Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 15, 2014

Parlimen Britain Buatkan Israel Panas Bontot!

Ahli Parlimen Britain iktiraf Palestin
OLEH THE TELEGRAPH - 14 OCT 2014
Sebanyak 274 Ahli Parlimen Britain iktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka. Photo AFP

Wakil-wakil Parti Buruh berjaya mengubah keputusan undian di saat-saat akhir mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Sejumlah 274 berbanding 12 ahli parlimen Britain mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka selepas berdebat selama empat jam malam tadi.
Ketua Parti Buruh, Ed Miliband berjaya mengelak daripada tindakan penyokong partinya yang degil selepas wakil tertinggi parti tersebut masuk campur di saat-saat akhir untuk mengubah undian yang dinamakan kerajaan sebagai pengiktirafan negara Palestin di samping negara Israel.
Belasan ahli parlimen kanan Parti Buruh dijangka tidak mahu terlibat dengan pengundiaan tersebut biarpun diminta oleh ketua whip parti.
Bekas setiausaha luar, Jack Straw bersama beberapa orang ahli parlimen kanan Parti Buruh mencelah dengan membentangkan pindaan terhadap pengiktirafan kepada Palestin dalam sebuah "penyelesaian pengiktirafan dua negara".
Langkah tersebut dimaklumkan sebagai satu perkara penting mengubah keputusan undiaan.
Menurut laporan-laporan hujung minggu, terdapat segelintir ahli parlimen Parti Buruh marah kepada parti tersebut kerana meminta mereka menunjukkan pengiktirafan kepada Palestin secara terang-terangan.
Dimaklumkan mereka diarahkan untuk menyokong gagasan mengiktiraf Palestin, bagaimanapun, Miliband menafikan wujud arahan seumpama itu.
Ahli Parlimen Parti Buruh, Grahame Morris yang membentangkan gagasan tersebut berkata, langkah mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara biarpun dilihat sebagai satu langkah kecil namun secara simboliknya ia adalah satu hal yang amat penting.
Jelasnya, penafian hak secara sistematik akan meningkatkan keganasan dan dalam masa sama memberi galakkan kepada pihak yang menolak politik.
Perdana Menteri David Cameron dan jemaah menteri tidak dibenarkan mengundi. - MalaysiaGazette

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa