Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 15, 2014

Guru Silat Patahkan Ugutan Bersenjata Di Hentian Putra



Tarikh : 12 October 2014
Masa. : 1.30 PM
Tempat : HENTIAN PUTRA KUALA LUMPUR

Keterangan : Ayah saya En Ramli b Shafie umur 56 tahun asal dari Tawang, Bachok Kelantan sedang berehat di surau Hentian Bas Putra Kuala Lumpur setelah selesai menunaikan solat zohor sambil menunggu bas untuk balik ke Kelantan. Ayah saya telah didatangi oleh seorang pemuda lingkungan umur 20-30 dan meminta duit dari ayah saya. 

Ayah saya menyatakan yang dia tiada duit, lalu pemuda tersebut mula bertindak agresif dengan mengeluarkan pisau dan mengugut ayah saya serta cuba menerkam beg ayah saya.

Pemuda tersebut menghunuskan pisau namun Alhamdulillah ayah saya lebih pantas dan merampas semula beg tersebut. Ayah saya sempat bergelut dengan pemuda tersebut menyebabkan tapak tangan ayah saya cedera terkena bilah pisau. 

Dengan izin Allah dan ayah saya juga seorang guru silat berjaya mematahkan serangan pemuda tersebut 'single handed'. Pemuda tersebut cedera teruk namun sempat melarikan diri dengan dibantu oleh seorang lagi pemuda bermotosikal yg telah menunggunya di luar Hentian Putra. 

Berhati2 kepada semua pengguna Hentian Putra sekiranya anda ke Hentian Putra pastikan berteman dan sekiranya nampak pemuda mencurigakan laporkan pada pihak polis atau keselamatan. Ayah sy bernasib baik kerana beliau masih mampu melawan. 

Minta dijauhi dari perkara yg tidak diingini.
 — with Zurie Azura Hanum.

2 comments:

  1. alhamdullillah

    nik abdoh patut jumpa pak silat kelantan ini dan mendidik anak anak melayu di puduraya supaya jangan nak mencuri , merempit , merompak saja tetapi cari dan buat kerja halal.

    nik abdoh amat pintar maka boleh buat perubahan kepada anak anak melayu dengan didikan agama , broker , dan barua... yang pentinf , kerja broker dan barua masih memberi pendapatan halal.

    mister nick , you can do it !!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komen cantik dari bangsa melayu raya.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa