Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 4, 2017

Kalau gagal kali ni, kita tinggal sejarah

Tuhan dah uji kita beberapa kali, kalau gagal kali ni, kita tinggal sejarah - Zahid
Hilal Azmi, Astro Awani |  Diterbitkan pada November 04, 2017 12:34 MYT
AHMAD ZAHID: Tuduhan melalui berita palsu yang lambat dijawab menyebabkan persepsi masyarakat ke atas kita rosak sama sekali. - Gambar fail/BERNAMA

KUALA LUMPUR: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu semua jentera UMNO melakukan yang terbaik bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri menegaskan agar semua penggiat media sosial UMNO menjadi barisan hadapan bagi memperbetulkan persepsi negatif yang dilontarkan menerusi media sosial.

“Kita kena jawab ketika isu itu timbul bukan ketika ia dibawa ke mahkamah.

“Tuduhan melalui berita palsu yang lambat dijawab menyebabkan persepsi masyarakat ke atas kita rosak sama sekali.

“Saya akui, apa yang telah berlaku pada PRU13 dan PRU12 lalu, kita ada banyak kelemahan komunikasi dan barisan.

”Tuhan dah uji kita beberapa kali, kalau gagal kali ni, kita tinggal sejarah,” katanya ketika berucap merasmikam Konvensyen Media Sosial UMNO peringkat kebangsaan pada Sabtu.

Beliau pada masa sama turut menekankan agar penggiat media sosial UMNO untuk tidak sekadar mengejar pengikut atau ‘likes’ tetapi mahu setiap perkara yang dikongsikan menepati citarasa dan kehendak kumpulan sasar.

Tambahnya, pengurusan persepsi melalui integrasi komunikasi di peringkat tertinggi UMNO dilihat mampu memberi kesan positif lantas diterjemahkan melalui keputusan pilihan raya nanti.

“Lupakan perbezaan pendapat yang ada, kita raikan pendapat dengan pengurusan persepsi yang betul, insyaAllah kita akan menang dua per tiga nanti,” tambahnya.

1 comment:

  1. Hello every one, here every person is sharing these familiarity, therefore
    it's nice to read this web site, and I used to go to see this webpage every day.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa