Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 2, 2016

Singapura pula bertindak: Isy.......dah semakin terjerut nampaknya?

1MBD: Pihak berkuasa Singapura rampas "sejumlah besar" akaun bank
Astro Awani - Diterbitkan pada Februari 01, 2016 20:30 MYT

1MBD: Pihak berkuasa Singapura rampas "sejumlah besar" akaun bank
Menurut kenyataan itu, Singapura tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang penggunaan sistem kewangan sebagai perlindungan (refuge) atau pembiayaan haram. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Jabatan Perhubungan Komersil dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura telah merampas "sejumlah besar" akaun bank berhubung penyiasatan syarikat pelaburan strategik Malaysia, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), menurut satu kenyataan bersama yang dikeluarkan dua agensi berkenaan pada Isnin.

Kenyataan itu yang disiarkan di portal berita Singapura, Channel News Asia, berkata pihak berkuasa negara itu sekeras-kerasnya tidak akan bertolak-ansur dengan aktiviti pengubahan wang haram yang berlaku di Republik itu.

Laporan itu dikeluarkan sebagai respon pertanyaan media, berbunyi:

"Singapura tidak akan bertolak-ansur dengan sebarang penggunaan sistem kewangan sebagai perlindungan (refuge) atau pembiayaan haram. Dari pertengahan tahun lalu, Jabatan Perhubungan Komersil dan Pihak Berkuasa Monetari Singapura telah menjalankan penyiasatan secara aktif bagi memantau sebarang aktiviti pengubahan wang haram dan beberapa kesalahan di Singapura.

"Sehubungan dengan penyiasatan itu, kami telah mencari dan akan terus mencari maklumat dari institusi-institusi kewangan serta menemuramah beberapa individu, dan telah merampas sejumlah besar akaun bank,"

Laporan itu turut menyebut, Singapura akan bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa yang berkaitan, termasuk Malaysia, Switzerland dan Amerika Syarikat.

"Kami telah memberi respon kepada permintaan luar yang telah dibuat dengan memberikan maklumat bagi membantu siasatan kami. Oleh kerana, penyiasatan sedang dijalankan, kami tidak dapat memberi apa-apa maklumat lanjut pada peringkat ini."

5 comments:

  1. Good job Singapora..!!
    Thumbs UP...!

    ReplyDelete
  2. Siasat ... Bicarakan.... Bersalah....tangkap dan humban kedalam penjara....

    ReplyDelete
  3. Hong Kong kasi bunyi skit.. kah kah kah

    ReplyDelete
  4. Apa benda pulak yg akan terpaksa digadai kpd Singapura nanti?

    ReplyDelete
  5. Harap orang pontian, jaga baik2 Pulau Pisang,.jangan tergadai pulak kat Singapura,.dah lah Pulau Batu Putih melepas begitu saja,.kunci mulut pok jib n mat masln tu,.baik2,...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa