Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 13, 2014

Hudud:Terang-Terang PAS Tertipu!

Inilah jadinya bila dipaksakan kepada yang tidak mahu!

Hudud: Empat kali mesyuarat wakil Umno tidak hadir

ASLANI M.

KOTA BHARU: Sehingga kini Umno Kelantan belum menghantar wakil menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diwujudkan kerajaan negeri.Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, surat jemputan sudah dihantar kepada Umno Kelantan bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

“Setakat ini sudah empat kali mesyuarat diadakan. Begitu juga Majlis Peguam belum menghantar wakil sehingga sekarang,” katanya menjawab soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini.

Jawatankuasa terbabit dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, manakala ahli lain iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Mufti, peguam syarie dan sivil, ahli akademik.

Selain itu wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara.

Roseli sebelum itu mencelah mungkinkah tidak ada calon yang layak daripada Umno sehingga tidak menghantar wakil menghadiri mesyuarat tersebut.

“Atau ada kalangan mereka tidak faham kewajiban pelaksanaan perundangan syariah,” ujarnya.

Sebelum itu Zawawi Othman (BN-Semerak) mencadangkan supaya pelaksanaan hudud dikuatkuasa terhadap wakil-wakil rakyat di Kelantan terlebih dahulu.

Nassuruddin berkata, perundangan Islam tidak terhadap terhad golongan tertentu sahaja kerana hukumnya meliputi semua orang yang beragama Islam.

Katanya juga, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai langkah dan usaha bagi merealisasikan perundangan tersebut termasuk mewujudkan Sektretariat Tetap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang dipengerusikan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Selain itu mewujudkan Jawatankuasa Pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 2014 (Taazir) yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Kelantan.

Kerajaan negeri juga menganjurkan forum perdana Hudud Penyelesaian Masalah Ummah pada 27 dan 28 Okktober tahun lepas.

Diskusi perundangan syariah, pembentangan cadangan penambahbaikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, diskusi cadangan penambahbaikan enakmen tersebut,

Bengkel mengenai Qarinah Hamil da Kelahiran Anak sebagai keterangan bagi pensabitan zina.

“Kerajaan negeri turut mempromosi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dengan pengedaran pelekat kereta dan mewujudkan kiosk syariah di bandar Kota Bharu sebagai pusat penerangan dan dokumentasi,” katanya.

11 comments:

  1. Wakil UMNO akan hadir apabila mesyuarat diadakan hampir dengan PRU14. UMNO pun takut juga nak laksanakan enakmen Hudud bersama PAS kerana bagi mereka apabila berjaya melaksanakan enakmen Hudud bersama PAS kelak maka kata putus setiap proseding perbicaraan akan diberi kuasa mutlak Presideng dan MSU PAS (cuma kebarangkalian sahaja), maka habislah semua pesalah dari UMNO akan didera mengikut kepala Tuang Presideng sendiri dan MSU. Maka jadilah Enakmen flip-flop dan U-turn dari Rusila.

    ReplyDelete
  2. pAS parti politik gagal lagi bahalol.

    sudah di tipu ber kali kali dengan setan di kenali , masih tetap sangka bijak.

    bodoh amat lah PAS ini !

    ReplyDelete
  3. Abe

    Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II peringkat negeri Kelantan oklah tetapi masaalah perlaksanaannya masih memerlukan persetujuan Kerajaan persekutuan kerana terdapat galangan dari segi perundangan dan perlembagaan.

    Mengambil kira halangan-halangan yg ada, Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II sebenarnya tidak lengkap jika tiada wakil rasmi dari Jabatan Peguam Negara (AG Chambers). Penyertaan AGC perlu untuk memberi nasihat macamana cara hendak menyelesaikan hslangan perundangan dan perlembagaan. Majlis Peguam bukan badan perundangan yang diperlukan . Kena AGC jugak.

    AGC hanya boleh menyertai Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II jika diarah oleh Kerajaan Najib. Ada kita dengar kenyataan dari Kerajaan Pusat yang AGC telah diarah membantu Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II?

    Takde kan? Apa makna? Maknanya Nik Amar, Ahmad Yaakob dan PAS dah kena kencing denga UMNO! Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II mahu penyertaan AGC bukan UMNO Kelantan.

    Mesyusratlah Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 10 kali sehari, 7 hari seminggu sampai bila2,Enakmen Kanun Jenayah Syariah Ii ini takkan kemana pun dalam keadaan yang diberitahu oleh Exco Ustz Nasarudin.

    Ceritanya UMNO SUDAH TIPU PAS HIDUP2! UMNO SUDAH PEGANG HUDUD PAS DAN PAS DAH HILANG KAWALAN TERHADAP HUDUD KELANTAN!

    KALAU KELANTAN JATUH DALAM PRU 14 NANTI - HUDUD PAS AKAN HILANG LANGSUNG MACAMANA HUDUD TERENGGANU HILANG BILA KERAJAANG TGHH BUNGKUS DULU LEPAS SEPENGGAL!

    ReplyDelete
  4. Hudud cara PAs...hadoi...!!! Kalo anak menantu tuan presideng..x bole didakwa...nnti tak wala.
    Umno x payah keja kuat2 dah...PAs sememang nya Parti lebai kampong yg bangang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cer citer hudud PAS.ader brani.

      Delete
  5. bat8

    Abe setuju. Memang jawatankuasa ini tidak lengkap atau sengaja dicacatkan supaya menjadi masalah.

    Satu lagi, ikhlaskah mereka (PAS dan UMNO) beruaha ke arah mencari dan mneyediakan makanisma pelaksanaannya? Atau hanya bikin modal politik bila menjelang pilihanraya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe

      Modal politik yang menguntungkan UMNO. UMNO dsh kunci mulut PAS sampai PRU 14. PAS dah tak boleh guna isu hudud lagi. Sapa cerdik sapo bodoh?

      Orang cakap kita berpakat tumbangkan BN dulu, kita ambilalih Putrajaya dulu. Tetapi puak-puak serban besar UG ni terlebih cerdik, angkuh, bodoh sombong - berkeras nak buat hudud dengan UMNO!

      Sekarang apa jadi? Hudud entah kemana, PAS pun dah hancur lebur dalam percsturan politik hari ini!

      Delete
  6. Sekian lama dan Segala mcm taktik Umno guna utk jatuh kn PAs. Tapi isu MB Slangor PAs sndri telah meruntuhkan moral mereka...TGHH..NIk AbEdoh..DR JUdhi..Tentawi..Nik Amar..inilah antara para cendiakawag PAs yg melingkup kan PAs..
    Ada hati lagi mau crita sama hudud...PRU14 ni pong kelantan blom tntu lagi utk PAs..ngeri lain xpayah ckap la... mmg PAs hancusss.

    ReplyDelete
  7. Bukan Umno tipu Pas tapi Peminpin Pas yang tipu diri sendiri dan terus menipu kumpulan UG.Kesian Pas yang bodoh berulang kali.Umno tak payah tipu Pas kerana umno dah tahu peminpin Pas memang bodoh sombong.

    ReplyDelete
  8. Itulah PAS, kalau ada individu cemerlang seperti Husam Musa di Kelantan dah tentu Lebuhraya Rakyat dah menjadi kenyataan. Orang bijak dipecat yang tinggal orang jahil yang asyik nak makan dan menadah air tangan UMNO dan bermodalkan "Hudud". Kamu para pemimpin PAS pun bukannya ikhlas terhadap "Hudud", maka kamu hadamkanlah "Hudud" tu sebagai makanan rakyat Kelantan kerana mereka tidak perlukan ekonomi yang baik, tidak juga perlukan sosial yang mampan dan teratur, mereka hanya perlu makan dan minum dengan "Hudud" PAS.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa