OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
Published: 14 October 2014
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor memberi alasan keluarga P Balasubramaniam tiada sebab munasabah untuk bertindak, serta menyalahgunakan proses mahkamah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 Oktober, 2014.
Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor merupakan antara sembilan defendan yang cuba membatalkan saman yang difailkan oleh keluarga mendiang P Balasubramaniam yang akan mendedahkan peranan mereka yang didakwa menyebabkan penyiasat persendirian, isteri dan anak-anak beliau, terpaksa berada dalam buangan.
Peguam Americk Singh, yang mewakili balu Balasubramaniam, A Santamil Selvi dan tiga anak mereka, memberitahu The Malaysian Insider perbicaraan ditetapkan 20 November di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hasnah Mohammed Hashim.
Antara alasan yang diberikan defendan ialah keluarga Balasubramaniam tiada sebab munasabah untuk bertindak, tindakan mereka itu satu penyalahgunaan proses mahkamah dan ia menimbulkan skandal, remeh dan menyakitkan hati.
The Malaysian Insider difahamkan sekiranya perdana menteri dan lapan orang lain itu berjaya membatalkan saman itu, maka merit kes itu tidak akan diketahui orang ramai.
Ini termasuk mengapa Balasubramaniam terpaksa menarik balik kenyataan bersumpah pertama beliau dan mengapa dia dan keluarganya terpaksa meninggalkan negara ini dan menetap di India.
Santamil dan anak-anaknya memfailkan saman bagi kerugian yang dialami semasa mereka berada dalam buangan antara Julai 2008 dan awal tahun lalu berikutan tindakan Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpahnya (SD) yang pertama.
Balasubramaniam meninggal dunia akibat serangan jantung pada 15 Mac, 2013, beberapa minggu selepas pulang dari India.
Selain Najib dan Rosmah, defendan lain ialah adik-beradik Najib, Datuk Ahmad Johari dan Datuk Mohd Nazim, peguam kanan Tan Sri Cecil Abraham, anaknya Sunil Abraham, Pesuruhjaya Sumpah Zainal Abidin Muhayat, peguam M Arunapalam dan peniaga permaidani Deepak Jaikshan. – 14 Oktober, 2014.
Persoalannya siapakah yang sontot altyntuya terlebih dulu sebelum wanita monggolia yang tidak dikenali itu menjadi kekasih gelap a.razak baginda.......hanya rakaman cctv dari sebuah hotel ternama di singapura mampu menghuraikan jawapan.....
ReplyDeleteOoooo..patutlah msia byk mgalah dgn spore dlm byk kes..
ReplyDelete