Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 1, 2016

Bocor 1MDB: Rafizi diperintah bela diri

Bocor 1MDB: Mahkamah perintah Rafizi bela diri
  | September 1, 2016
Hakim berkata bukti saksi mengesahkan dokumen yang dimiliki pemimpin PKR itu sememangnya halaman 98 daripada laporan akhir 1MDB yang dirahsiakan.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen hari ini memerintah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membela diri atas tuduhan membocorkan maklumat sulit berhubung laporan audit 1MDB.
Hakim Zulqarnian Hassan berkata pihak pendakwa berjaya membuktikan dakwaan di bawah Seksyen 8(1)(c) dan 8(1)(e)(iii) Akta Rahsia Rasmi (OSA) atas kesalahan memiliki dan membocorkan laporan 1MDB.
“Bukti saksi mengesahkan dokumen sememangnya halaman 98 daripada laporan akhir 1MDB dan beliau (Rafizi) mendedahkannya pada sebuah sidang media,” katanya.
Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan pada 27 September dan 6-7 Oktober.
Peguam Rafizi, Gobind Singh Deo berkata pemimpin PKR itu akan memberi keterangan daripada kandang saksi.
Sebelum ini, Ketua Audit Negara Tan Sri Amrin Buang merupakan antara saksi pendakwaan.
Katanya, laporan audit 1MDB itu diklasifikasikan rahsia selepas kebocoran terhadap laporan interim 1MDB yang dihantar kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) pada Julai tahun lepas.
Pada 5 April, Rafizi, yang juga naib presiden dan setiausaha agung PKR, ditangkap di bangunan Parlimen, sebelum didakwa 3 hari kemudian memiliki tanpa kebenaran muka surat 98 daripada laporan audit 1MDB.
Sekiranya sabit kesalahan beliau berdepan hukuman penjara sehingga 7 tahun.

Pautan: 
Rafizi ditangkap di luar Parlimen, disiasat bawah OSA

1 comment:

  1. DOJ dah bocor aktiviti 1MDB habis. Knp tak saman DOJ? Nak kenakan anak bangsa jg.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa