Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 15, 2014

Polis: Kami dah rakam kenyataan menteri

mk - 12:19PM - 15 Oct 2014

Menteri Dalam Negeri Datuk Ahmad Zahid Hamidi telah memberi kenyataan kepada polis bawah akta hasutan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.


Beliau bagaimanapun beliau tidak mahu mengulas lanjut kes tersebut.

"Siasatan masih berjalan. Kita sudah panggil. Dia (Zahid) dah beri kenyataan," kata beliau ringkas dalam sidang media di Bukit Aman hari ini.

DAP Perak sebelum ini membuat laporan polis terhadap Zahid kerana didakwa membuat kenyataan berunsur hasutan dalam ucapannya berkaitan demonstrasi dekat Kuala Kangsar semasa krisis perlembagaan Perak, ketika kempen pilihan raya kecil DUN Pengkalan Kubor.

Zahid dalam ceramahnya ketika PRK itu mendakwa penyokong DAP membaling batu kepada kereta Raja Muda Perak dan kereta beliau ketika krisis pentadbiran Perak pada 2009.

2 comments:

  1. Anak nak soal siasat bapa? Sembang-sembang minum teh tarik sahajalah nampaknya. Kalau ada tindakan dari pihak PDRM terhadap Zahid Hamidi ini maknanya mereka dah dapat maklumat yang disahkan bahawa esoknya suatu gempa bumi besar akan melanda dan memusnahkan sebahagian dari dunia.

    ReplyDelete
  2. dua dua cari makan aja bah....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa