Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 14, 2014

Gesaan MB Kelantan Pula!

Tapi kenapa banyak arahan-arahan dikeluarkan oleh MSU bukannya AJK Pusat?
Bolehkah sesiapa berikan sedikit pencerahan?

MB Kelantan gesa ahli PAS tidak sertai PasMa
TMI - Published: 14 October 2014
Majlis Syura Ulama PAS sekali lagi menegaskan agar semua ahli parti itu mematuhi ketetapan majlis berkenaan untuk tidak menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).
Pemangku Ketua Datuk Ahmad Yakob (gambar) berkata sebagai ahli parti itu, mereka perlu patuh segala ketetapan parti dengan tidak sesekali melanggar arahan untuk menyertai persatuan berkenaan.
"Kita ini berparti dan perlu patuh kepada keputusan parti dan itulah keputusan kita (Majlis Syura).


"Apa-apa arahan dengan keputusan parti mana sekali pun kita kena patuh dan ikut," katanya kepada pemberita sewaktu Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan berhenti rehat di Kota Darul Naim di Kota Baru hari ini.
Pada 13 Oktober lalu majlis berkenaan  mengeluarkan arahan agar ahli PAS tidak menyertai PasMa.
Bagaimanapun Presiden Pasma Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi semalam dilaporkan tetap berkeras untuk tidak membubarkan persatuan itu kerana penubuhannya tiada kaitan dengan PAS atau parti lain.
Mengulas perkara itu, Ahmad yang juga menteri besar Kelantan berkata pihaknya akan menunggu keputusan PAS Pusat berhubung perkara itu sama ada perlu mengambil tindakan atau sebaliknya kepada ahlinya yang menyertai PasMa.
"Kita dengar keputusan PAS Pusat dulu mengenai mereka yang menyertai PasMa ini," katanya.
Ketika ditanya adakah perlu PasMa dibubarkan, Ahmad berkata ia merupakan masalah lain tetapi yang penting ahli PAS perlu mengikut arahan yang dikeluarkan. – Bernama, 14 Oktober, 2014.

5 comments:

  1. Abe

    Sebenarnya yang patut keluar larangan ahli PAS menyertai PasMa ialah JKPP.

    2. Yang kita nampak semua pihak yang berkepentingan mengeluarkan arahan tersebut menunjukkan mereka yang berkepentingan sedang panik kerana tiba-tiba PasMa memang m3ndapat sokongan.

    3. Kecelaruan ini dimana setiap pihak yang berkepentingan cuba menyelamatkan kedudukan mereka adalah disebabkan kelemahan pucuk kepimpinan terutama Tuan Presideng 5o give clear direction and provide stable leadership.

    4. Kita keluarkan popcorn dan sirap bandung, kita tengok sahaja everbody is scrambling to safe his own n3ck.

    For sure, PasMa mendapat free publicity. Ceritanya senang - kalau orang PAS tak sokong PasMa kerana takut dengan pelbagai ugutan dari pihak-pihak yang tidak mempunyai authority - masih ramai orang diluar PAS akan menyokong PasMa termasuk yang bukan m3layu.

    Pasang tali keledar...jom kita t3ngok drama orang panik.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Ini link satu artikel yang baik yang mempunyai kaitan dengan N3 abe diatas. Saya syorkan kepada sesiapa berminat membacanya.


    http://msomelayu.blogspot.com/2014/10/tidak-perlu-larang-ahli-pas-sertai-pasma.html?m=1

    ReplyDelete
  3. PAS sudah mula GAGAL.

    Apa lah sekarang seorang Pak Guard di Bangunan PAS HQ KL boleh kluar arahan ????

    Mana protolol komunikasi PAS ?

    Boleh ke PAS mentadbir sekolah jika ahli ahli sendiri boleh jadi cikgu , guru besar , pak guard , dan drebar bas sekolah....????

    PAS mula jadi Kartun....

    ReplyDelete
  4. Wahai ahli-ahli PAS, Jom kita masuk Pasma beramai-ramai...negara demokrasi lah beb ! Takbir!!!

    ReplyDelete
  5. UG panic, UG panic, UG panic, UG panic... habislah hangpa UG... buat lagi kerja jahat. Kan dah panic,

    Perut memulas tak ketau hala,
    Hati bagai dipijak gajah,
    Tu la ada saudara kau bubuh tuba,
    Ketenangan diri berubah sudah.

    Nafas sesak macam 'jam' trafik,
    Bingung kepala tak pernah padam,
    UG bekerja macam munafik,
    Hati mulia berubah kelam.

    UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, UG panic, Aku suka UG panic .... sebab hangpa jahat busuk perut macam UMNO.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa