Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 28, 2016

Apa nak jadi ni.......dah semakin naik gila nampaknya

*ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG PADANG SERAI MENDESAK USTAZ SHAHRUDIN B. IBRAHIM MEMOHON MAAF*

AMK Cabang Padang Serai sentiasa peka dengan perkembangan politik semasa termasuk cadangan pindaan RANG UNDANG-UNDANG 355

( RUU 355 ) yang diperjuangkan oleh Parti Pas.   Kami terpanggil untuk membuat kenyataan ini kerana kami telah mendengar rakaman ceramah daripada seorang Pendakwah Bebas  yang juga merupakan YDP PAS Kawasan Padang Serai dimana beliau telah mengaitkan Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail iaitu dengan jelas pada minit ke 40  didalam ceramah beliau menyebut *“KAK WAN... KAK WAN KENA ANGKAT TANGAN! KALAU KAK WAN TAK ANGKAT TANGAN, BOLEH MENYEBABKAN “JATUH IMAN” KALAULAH DITAKDIRKAN... LEPAS TAK ANGKAT TANGAN ITU MATI, KAMI TANAM JERAT “.* 

Ungkapan sebegini tidak wajar dikeluarkan oleh seorang pendakwah yang disegani. Beliau juga tidak sepatutnya menjatuhkan hukuman didalam keadaan akta RUU 355 masih belum dibentangkan di dalam Parlimen dan belum mendapat keputusan samada Ahli Parlimen yang beragama Islam menyokong atau tidak terutama Ahli Parlimen daripada Parti keadilan Rakyat.

Dengan ini kami AMK Cabang Padang serai berharap agar Pendakwah tersebut yang juga merupakan YDP Kawasan Padang Serai yang bernama Ustaz Sharudin Bin Ibrahim menarik balik kenyaataan beliau dan seterusnya memohon maaf kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat dan keluarga .  

Kami juga berharap agar beliau tidak mengulangi kenyataan sebegini yang boleh mengeruhkan keadaan.


KENYATAAN BERSAMA

*AMK CABANG PADANG SERAI

DI SOKONG OLEH

ADUN LUNAS YB CIKGU AZMAN BIN NASRUDIN*

*27 / 9 / 2016
25 Zulhijjah 1437 H.*


# yang dia cakap betul ke bohong yang dia dah pegi jumpa dengan WAWI secara peribadi/berdepan dan itulah kata-katanya yang sebenar di hadapan Kak Wan?

3 comments:

  1. betol lah tuu mmmountdelller dah makan rasuah...ayaq mani mahathir masokke tenkok kau juakker?

    ReplyDelete
  2. Adakah ini Amanat hj hadi revisited?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa