Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 16, 2014

Raih sokongan: Lebih Baik Dua MP PAS Tutup Mulut

Laman sosial platform Pas raih sokongan
FATHIN ATHIRAH HASLI
15 Oktober 2014

KUALA LUMPUR - "Kami akan menggunakan segala ruang dan media untuk meraih sokongan pengundi," ujar AJK Dewan Ulama Pas, Nasruddin Hassan.

Menurutnya ketika ditemui Sinar Harian Online hari ini, laman sosial seperti Facebook dan Twitter memberikan ruang kepada ahli Pas untuk melontar pandangan bermanfaat buat pengikut dan pembacanya.

"Tidak dinafikan generasi muda adalah kelompok generasi paling besar. Dan mereka adalah kumpulan terbesar yang menggunakan laman sosial di negara ini.

"... Dari situ kami boleh berinteraksi dengan rakyat dan penyokong," katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke atas mangsa ribut di Flat Loke Yew, di sini, hari ini.

Beliau juga yakin ahli politik atau pemimpin Pas yang menulis melalui laman sosial akan bertanggungjawab terhadap idea dan pandangan masing-masing.

Sementara itu, AJK Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menjelaskan sudah menjadi kelaziman bagi pemimpin atau ahli parti menjadikan laman sosial untuk meluah pandangan masing-masing.

Katanya, ia kerana mereka sudah terbiasa dengan peranan media baharu yang dikatakan sebagai penyalur maklumat kepada masyarakat.

"Kami sudah biasa dengan media baharu. Ini adalah platform bagi rakyat untuk mendapatkan berita terkini selain dari televisyen.

"Media kedua (laman sosial) sentiasa menjadi penghubung kami kepada masyarakat. Saya bukan hanya tulis (status di facebook), saya baca komen menarik dan buat kesimpulan atas pandangan mereka (rakyat)," jelasnya.

3 comments:

  1. Maka jadilah seperti kera kena belacan dan minum pula budu satu jug. Beri pendapat pun macam budak tak pernah jumpa sekolah dan menerima pendapat orang pun macam dituang air di daun keladi. Yang baiknya bila PRU14 nanti jatuhkan 2 ekor kera kena belacan ini tak kira walau kat manapun mereka bertanding. Terutama di Temerloh yang majoritinya begitu bodoh memilih Nasaruddin Vellfire ini berbanding Saifuddin Abdullah di PRU13 lepas.

    ReplyDelete
  2. bebudak tinggal flat tu rata rata Melayu tak be duit.

    kan leboh baik kalau bela ikan Patin dalam flat flat tuk tampung hidup.

    dalam vellfire pun boleh bela ikan patin.

    eh!!!! orang Temerloh bahalol bahalol ke >>>>????

    ReplyDelete
  3. Taraf mp pas amat lemah sekarang... Pas menuju kehancuran... Jenis serban aja besar tp otak xseberapa.... Kesian aku dgn pas... Dulu aku respek sekarg xda dah... Harapnya buang dulu presideng ug tu...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa