Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 14, 2014

Hong Kong gunakan kongsi gelap leraikan demonstrasi?

Pihak berkuasa Hong Kong didakwa gunakan kongsi gelap leraikan demonstrasi
AFP |Kemas kini:Oktober 13, 2014
(Diterbitkan pada: Oktober 13, 2014 23:07 MYT)
Pihak berkuasa Hong Kong didakwa gunakan kongsi gelap leraikan demonstrasi
Pihak berkuasa Hong Kong didakwa gunakan kongsi gelas leraikan demonstrasi (Foto: AP/ Pedro Urgate)
Hong Kong: Huru-hara tercetus di Hong Kong semalam apabila berpuluh-puluh lelaki bertopeng merempuh halangan di kawasan kumpulan pro-demokrasi sekaligus mencetuskan tuduhan baru bahawa pihak berkuasa menggunakan samseng untuk menyuraikan penunjuk perasaan.

Kumpulan lelaki bertopeng itu berada di barisan hadapan perhimpunan di Admiralty berhampiran daerah pusat perniagaan Hong Kong mencetuskan pertempuran dengan penunjuk perasaan, hanya beberapa jam selepas polis mengalihkan beberapa halangan.

Penunjuk perasaan yang diserang itu kemudiannya melaungkan "Senjata! Senjata!" dan "Tangkap Kongsi Gelap" kepada penunjuk perasaan lain di Mongkok.

Ahli parlimen pro-demokrasi menyalahkan pihak berkuasa kerana pertempuran itu.

"Ini adalah salah satu taktik yang digunakan oleh komunis di tanah besar China dari semasa ke semasa. Mereka menggunakan kongsi gelap atau perusuh pro-kerajaan untuk cuba untuk menyerang anda supaya kerajaan tidak perlu bertanggungjawab," ahli parlimen Parti Demokratik Albert Ho memberitahu AFP.

"Ia seolah-olah polis mengalihkan halangan untuk memberi laluan kepada kumpulan kongsi gelap menuju ke arah kumpulan penunjuk perasaan," kata ahli parlimen Parti Civic Claudia Mo kepada AFP.

Salah seorang ahli parlimen yang berada di lokasi rusuhan di Admiralty menyuarakan kebimbangan bagaimana keadan telah 'merosot'.

"Daripada apa yang saya boleh lihat polis lebih membantu kumpulan anti-occupy berbanding kumpulan yang membuat tunjuk perasaan secara aman," kata anggota Parti Sivik, Kenneth Chan.

Ikuti laporan lanjut disini.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa