Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 1, 2016

Sekiranya ditaqdirkan berlaku pada korang, apa tindakan korang?

Maaf? Terlalu berat - Along Cham
OLEH AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN  |  30 Ogos 2016 6:00 PM
Along Cham (kanan) enggan menyambut salam Zila Seeron sebaik wanita itu tiba di mahkamah.

Tiada air mata yang mengalir daripada kisah perceraian ini. Bahkan, kedua-duanya bagaikan sudah bersedia untuk berpisah demi kebaikan.

“Saya bukan berkahwin untuk bercerai,” itu kata-kata Along Cham ketika ditanya perasaannya selepas melafazkan cerai talak satu ke atas bekas isterinya Nur Azilah Seeron (Zila), 28.

Dia berkata, ketika ini fokusnya hanya satu iaitu untuk membesarkan satu-satunya zuriat mereka, Ahmad Danial yang kini berusia 5 tahun.

Ikuti perbualan Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, bersama HITS.

HITS : Bagaimana perasaan Along ketika ini?


Along: Saya kena terima ini bahagian saya dan anak saya. Harap semua pihak dapat doakan yang terbaik buat anak saya. Hak penjagaan anak juga saya sudah terima, jadi fokus saya untuk kembali bekerja dan membesarkan anak saya.


Sebelum ini hanya Zila yang berani berkongsi kisah rumah tangga, kenapa Along pilih untuk berdiam diri?

Saya dididik ibu saya untuk menjaga aib rumah tangga tetapi dalam masa yang sama, saya lihat dia (Zila) yang membuka aib sendiri. Selama empat bulan saya berdiam diri kerana percaya Allah SWT akan membantu saya. Akhirnya kini sudah terjawab.


Semuanya sudah selesai kini, mungkin sampai masanya Along memaafkan Zila atas apa yang berlaku?


Maaf bukan sekarang, susah sebenarnya. Sebab terlalu berat untuk anak saya. Ketika dia mereka-reka cerita, impak kepada keluarga saya tidak dinafikan juga berlaku. Jadi maaf itu bukan kepada saya sahaja, dia harus meminta maaf daripada ibu bapa saya juga.


Dalam masa yang sama ada yang melihat Along sebenarnya gagal untuk mempertahankan rumah tangga?


Jangan salahkan suami sahaja. Saya sudah melakukan tugas saya untuk menegur tetapi semuanya berbalik kepada dia. Nasihat saya kepada wanita dan isteri di luar sana selepas berkahwin, perlu diingati syurga kamu adalah suami. 


Zila juga ditangkap khalwat baru- baru ini dengan seorang suami orang, boleh komen?


Saya tidak kenal siapa lelaki itu, wajahnya macam penarik kereta sahaja. Malah saya tidak tahu dia ada hubungan dengan lelaki lain. Sebenarnya saya membuat permohonan untuk bercerai juga selepas dia ditangkap berkhalwat.

Ucapan Along kepada bekas isteri?

Selamat pengantin baharu. Sebab saya mahu lelaki itu juga bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. - Gambar AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN

Zila enggan komen

Tidak ada jawapan yang diberikan oleh wanita ini ketika dihujani pelbagai soalan. Apa yang meniti di bibirnya hanya, “maaf dan saya tidak boleh komen.”

Malah ketika ditanya mengenai kes tangkap khalwat di antara dia dengan suami orang baru-baru ini, Zila ternyata lebih senang membisu.


HITS : Perasaan Zila selepas diceraikan?

Zila: Saya minta maaf kepada semua, saya tidak boleh komen.


Apa fokus Zila kini?

Saya mahu bekerja cari duit untuk anak.


Apa hubungan Zila dengan lelaki yang ditangkap basah baru- baru ini?

Maaf saya kena pergi bekerja sekarang. Tidak boleh komen.


Benarkan Zila akan berkahwin, sebab bekas suami sudah mengucapkan selamat pengantin baharu?


Maaf tiada komen.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa