Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 2, 2016

Amanah tentukan jawatan Husam pada Isnin

Amanah mesyuarat pada Isnin tentukan jawatan Husam 
September 01, 2016 20:26 MYT
Amanah mesyuarat pada Isnin tentukan jawatan Husam
Selasa lepas, Datuk Husam Musa mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya. Gambar Twitter / Fail
KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) akan bermesyuarat Isnin ini (5 Sept) bagi menentukan kedudukan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor Datuk Husam Musa dalam parti berkenaan.

Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata mesyuarat itu perlu berikutan tindakan Husam sebelum ini yang menolak jawatan peringkat nasional dalam parti itu.

"Kita akan bincang 5 Sept ini di Wisma Amanah di Kuala Lumpur," katanya ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini, selepas menyambut kepulangan Husam dari Kuala Lumpur hari ini. 

Selasa lepas, Husam yang juga bekas naib presiden PAS mengumumkan menyertai Amanah pada satu majlis makan malam di Cyberjaya.

Husam dipecat keanggotaannya dalam PAS April lalu, susulan lantang mengkritik presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan wujud kerjasama PAS-UMNO.
    
Ditanya mengenai janji penyerahan jawatan pengerusi Amanah Kelantan kepada Husam apabila ADUN Salor itu menyertai Amanah, Wan Abdul Rahim berkata beliau masih berpegang kepada janji itu.

Sementara itu, Husam berkata soal jawatan dan kedudukan dalam parti adalah tidak penting bagi dirinya dan terpulang kepada Amanah untuk menentukan kedudukannya dalam parti itu. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa