China hukum bunuh kesalahan menghasut, di Malaysia hanya dibicarakan, kata Bung Mokhtar
Published: 14 October 2014 - TMI
Datuk Bung Moktar Radin menggesa Akta Hasutan perlu dikekalkan agar keamanan dan keharmonian dalam negara terpelihara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2014.
Datuk Bung Mokhtar Radin menggesa Akta Hasutan dikekalkan, mengambil contoh mereka yang didapati menghasut di China akan dihukum tembak, namun di Malaysia mereka didapati melakukan kesalahan akan dibicarakan secara adil.
"Saya menegaskan, Akta Hasutan perlu dikekalkan untuk mengekalkan keamanan dan keharmonian dalam negara. Apa nak ditakutkan, mereka yang lakukan itu yang takut," kata ahli Parlimen Kinabatangan itu.
"Ketika zaman Jepun, mereka ini akan ditembak di kepala. Di China, negara komunis, mereka yang didapati bersalah menghasut akan dihukum bunuh.
"Tapi di Malaysia, kita bicarakan dengan adil," katanya di Parlimen hari ini
Kontroversi Akta Hasutan 1948 timbul apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) yang pada mulanya bercadang memansuhkan akta berkenaan masih lagi tidak berbuat demikian.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2012 pertama kali memberikan komitmen beliau dalam langkah transformasi kerajaan untuk memansuhkan akta berkenaan.
Pemimpin pembangkang turut mengkritik pentadbiran Najib apabila masih menggunakan akta berkenaan untuk menahan beberapa individu termasuk ahli politik pembangkang.
Selain ahli politik, turut menerima kesan penggunaan akta itu baru-baru ini ialah pakar akademik, aktivis dan kumpulan mahasiswa dan ulama.
Terbaru, bekas Pengerusi Majlis Peguam Datuk Ambiga Sreenevasan antara yang disiasat mengikut akta berkenaan ekoran kenyataannya menyentuh Biro Tata Negara (BTN).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Nancy Shukry dilaporkan berkata, akta itu masih dalam proses pindaan serta kajian oleh Jabatan Peguam Negara kerana kerajaan masih dalam proses mendapat maklum balas dan berbincang dengan pihak yang mempunyai kepentingan dalam hal tersebut.
Beliau dilaporkan berkata, kuasa pendakwaan terletak kepada Jabatan Peguam Negara seperti yang termaktub dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan.
"Sejak dahulu lagi, negara mengamalkan sistem pembahagian kuasa iaitu suatu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam negara kepada tiga cabang iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Keputusan dibuat tanpa campur tangan mana-mana pihak lain," katanya.
Beliau berkata keputusan mengemukakan pertuduhan bagi mendakwa seseorang individu adalah berdasarkan keterangan serta fakta kejadian dan bukanlah atas desakan mana-mana pihak atau faktor lain.
Kerajaan katanya, tidak mengambil kira latar belakang agama, kaum atau kecenderungan politik individu berkenaan asalkan ia menepati terdapatnya elemen hasutan pada setiap kesalahan yang dilakukan. – 14 Oktober, 2014.
Di US kalau orang poligami boleh dikenakan hukuman penjara.
ReplyDeleteFesyen rambut monyet hutan bakau dekat rumah rambut macam dia nilah. Saling tak tumpah. Warn je lain.
Zaman jepun nasi lemak 20 sen jer..
ReplyDeleteCiter Zaman jepun ke ni..Zaman jepun nasi
ReplyDeletelemak 20 sen jer...
lihat saja dapat nilai kualiti otak nya yang mungkin lebih baik sikit dari yang ada dalam PAS.
ReplyDeleteini nak jaga periok nasi saja , bukan apa.
pandai juga orang orang utan sepilok pilih MP mereka yea.
Bung dapat pempuan cantik akal terus selit celah pantatnya, oleh itu bercakap merapu macam lembu.
ReplyDeleteWahai bung bingai, akta hasutan menyebabkan pemimpin yg busuk hati dan buruk perangai mcm pemimpin yg ada dimalaysia sekarang ni tak boleh ditegur walaupun pemimpin melakukan kesalahan, kalau rakyat tegur pemimpin akan kata rakyat menghasut, tengok dan fahamkan apa yg berlaku sekarang, guna akal jgn cuma guna otak macam lembu, tengok siapa yg ditahan dan disiasat dibawah akta hasutan dan apakah punca mereka ditahan?
Aku yg menulis utk menegur supaya korang bertindak lebih baik ni pun silap2 kena tahan jugak pasal korang yg diatas tu suma kaki jilat, tahap bangang nak mampos.
Tak ada dah bahasa yg baik utk ko bung sebab ko tak paham bahasa.
Cuba ko pikir pulak bila ada rakyat guna bahasa mcm yg saya guna sekarang, mungkin ko boleh paham.
Kalau tak paham juga aku doakan supaya ko cepat mampus supaya tidak menjadi sampah diatas muka bumi ini kerana dengan adanya orang2 semacam ko lah maka dunia jadi tidak tenteram
Perasuah juga akan ditembak di China,tapi di Malaysia perasuah masih bebas wpun didapati bersalah olh mahkamah
ReplyDeleteperasuah bukan saja bebas tp hidup senang lenang & kaya raya hasil wang rasuah dan salahguna kuasa. lps tu menunjuk2 kekayaan mrk
DeleteYang baik jangan dihina tapi yang hina patut dihina supaya dia paham bahawa hinanya perbuatan yang dilakukanya.
ReplyDelete