Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 13, 2014

Annuar Musa ajak PAS sertai BN: Khalid Yang Jawab. Di Mana Nik Abduh?

Isu macam ni sepatut mana-mana MP PAS yang dikaitkan dengan UG yang jawab
Yang aku nak dengar adalah jawapan dari Nik Abduh atau Tantawi
Takkanlah hanya berani di fb atau twitter sahaja?

Daripada terus dibuli PKR dan DAP, Annuar Musa ajak PAS sertai BN
Published: 13 October 2014
Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa memuji PAS kerana mempunyai pendirian yang teguh meskipun diasak kepimpinan DAP dan PKR terutama dalam kes melibatkan pelantikan menteri besar Selangor yang baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2014.

Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa hari ini berkata, PAS adalah tulang belakang kepada komponen parti dalam Pakatan Rakyat (PR) meskipun kemelut menteri besar Selangor sebelum ini menyaksikan parti Islam itu bertelagah dengan DAP dan PKR.
Annuar berkata, lebih baik PAS bersama dengan Barisan Nasional (BN) daripada terus dibuli rakan-rakan dalam PR.
"PAS marilah duduk bersama BN," katanya ketika perbahasan Belanjawan 2015 di Dewan Rakyat Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
"PKR dan DAP buli PAS, turut buli bekas Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Mereka lupa kekuatan DAP dan PKR datang daripada PAS," katanya.
Kenyataan itu kemudiannya disambut Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang bangun dan menegaskan PAS tidak akan "termakan umpan" yang dihulurkan Umno untuk menyertai BN.
"Ucapan Ketereh amat melucukan, macam nak cuba beri umpan. Beliau kata kita orang lama, minta maaf Ketereh, kita tidak termakan umpan," kata Khalid ketika membalas hujah daripada Annuar.
Annuar kemudiannya memuji PAS kerana mempunyai pendirian yang teguh meskipun diasak kepimpinan DAP dan PKR.
"PAS tidak akan hancur kerana mereka istiqamah dalam perjuangan mereka, yang hancur parti lain," kata Annuar.
Khalid kemudian bangun sekali lagi dan menegaskan kebersamaan PAS bersama PR berjaya menjadikan sokongan mereka meningkat sehingga 52% ketika pilihan raya umum 2013.
"Apa nak bangga sangat dengan 52%, kalau orang buli," kata Annuar.
"Saya tidak salahkan Shah Alam, beliau tidak tahu," kata pemimpin Umno itu.
Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz sebelum ini melalui akaun Facebook miliknya mengakui PAS menjadi mangsa buli DAP dan PKR rentetan isu di Selangor berhubung isu menteri besar dan pemecatan ahli majlis di Pulau Pinang baru-baru ini.
Anak Mursyidul Am PAS itu berkata, jika dahulu PAS mangsa buli Umno, sekarang mereka dibuli rakan sendiri dalam PR.
"Hari ini, selain Umno, PKR dan DAP mula hendak buli PAS.
"Sehinggakan PAS kelihatan seperti terpinga-pinga tidak tahu hendak sentuh yang mana satu. Semua macam tidak menjadi," katanya dalam tulisan akaun Facebook miliknya.
Pertelagahan PAS dengan rakan komponen PR semakin hangat apabila parti itu tetap menghantar lebih daripada satu nama calon menteri besar, sedangkan DAP dan PKR memutuskan mereka akan tetap menghantar nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mengkehendaki parti pemerintah di Selangor itu menghantar lebih daripada satu nama calon untuk dilantik sebagai menteri besar.
Baginda kemudiannya memilih melantik Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor. – 13 Oktober, 2014

6 comments:

  1. Anuar Musa sepatutnya m3mbuat tawaran peribadi kepada puak-puak UG dalam PAS seperti Nik Abduh, Tantawi, Ust Wan Zawawi Wan Salleh dan Dr Khairudin Aman Razali At takiri te4lebih dahulu.

    Bila mereka dah masuk barulah buat general offer kepada PAS. Tapi laku ke batang tubuh Anuar Musa nak buat offer itu. Orang Kelantan masih ingat dia cuba menabalkan Sultan Kelantan yang baru di Ketereh dalam tahun 90an dulu.

    ReplyDelete
  2. Jgn lupa taear sama pada Hj Hadi...he3

    ReplyDelete
  3. Itu orang2 ada Tulur ka?

    ReplyDelete
  4. mangkuk ni bukan 'derhaka' pada sultan tapi 'gedebe' kot ? ABU !

    ReplyDelete
  5. ore gilo tere bersuara
    pitih pprt hok demo ambik lagu mano?
    tokkae nok make pitih haram wahai nuar muso woii...

    ReplyDelete
  6. Apa pula Nik Abdoh perlu jawab.memang inilah rancangan yang sangat mereka nanti.Orang yang menggelupur bimbnag Pas bergabung dengan Umno hanya kumpulan Mat Sabu,Khalid Samad,Hanapiah Maidin.Husam Musa,yang lain menenti je.dan kita pula menanti Pas hancur berderai derai.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa