Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 19, 2016

Zahid pun dah berani lawan tokey?

IKHLAS tuduh Zahid cuba jatuhkan Najib

 | February 19, 2016
KDN tetap meneruskan MoU untuk membawa masuk pekerja Bangladesh walaupun Perdana Menteri meminta dibuat kajian semula.
Mohd-Ridzuan-Abdullah_najib_zahid_600
KUALA LUMPUR: Pertubuhan Ikatan Usahawan kecil dan Sederhana (IKHLAS) menuduh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi cuba menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Dakwaan itu dibuat Presiden IKHLAS, Mohd Ridzuan Abdullah kerana mendakwa Zahid tidak mengendahkan nasihat Perdana Menteri dan bertegas mahu membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh.
Katanya, walaupun ditegur Najib, Zahid tetap juga meneruskan menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan Bangladesh untuk membawa masuk pekerja negara itu.
“IKHLAS lihat cita-cita beliau (Zahid) hampir tercapai, di mana IKHLAS lihat ada unsur-unsur mahu jatuhkan Perdana Menteri.
“Beliau begitu lantang, ego dan berkeras. Tak mahu dengar suara rakyat, sedangkan rakyat yang mengundi beliau.
“Semalam Perdana Menteri ada mengeluarkan kenyataan akan runding dengan Timbalannya bahawa 1.5 juta (pekerja Bangladesh) angka besar tetapi Zahid tetap juga menandatangani MoU itu semalam,” katanya dalam sidang media di hadapan pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di sini, hari ini.
Mohd Ridzuan berkata, Najib perlu bertindak dengan membatalkan perjanjian itu demi kebaikan Barisan Nasional dan UMNO.
“Saya mohon Perdana Menteri demi kebaikan UMNO-BN, jawatan Menteri Dalam Negeri diberikan kepada orang lain. Saya rasa ramai lagi yang lebih layak untuk jawatan itu, sebab saya rasa tanggungjawab Zahid dah terlalu banyak dan mungkin beban kepada beliau.
“Saya mohon kerajaan batalkan hasrat mahu bawa 1.5 juta pekerja Bangladesh ini,” katanya

1 comment:

  1. Mana nak sama antara orang yang memegang PhD dengan orang yang A Levelnya pun diragui. Mereka sama-sama mengencing antara satu dengan yang lain, tapi yang basah lukuih adalah Hadi serta para walauntanya, termasuklah Wan Rosli juga.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa