Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 22, 2016

'Siapa yang bayar bil Sirul?'

mk - Hari ini, 8:35 pagi
Dengan sebuan pasukan yang besar menyokong bekas anggota unit tindakan khas polis, Sirul Azhar Umar, siapakah yang membayar semua bilnya?
Inilah soalan yang dibangkitkan oleh The Weekend Australian - edisi hari Ahad akhbar The Australian - dalam sebuah analisis berita tentang Sirul dan pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, di mana Sirul telah disabitkan atas kesalahan tersebut.
Menurut The Weekend Australian, Sirul mengekalkan khidmat seorang peguam cara, peguambela dan konsultan migrasi - sekurang-kurangnya sehingga bulan lepas.
The Weekend Australian melaporkan semalam bahawa Sirul juga menggunakan khidmat seorang kerani Australia yang berpangkalan di Malaysia, yang mengendalikan kewangannya dan perbelanjaan anaknya yang juga berada di Australia.
Beliau juga mempunyai peguam yang bertindak bagi pihaknya di Malaysia.
Selama ini Sirul ditahan di pusat tahanan imigresen Villawood di Sydney. Di situ, Sirul juga mempunyai komputer sendiri, telefon dan akses ke sebuah dapur, lapor akhbar itu.
Undang-undang Australia menghalang negara itu mengusir mereka yang akan menghadapi hukuman mati di negara sendiri. Sirul telah dijatuhi hukuman mati atas tuduhan membunuh Altantuya, bersama-sama dengan bekas rakan setugasnya, Azilah Hadri.
"Siapakah yang menanggung bil Sirul?" tanya akhbar itu, sambil menambah ia mungkin satu soalan yang dijangka ditanya oleh pihak berkuasa Australia.
Sejak beberapa minggu lalu, Sirul telah mengeluarkan beberapa video yang berkaitan dengan kes itu.
Ini termasuk satu ancaman untuk mendedahkan senarai nama orang yang didakwa cuba untuk merasuah beliau bagi mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dalam kes pembunuhan Altantuya pada 2006.
Sirul dan rakannya Azilah ketika itu merupakan pengawal peribadi kepada perdana menteri.
Rakan Najib, Abdul Razak Baginda juga didakwa bersubahat dengan pembunuhan penterjemah Mongolia itu tetapi telah dibebaskan tanpa dipanggil membela diri.
Najib telah berkata bahawa beliau tidak kenal langsung siapakah Altantuya.

2 comments:

  1. Ada orang dalam bagi tau yang arahkan supaya Altantuya dibunuh adalah Musa Nissan Safari .....tak tahulah samada Si Safari ini bertidak mengeluarkan arahan berdasarkan ARAHAN oleh orang di atasnya pulak.

    Kita hanya akan tahu kebenaran sekiranya kes ini dibicarakan semula dengan penuh beretika dan telus tanpa dihakimi oleh HAKIM BODOH yang tergamak membuat rumusan bahawa MOTIF pembunuhan adalah tidak penting.

    ReplyDelete
  2. Panggil bapak baboon jadi Hakim
    lagi professional

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa