Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 15, 2014

Kesian.......Tamrin Yang Gagal Mencari Murni Dalam PAS

Sebelum ini dia dah bosan berenang dalam keladak UMNO
Lalu mencari kejernihan di dalam PAS
Tapi apa yang terjadi bila masuk ke lubuk PAS mengecewakanya

Dalam politik mana ada murni dan harmoni daa......?
Bila sebut politik mereka akan berada di tara yang sama
Bezanya hanyalah ketara dan tidak saja

PAS adalah sebuah bahtera kalau diikutkan spesifikasinya cukup baik
Tapi sebaik mana bahtera itu kalau Pilotnya kalut kerana hilang arah navigasinya, tahulah sendiri apa akan terjadi?

Ini saja aku jolok untuk berbahasan.......

PAS kehilangan anak bekas TPM hari ini
TMI - Published: 15 October 2014
Mohd Tamrin Abdul Ghafar (kanan) dilihat bersama Naib Presiden PKR Tian Chua dan aktivis Haris Ibrahim ketika ditangkap di bawah Akta Hasutan, tahun lepas. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 Oktober, 2014. 

Anak bekas timbalan perdana menteri Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini menghantar surat kepada setiausaha agung PAS menarik diri dari menjadi ahli parti Islam itu.

Tamrin berkata beliau tidak lagi menganggotai PAS berkuatkuasa hari ini.

"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," kata Tamrin yang juga bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu.

Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk "Menarik diri sebagai ahli PAS" daripada Tamrin itu.

Dua tahun lepas, pada 11 Ogos 2012, Tamrin menyerahkan borang keahlian sebagai ahli PAS kepada presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada majlis peringatan Badar Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak.

Tamrin merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Molek dan pernah menjadi Ahli Parlimen Batu Berendam.

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, beliau turut sama dilihat membantu kempen PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan rakannya dalam PR.

Beliau pernah memberitahu The Malaysian Insider sebelum ini, walaupun sekiranya beliau keluar dari PAS, dia tidak akan sekali-kali kembali kepada parti asalnya, Umno.

"Bagi saya Umno sudah mati," kata Tamrin, anak kepada Tun Abdul Ghafar Baba.

Langkah seterusnya bagi Tamrin ialah menyertai Gerakan Anti Perkauman (GAP), sebuah badan yang akan memperjuangkan Malaysia yang harmoni dan mengutamakan perpaduan antara kaum.

GAP merupakan idea beliau yang dicetuskannya pada satu pertemuan sempena memperingati tarikh 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor tahun lepas.

Gerakan itu akan dilancarkan di Petaling Jaya malam ini. – 15 Oktober, 2014.

12 comments:

  1. Eh Eh Kesian kat Tamrin baru masuk je... p kuar pula...tak dan nak lama sikit... pi lah balik kat umno... kot kot depa boleh tolong dan bantu...he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian....amk yang gagal mencari rakyat hakim negara.bro admin.....tak mau komen ker.

      Delete
  2. Tak payah kesian kat tamrin lah dan tak payah perli dia lah.dia lebih faham daripada kau wahai Awang takda Chan.Sepatutnya Pas tempat manusia dapat pelajari apa juga karenah dalam duania dan akhirat tapi sejak akhir2 ni Pas sudah jadi parti yang bolih orang meluat untuk jadi ahlinya,aku masih ahli Pas tapi tunggu dan tenguk keadaan.

    ReplyDelete
  3. Tak pon masuk pkr bagi sokongan pada azmin. Untung2 dpt jawatan CEO di PKNS. Tapi kenalah sokong exco Elizabeth tanpa berbelah bagi....

    Kalau nak lebih afdal dan "FOR ALL" silalah masuk DAP seumur hidup. Mungkin di situ ada jalan singkat menuju ke syurga....

    ReplyDelete
  4. tamrin keluar masok mana mana parti politik pun masih hidup kaya ada duit nak enjoy sakan.

    ini yang sedih bebudak melayu yang sudahlah tak berduit tapi papa akal masih duduk dalam PAS... itu yang sedih.

    orang orang melayu rata rata mana ada duit , kalau tak jadi barua atau hidup minum duit kopi sah lagi papa kedana.

    PAS pulak parti tak de nilai ekonomi nak bantu ahli ahli maju pun lungkup,

    ubah lah wahai melayu melayu.

    kalau hidup malas macam minta sedekah brim saja , susah jugak dalam kubor tu !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pkr memang kayo oi.tu pasai tropicana kena sita.ko mesti kayo jugak kan.kayo samdol.tak pun kayo kurap.jgn mare aaaaa.aku kesian ngan bebudak dan blogger pkr nie.semekin.semekin agama.tak cayo bole tengok rambut adik.cian.statement degor degor.tapi gagal sebagai seorang Islam dan bapa.

      Delete
  5. PAS adalah sebuah bahtera yang sangat BAIK.Menjadi platform dan harapan rakyat Malaysia pada masa hadapan. Tetapi apabila NAKHODA dan KELASI-KELASInya MABUK. Tak akan ada penumpang yang berani belayar bersama bahtera tersebut.

    ReplyDelete
  6. Pas!.... adakah nak buat post mortem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amk tak mau buat post mortem ker.rakyat hakim negara.mana pergi sokongan dari parti carlsberg.

      Delete
  7. hadi awang dah jatuh...anggap shj mat sabu memangku jadi presiden...hang mustapa baik hang diam...satgi spendar keluaq sapa nak jawap...hadi awang mmg barua sbb belum jawap siapa tauke pil kuda...siapa broker...siapa barua tu...kenapa begitu hebat membuli seorang wanita yg begitu sabar...kami undi bukan berdasarkan parti...kami undi berdasarkan kepercayaan kepada masa depan kami...kami tak perlukan seorng presiden yg akan menikam kwnnya...yang akan menjadi diktator....hari ni mmg marah sikit sbb hadi awang ni ckp english pon taktau tapi ada hati nak jadi pm....hadi ooooo hadiiiiiiiii.....letak jawatan atau dijatuhkan dlm muktamar secara senyap....kami mmg senyap sbb undi adalah rahsia....pas pkr dap...dlm tiga parti mmg ada masalah...tapi lagi besar punya masalah adalah barua hadi awang...adakah kita beyond the future...yes sir...no more hadi awang next muktamar....mcm org gila aku tulis...yelah untuk barua mesti lah kena gila...barua kamu hadi awang...sedap berkata orang barua...nah ambik hang....barua hang hadi awang

    ReplyDelete
  8. Orang macam tamrin ni tak diperlukan sesiapa pun, kalau diperhalusi, banyak sangat kemusnahan. Kalau tak masyuk tak nak dia. Dia dia hampir hampir musnah kan mara nasin baik cepat cepat di tendang kluar. Kalasu tasmrin kerluar pas ke umno ke, lantak lah diua. Tak jadi hasl pun.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa