Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 15, 2014

Dua menteri kabinet yang disifatkan ‘kurang cerdik’ diselar

Rafizi selar kenyataan 'kurang bijak' dua menteri mengenai GST, subsidi
Haider Yutim,Astro Awani |Kemas kini:Oktober 15, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 15, 2014 08:05 MYT)
Rafizi selar kenyataan 'kurang bijak' dua menteri mengenai GST, subsidi
Sebanyak RM17.3 bilion telah dikutip oleh kerajaan melalui pelbagai cukai kenderaan - Rafizi. Foto Astro AWANI
SUBANG JAYA: Naib Presiden PKR Rafizi Ramli pada Selasa telah menyelar kenyataan dua menteri kabinet yang disifatkannya ‘kurang cerdik’.

Beliau merujuk kepada kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan juga Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Hasan dalam satu kenyataan pada Isnin telah mengatakan bahawa pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tidak akan menyebabkan inflasi menjadi tinggi, manakala Ahmad pula berkata pemberian subsidi berterusan tanpa mengira latar belakang adalah sesuatu yang bodoh.

“Saya rasa dia tak faham pun apa yang Datuk Seri Najib Razak bagi dalam ucapan… dia tak faham konsep inflasi ataupun dia tak faham inflasi itu apa.

“Sebab apabila Najib membacakan ucapan Belanjawan dah sebut pun bahawa inflasi akan meningkat pada 2015,” katanya dalam forum bertajuk ‘Belanjawan 2015: Siapa patut tanggung beban kewangan negara, miskin atau kaya’.

Mengulas lanjut tentang subsidi, Rafizi berkata kerajaan telah pun mengutip lebih RM17.3 bilion daripada pelbagai cukai kenderaan termasuk cukai impot, kenderaan dagangan, alat ganti, skuter, duti impot tayar, motosikal, duti impot, duti eksais, cukai jualan kenderaan, cukai jualan kenderaan import, lesen, pendaftaran kenderaan awam, serta tender plat.

“Bagi tahun 2014, jumlah cukai, duti, lesen yang dikutip oleh kerajaan Malaysia hanya untuk memiliki atau menggunakan kenderaan, atau kenderaan awam ialah RM17.3 bilion,” jelas Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dan Setiausaha Agung PKR.

Menurutnya, kerajaan seolah-olah ingin memberitahu rakyat bahawa wang subsidi tersebut datang dari duit saku mereka sendiri, sedangkan katanya mereka telah pun memperoleh hasil yang lebih dari jumlah subsidi tersebut.

“Apa yang kerajaan kutip dari kita melalui pelbagai hasil cukai, duti kereta dan lesen adalah lebih dari cukup untuk membayar subsidi (petrol tersebut),” dakwa beliau.

Awal bulan ini, harga petrol RON95 dan diesel telah mengalami kenaikan sebanyak 20 sen seliter, menjadikan harga runcit baharu bagi RON95 sebanyak RM2.30 manakala diesel, RM2.20.

Ia berikutan pengumuman daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berkenaan subsidi petrol RON95 dan diesel yang dikurangkan sebanyak 20 sen seliter, berkuatkuasa 12.01 pagi, 2 Oktober 2014.

Menurut KPDNKK, langkah tersebut adalah selaras dengan dasar rasionalisasi subsidi kerajaan dalam memastikan kedudukan kewangan negara terus kukuh.

3 comments:

  1. tak kelentong & seleweng bukan gerombolan .ABU !

    ReplyDelete
  2. budak budak bahalol jadi menteri , hancur bangsa.

    buat habis beras saja mak bapak bagi mentedarah dari kechik kechik...

    dah besar tua jadi benggap pulak.

    anak anak sapa nih!!!

    ReplyDelete
  3. Dimana kedudukan ko sebab ko tak jadi menteri.jangan mare aaaaaa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa