Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 14, 2014

Pemuda PAS Samseng?

Dulu sinonim dengan UMNO
Sekarang........?

Pemuda PAS semakin samseng?
 | October 14, 2014
Dengan berkembangnya budaya samseng di kalangan Pemuda, dan budaya saling melaknat di kalangan asatizah PAS, maka tidak pelik apa yang telah berlaku di dalam Muktamar PAS ke 60 lepas.
pas protesPETALING JAYA: Budaya samseng yang ditunjukkan oleh pemuda PAS hari ini semakin melampau dengan melupakan semangat Ukhuwah dan Mahabbah yang telah menjadi tradisi PAS sejak sekian lama.
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata budaya samseng ini di bawa semasa Muktamar Dewan Pemuda 2013 di Shah Alam, bagi membantah kesahihan mesyuarat Dewan Pemuda menyebabkan muktamar pemuda tergendala seketika.
“Dengan berkembangnya budaya samseng di kalangan Pemuda, dan budaya saling melaknat di kalangan asatizah PAS, maka tidak pelik apa yang telah berlaku di dalam Muktamar PAS ke 60 lepas.
“Golongan baru bersama budaya barunya telah mula bertapak.” katanya.
Tambahnya, kepelikan amalan Pemuda telah terbawa-bawa oleh seorang ustaz yang mewakili pemuda PAS Wilayah Persekutuan pada Muktamar lepas dengan bertindak melakukan doa laknat kepada Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu serta dua ADUN PAS yang menyokong Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor yang baru.
“Lebih menyedihkan lagi apabila ada seorang bukan Islam yang melihat gelagat ustaz ini dan terus bertanya saya, “beza pendapat sedikit sudah minta Allah laknat? Adakah itu ajaran Islam?.
“Takut saya untuk ikut PAS, sikit-sikit sahaja mahu panggil Tuhan hancurkan sesama kita. Bincang baik-baik sahaja tak boleh ke?,” kata Khalid.
Beliau penyifatkan doa ustaz tersebut amat murah nilainya kerana tidak terlebih dahulu mendapat penjelasan daripada Timbalan Presiden.
“Lebih parah adalah imej yang begitu buruk yang ditunjukkan kepada semua yang sedang mengikuti. Di mana ukhuwah, di mana kasih-sayang? Atau adakah itu juga hanya untuk Presiden dan orang tertentu sahaja?,” ujarnya.
Khalid menjelaskan tindakan beliau berkata demikian adalah untuk dijadikan sebagai pengajaran dan iktibar dan berharap semua pihak untuk membetulkannya supaya perkembangan yang tidak sihat berlaku di dalam PAS dapat diatasi.

8 comments:

  1. Orang orang yang cetek pendidikan biasa nya bahalol.

    Bila bahalol , otak samseng mudah ber laku.

    PAS rata rata otak cetek kalau dah Presiden sendiri budak nelayan. Tak ada apa yang dapat di bangga kan.

    Anak anak buah pun tak boleh nak bangga jika ketua sendiri bebudak cetek bahalol.

    Common sense saja bah !

    Apa kah kita bangga jika ketua kita budak benggap ?

    Anak tadika pun boleh jadi Presiden !!!

    ReplyDelete
  2. PAS yg skrg berbeza dgn yg dahulu ketika dipimpin Allahyarham Ustz Fadzil Noor terutama gelagat pemuda mrk ketika muktamar di Batu Pahat dahulu mmg mcm samseng umngok dah berdiri juga duduk dah sama level dgn macai parti keris..

    ReplyDelete
  3. Aduh kesian pas ni... Diperintah oleh ustaz nelayan... Taraf pemikiran taraf melayu kg yg rasa malaysia ni cuma ada melayu saja.... Kesian kesian... Dah jadi samseng plk tu....

    ReplyDelete
  4. Pendapat Khalid Samad tidak boleh diterima pakai oleh PAS kerana Khalid Samad bukan dari golongan ulama

    ReplyDelete
  5. Samseng pemuda PAS kampung ni macam katak berdengung bising lepas tu kena lanyak leper mampus dengan tayar kereta. Almaklum ajelah berpresidenkan mentaliti kampung, dilantik jadi naib presiden ulamak sedonia pun terperasan gah macam dilantik oleh seluruh umat islam seluruh dunia. Sedangkan rakyat terengganu pun secara keseluruhannya dan tolak kepimpinan dia dan tak berjaya nak dapatkan kembali kepimpinan terengganu. ha ha ha bodoh betul

    ReplyDelete
  6. Geng2 yg perasan hanya meraka shj yg paling betol.x ikut mereka kira mcm x ikut islam sebenar.mcmlah kebenaran tu milik diaorg shj.

    ReplyDelete
  7. “Lebih menyedihkan lagi apabila ada seorang bukan Islam yang melihat gelagat ustaz ini dan terus bertanya saya, “beza pendapat sedikit sudah minta Allah laknat? Adakah itu ajaran Islam?.
    “Takut saya untuk ikut PAS, sikit-sikit sahaja mahu panggil Tuhan hancurkan sesama kita. Bincang baik-baik sahaja tak boleh ke?,” (Sekiranya itulah tanggapan ramai bukan Islam terhadap PAS, maka mungkin inilah penggal terakhir PAS di Selangor)

    Realitinya ramai yang menyokong PAS bukan sebab ianya dipimpin oleh Ulama. Rakyat mahukan sebuah parti (terutama parti Melayu) yang mampu bersaing dengan UMNO/BN bagi membebaskan cengkaman kuku besi mereka terhadap rakyat. Seluruh rakyat mengharapkan sebuah negara yang ditadbir dengan penuh kredibiliti dan bertanggung jawab oleh para pemimpin yang mereka lantik. Oleh kerana itulah Pak Lah menang besar di PRU 11 kerana berjanji untuk memerangi rasuah dan salah guna kuasa dan selepas itu sokongan terhadap PAS jatuh menjunam, ini membuktikan rakyat memilih PAS bukan atas dasar ia dipimpin oleh Ulama atau bertitle kan Islam tetapi rakyat lebih pentingkan sebuah kerajaan yang lebih cekap, amanah dan bertanggung jawab. Di PRU12, UMNO/BN kalah teruk dan hilang majoritinya dek kerana janji Pak Lah yang tak ditepati di PRU11. Mungkin "akal singkat" ustaz muda UG PAS yang tergila-gilakan kuasa hingga lupa bahawa sokongan rakyat terhadap PAS yang sebenarnya datang dari inspirasi golongan liberal/profesional yang dibawa masuk semasa Ust Fadzil Noor sebagai Presiden PAS. Sekiranya PAS jatuh dan jauh dari sokongan rakyat di PRU akan datang, maka bersedialah golongan Ust Muda UG dalam PAS ini untuk bertanggung jawab memikul beban yang mereka sendiri lontarkan dahulu. Rasanya tidak kan? Sebab golongan ini hanya pandai baling batu sembunyi tangan dan umpama si Munafik Abdullah bin Ubai sahaja di zaman Rasulullah.

    ReplyDelete
  8. geng2 ug ganu mmg bengong
    tok leh paka sekor habuk
    semua bodoh sombong

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa