Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 16, 2014

Tamrin Keluar PAS: Nada Ikhlas Atau Ego Dari Mustafa Ali?

Memang tak boleh nak buat apa bila sesiapa nak keluar kerana hati dah tawar atau apa alasan sekali pun
Tapi nada dari SUA langsung tidak berhikmah
Tidak merasa kesal kerana kehilangan seorang ahli yang aktif
Tidak ada nada apologetic
Tidak ada terima kasih kerana membantu PAS selama berada di dalam parti

PAS tidak halang sesiapa ingin keluar parti
ANIS NAZRI.

KUALA LUMPUR: PAS tidak menghalang mana-mana individu yang ingin keluar dari parti berkenaan atas dasar menghormati hak seseorang itu untuk berbuat demikian.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, menegaskan ia berbeza jika seseorang itu memohon untuk menyertai parti, yang mana memerlukan pertimbangan jawatankuasa pusat untuk menerima atau menolaknya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas pengumuman Datuk Tamrin Ghafar untuk keluar dari parti Islam itu, pagi tadi.

"Kita tidak boleh halang mana-mana yang hendak keluar parti.  Jika itu hasrat dia, kita terima. Tak boleh halang.

"Kalau nak masuk (sertai PAS), itu kena dipertimbangkan sama ada nak terima atau tidak. Perlu dibawa ke peringkat jawatankuasa kerja untuk memutuskannya. Itu lain. Tapi, kalau nak keluar, kita tak boleh halang," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily.

Mengulas lanjut, Mustafa yang kini tidak berada di Kuala Lumpur mengatakan bahawa beliau belum menerima surat daripada Tamrin.

Bagaimanapun, pegawai di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut, telah memaklumkan kepada beliau berkenaan surat tersebut yang dihantar pembantu Tamrin pagi tadi.

"Saya belum terima surat tersebut sebab saya tidak berada di Kuala Lumpur. Cuma pegawai di pejabat memaklumkan ada surat dari Tamrin yang diserahkan pembantunya, dan telah dicop terima oleh pejabat.

"Bila saya ke Kuala Lumpur nanti, saya akan meneliti surat tersebut. Tapi jika beliau dah umumkan keluar parti hari ini, maka begitulah keadaannya. Kita tak boleh halang," tegas beliau.

Surat 'Menarik Diri Sebagai Ahli PAS' yang ditandatangani Tamrin pada jam 9.10 pagi dan kira-kira sejam kemudian terus dihantar ke pejabat Setiausaha Agung PAS melalui serahan tangan di ibu pejabat parti itu.

Anak bekas Timbalan Perdana Menteri itu bagaimanapun tidak memaklumkan alasan mengapa  bertindak demikian.


9 comments:

  1. Abe

    Kita terimalah kenyataan Dato Mustafa Ali seadanya dulu setakat ini. Mungkin dia akan l3bih berdiplomasi bila dia dah tengok sendiri suratnya. Dia bersangka baik dulu.

    Yang m3njadi tanda tanya s3karang ialah kedudukan Tan Sri Muhammad Muhd Taib.

    ReplyDelete
  2. Orang PAS Ganu mana pernah reti bahasa. Jari telunjuk kelenking berkait, kuat tikam belakang dan manis mulut air lior racun berbisa. Ada kalanya lebih buruk perangai dari UMNO.

    ReplyDelete
  3. kenapa ini berlaku, PAS kena buat post
    mortem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kegagalan parti carlsberg menyokong rakyat hakim negara anjuran amk wajar dibuat post mortem.kenapa terlalu sedikit yg menghadiri nya.kenapa tiada sambutan langsung.cukup memalukan.

      Delete
  4. Ini adalah permulaan untuk menunnjukkan Pas akan merosot keahlianya.yang bertindak secara senyap adalah lebih ramai dari yang menzahirkanya.Cuma malas dan menyampah kepada segelintir Peminpin Pas yang perasaan mereka alim dan seolah2 tak bolih di tegur dan mereka perasaan mereka lebih alim dari yang lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang membuat onar didalam PAS sekarang hanya segelintir sahaja. Masaalahnya bila yang majoriti nak bangkit dan kata its enuff. Plse leave PAS the same way u joined.

      Setiap hari onar mereka semakin merosakkan PAS.

      Delete
  5. Tuan Guru Nik Abd Aziz dan Ulama-Ulama Tua PAS selalu mengeluarkan kenyataan bahawa PAS itu Islam dan Islam itu PAS. Kalau seseorang keluar Islam dihukumkan 'Murtad', bagaimana pula hukum keluar parti PAS?

    ReplyDelete
  6. stopa budak bahalol.

    ada lagi orang mengagung bahalol bahalol dalam PAS ?

    pil pil keldai dah habis lah tu !!!

    ReplyDelete
  7. pas akan hancur kalau terus dipimpin oleh penjilat penjilat UG terutama UG ganu
    singkirkan hadi awang dan konco2 nya
    kawe pon tak akan pangkah nik amar di panchor nanti

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa