Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 13, 2014

Gani: AG Yang Paling Banyak Cerita Sisi Gelapnya

Bila berlaku krisis kepercayaan sepatutnya beliau berundur saja
Barulah maruah tak tercalar
AG bukan orang politik dan bukan jawatan politik
Jadi integriti mesti mau jaga maa......
Pada orang politik cerita gelap dan pelik-pelik dah pun jadi sinonim dan tidak menjadi kudis gatal bagi mereka

PKR buat laporan polis, dakwa peguam negara sembunyi dokumen siasat Shafee Abdullah
Published: 13 October 2014
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dipercayai menyembunyikan dokumen berkaitan kes Liwat II melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2014.

PKR hari ini membuat laporan polis menggesa satu siasatan dilakukan ke atas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail kerana dipercayai menyembunyikan dokumen berkaitan kes Liwat II melibatkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Fariz Musa mendakwa dokumen yang merupakan "Perintah Menyiasat" (OTI) dikeluarkan Timbalan Pendakwa Raya Ishak Mohd Yusof pada 3 Januari 2014 bagi satu siasatan dibuka terhadap rayuan Datuk Mat Zain terhadap Peguam Umno Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
"Kita dapati ada perintah menyiasat di bawah Seksyen 108 (2) dan Seksyen 376 Kanun Prosedur Jenayah bertarikh 3 Januari 2014 bagi membuka penyiasatan terhadap kesalahan di bawah Seksyen 199 Kanun Keseksaan untuk kes rayuan jenayah berdasarkan laporan Datuk Mat Zain terhadap Shafee," katanya kepada pemberita di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebentar tadi.
Beliau yang hadir membuat laporan itu tiba di Balai Polis Dang Wangi kira-kira jam 3 petang tadi.
Turut hadir membuat laporan ialah Ahli Parlimen Kapar Manivanan Gowin yang  juga ahli ‎Majlis Pimpinan Tertinggi PKR.
Menurut Fariz, meskipun peguam negara menerima perintah‎ OTI namun tiada siasatan dilakukan sehinggalah selepas permohonan Anwar membatalkan peranan Shafee sebagai pendakwa raya ditolak Mahkamah Persekutuan.
"Dan hanya pada 19 Mei 2014 apabila Mat Zain dipanggil polis oleh Putrajaya untuk percakapannnya dirakam," katanya.
Selepas pendedahan Mat Zain yang juga bekas pengarah jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur terhadap Shafee itu, beliau pada 15 Disember lalu membuat laporan polis menyatakan Shafee memalsukan afidavit undang-undang.
Mat Zain mendakwa Shafee membuat dua kesalahan iaitu sengaja membuat kenyataan palsu yang dibuat dalam afidavit jawapan dan menyembunyikan fakta material yang ada kaitan dengan prosiding rayuan jenayah kes Liwat II.
Sementara itu Manivanan berkata, pendedahan OTI itu amat mengejutkan memandangkan pihak berkuasa memanggil Mat Zain untuk merakam keterangan selepas keputusan hukuman penjara 5 tahun Anwar pada 7 Mac lalu.
Beliau mempersoalkan mengapa Jabatan Peguam Negara menyembunyikan dokumen tersebut dan hanya bertindak balas ke atas laporan Mat Zain selepas Anwar dijatuhkan hukuman.
"Kita amat terkejut, ia menyaksikan satu keputusan sebaliknya sekira OTI itu dijalankan sebelum Anwar dijatuhkan hukuman.
"Kalau beliau (Gani) tidak sengaja menyembunyikan dokumen itu, menyaksikan keputusan kes Anwar yang berbeza.. tidak mungkin Anwar disabitkan dengan hukuman 5 tahun," katanya.
Justeru, ahli politik PKR tersebut sekali lagi mengulangi pendirian meminta siasatan bebas dilakukan termasuk mengugurkan peranan Shafee sebagai pendakwa raya dalam kes Anwar.
"Kalau betullah maklumat yang kami terima, maka perlu ada‎ siasatan tentang itu. Gani perlu jelaskan mengapa beliau menyembunyikan kewujudan fakta OTI," katanya.
Tarikh 28 dan 29 Oktober depan adalah pendengaran rayuan keputusan penghakiman kes Liwat II terhadap Anwar yang akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan bagi menentukan nasib ketua pembangkang tersebut. – 13 Oktober, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa