Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 14, 2014

Soalan Maut!

Hutang PTPTN perlu dibayar, tetapi hutang Deepak?
 | October 13, 2014
Tindakan Najib jelas menunjukkan keadilan kerana memaksa peminjam PTPTN membuat bayaran pinjaman sedangkan hutang yang lebih besar didiamkan begitu sahaja.
deepakKUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada pihak kerajaan agar tidak mendera golongan muda, khususnya mereka yang membuat Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membuat bayaran pinjaman sehingga mengeluarkan hadis dalam pembentangan Bajet baru-baru ini.
Menurutnya, tindakan Najib itu jelas tidak menunjukkan keadilan kerana memaksa golongan tersebut membuat bayaran pinjaman sedangkan hutang-hutang lain yang lebih besar serta memberi kepentingan kepada kerajaan didiamkan begitu sahaja.
“Saya faham prinsip asas yang berhutang mesti bayar, tetapi jangan mendera golongan bawahan. Bukan main kuat hujah kita bila orang kecil berhutang, tapi hutang Deepak? Tak ada bangkit.
“Hutang 1MDB, hutang Pewaja, hutang Tan Seri Tajuddin yang maha kaya berbilion-bilion itu, tak jadi masalah kah?” katanya ketika bersidang di Parlimen hari ini.
Terdahulu, Najib dalam pembentangan bajet pada Jumaat lalu menggesa peminjam PTPTN untuk melangsaikan hutang sambil mengeluarkan hadis bahawa roh seorang mukmin itu tergantung-gantung dengan sebab berhutang, waima dosa orang mati syahid pun diampuni, melainkan hutangnya.
“Kalau orang itu berhutang dalam sistem yang tidak adil, contohnya, saya miskin saya nak belajar, saya tidak ada pilihan melainkan berhutang padahal tanggungjawab pemerintah untuk membantu.
“Jadi ia perlu ada pertimbangan yang harus diberikan di situ.
Ia berbeza dengan orang yang berhutang dan mencatat keuntungan besar kerana orang yang kaya dan berhutang itu jelas terhukum dalam dengan hadis itu.
“Jadi saya minta untuk kerajaan meneliti semula hadis tersebut dan memberi konteks yang sebenar. Saya juga minta kerajaan lebih telus dan konsisten, supaya jangan mudah mendera rakyat yang tidak mampu untuk berhujah” katanya lagi.

2 comments:

  1. mohon para pelajar mogok sekali,jangan mohon masuk ipt/ipta tahun 2015, kita lihat berapa banyak ipts gulung tikar sebab tak ada pelajar /ptptn

    ReplyDelete
  2. habis lah anak anak melayu tak boleh jalan jalan holiday ke hongkong , thailand , indon.

    air asia rugi sikit kot...

    bertambah lagi lah anak anak melayu merempit dengan motor . proton wira , myvi....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa