapan "orang yang tidak dikenali" dalam undang-undang Switzerlandmerujuk kepada prosiding jenayah di mana terdapat kecurigaan munasabah menunjukkan kesalahan itu dilakukan, namun tertuduhnya tidak diketahui.

Majalah Asia itu bagaimanapun menyifatkan pengumuman peguam negara Switzerland pada 29 Januari yang mengatakan sejumlah AS$4 bilion mungkin dicuri daripada 1MDB – di mana lembaga penasihatnya dipengerusikan perdana menteri – sebagai "terlalu berterus-terang".

Laporan bertajuk "Najib kekal bertahan – tetapi untuk berapa lama" itu juga berkata pengumuman peguam negara Switzerland menjejaskan Peguam Negara Malaysia Tan SriMohamed Apandi Ali, yang mengumumkan AS$681 juta dibayar ke akaun bank Najib ialah sumbangan daripada keluarga diraja Arab, dan mendapati tiada kaitan antara pemberian dermawan tersebut dengan dakwaan palsu dan salah urus dalam 1MDB.

"Masalah dana kerajaan itu yang mencapai hutang berjumlah AS$10 bilion sebelum bail out pada November 2015 oleh syarikat tempatan China serta pendedahan tentang berjuta wang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib membuatkan beliau digesa meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan menjejaskan pasaran kewangan Malaysia," kata laporan itu.
-  sumber via Addin

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa