Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 8, 2015

Akibat dari Kritik golongan 'untouchable'......

Bekas pengurus gesa Mustafa Ali berundur ketuai Harakah 
Published: 8 January 2015
Pengasas Harakah, Ishak Surin berkata, ‎tindakan memecat tiga pengarang lidah rasmi PAS bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 8 Januari, 2015.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali digesa berundur daripada kedudukannya sebagai ‎Pengerusi Harakah kerana memecat tiga pengarangnya, kata Ishak Surin.
Pengasas lidah rasmi PAS itu berkata, ‎tindakan memecat Pengarang Harakah Tarmizi Md Jam, Pengarang Rencana Roslan Hamid, dan Ketua Pengarang Ahmad Lutfi Ahmad itu bersifat zalim dan melanggar hak kebebasan bersuara.
"‎Saya cabar Mustafa Ali berundur. Kita sangat benci 'anak' yang kita lahirkan tiba-tiba bersikap zalim," katanya pada satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini
Ketiga-tiga mereka pengarang Harakah itu dikatakan dipecat secara serta-merta kerana menyiarkan artikel yang mengkritik kepimpinan ulama dalam PAS.
Ishak pernah menjadi pengurus Harakah kira-kira dua tahun ketika akhbar itu mula diterbitkan pada 1986.
Katanya, tindakan meminta Lutfi meletakkan jawatan sewaktu beliau masih cuti sakit adalah tindakan yang tidak beretika, biadap bahkan zalim.
"Begitu mengejutkan sekali. Semuanya berlaku pada saat-saat PAS sedang bergolak hebat dengan krisis kepimpinan dan konflik antara golongan tertentu hingga mengakibatkan jualan akhbar Harakah jatuh merudum," katanya.
Beliau turut mempersoalkan motif sebenar tindakan pemimpin PAS memberhentikan 3 kakitangan Harakah terbabit.
Ishak tidak menolak kemungkinan tindakan itu dibuat akibat krisis kepimpinan dan konflik antara golongan yang sedang bergolak dalam PAS.
Akibatnya, mereka menjadi mangsa yang tidak berdosa dan mangsa pentadbiran zalim dan tidak bertanggungjawab.
"Apakah ini sebagai permulaan semakin terdedahnya wajah sebenar manusia munafik yang selama ini memperalatkan Islam?" katanya.
Katanya, pemimpin PAS yang tidak betul dan zalim perlu ditentang terlebih dulu sebelum menentang Umno kerana ia merosakkan imej Islam.
Ishak yang juga yang dipertua PAS Kawasan Batu berkata, pihaknya sudah menghantar surat bantahan kepada Mustafa pada 2 Januari lalu, tetapi masih tiada jawapan.
Kolumnis Harakah Shamsudin Othman turut serta pada sidang media di Gombak, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 8 Januari, 2015.
Sementara itu, kolumnis Harakah Shamsudin Othman yang dikenali sebagai Dinsman berkata, ini bukan kali pertama beliau mengkritik pemimpin PAS, tetapi tidak pernah diambil tindakan.
Beliau yang mula menulis di Harakah sejak 2008 berkata, beliau difahamkan ia berkaitan artikelnya bulan lalu yang mengkritik ulama PAS.
"Saya mengkritik dengan tujuan jika selama ini ulama dianggap kebal, saya cuba menerobos kekebalan itu," katanya yang kolumnya kali terakhir diterbitkan di Harakah pada Disember lalu.
Setiausaha Seniman Paksi Rakyat (Paksi) Rozan Azen Mat Rasip pula menuntut pengurusan Harakah membenarkan kakitangannya membentuk kesatuan sekerja, dan prihatin terhadap kebajikan pekerja.
"Kami mohon penjelasan ulama PAS dalam perkara tersebut. Sekiranya tindakan mereka itu menyalahi ajaran Islam, kami menuntut mereka memohon maaf dan menerima semula wartawan berkenaan untuk bekerja seperti biasa," katanya.
Gerakan Media Marah (Geramm) dalam kenyataannya bimbang isu permintaan supaya Lutfi meletak jawatan dibuat atas motif lain, bukan atas faktor kesihatan.
Penyelaras Geramm Fazallah Pit berkata pihaknya khuatir wujud unsur penindasan melalui tekanan politik dalaman tetapi berselindung atas alasan lain termasuk faktor kesihatan.
"Sekalipun Harakah adalah akhbar kepartian, kebajikan kakitangan, sama ada berpangkat tinggi mahupun rendah harus dipelihara sebaik-baiknya.
"Pada masa sama, nilai kebebasan media perlu diangkat, tidak hanya melukut di tepi gantang.
"Apatah lagi, ia membabitkan pemilik organisasi penerbitan yang turut sama melaungkan kebebasan bersuara secara bertanggungjawab," katanya.
Beliau berharap kemelut itu berakhir dengan damai tanpa menjejaskan kewibawaan akhbar, pemilik organisasi mahupun kakitangan editorialnya. – 8 Januari, 2015.

15 comments:

  1. Pembeli naskah Harakah di dalam rumah saya pun sudah memboikot akhbar tu.... so UG kamu berhati-hatilah... pemboikotan telah bermula.

    ReplyDelete
  2. Kalau boleh terima teguran, Alhamdulillah. Kalau dah keras kepala nak berpadu dgn UMNO jugak, jgn haraplah.

    ReplyDelete
  3. Ulama PAS suci....puuui Aku ta boleh pandang sebelah mata muka Nik Abodoh.Aku akan undi Ibrahim Katak yg aku ta suka tapi lebih baik dr Abodoh

    ReplyDelete
  4. Aku xkan beli harakah selagi presideng nya si hadi awang... Soryy dia cuma ualam bknnya umarak.. Dia xlayak sbg umarak.. Dia xpandai memimpin.. Tetapi sebagai orang berilmu kita akui tetapi belum tentu yg kluar mulaut dia tu dia buat...Allah lebih mengetahui...

    ReplyDelete
  5. Perangai geng ulamak ni mcm amno dah... Semua cuma namapk ringgit ...rakayt dah xpeduli serupa le dgn geng kelapa taik...

    ReplyDelete
  6. Orang orang Bahalol boleh jadi pemimpin baik ke ????

    Ahli ahli PAS waras kah menongkat orang orang bahalol sebagai Pemimpin ???

    ReplyDelete
  7. Walau pun merupakan ahli biasa, saya tetap mengikuti perkembangan PAS yang di lihat akhir akhir ini sudah separuh "DERAIL". Walau pun begitu masih mampu di perbaiki kalau mau kerana "TOTAL DISTRACTION" belum benar benar berlaku.

    Untuk memulihka kredibility Harakah elok lah di patuhi saranan Cik Gu Surin.

    Untuk memastikan agar PAS terus melangkah maju elok lah mereka yang masih "SETIA" dengan UG di nyahkan. Begitu juga dengan mereka yang bersifat talam dua muka atau pun gunting dalam lipatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pakcik pi pakai perkataan "derail" dan "total destruction" buat apa, ulama ug bukan faham pun, kalau tanya teloq unta dengan taik dhab mungkin depa tau... sebab depa pi belajar di sana. Kalau depa belajar betul2 depan guru mustahil kepimpinan ug bercelaru macam ni.

      Delete
  8. Abih lah..abih lah.. semuanya bertindak dan berkata-kata bertabirkan gelaran Ulama..Memang NaIK ABoDUH lah mereka ni,dah caca-merba dah,ingat UMNO je yg kelam-kelibut rupanya perangai yang sama menjangkit kepada golongan ni.Ada UG,dan ada pulak GU dengan TMB katakan dia yang dapatkan heli yang sebenarnya Husam usahakan,mana satu yang sah kita saja yang menilai.Macamnpun untuk PAS,Husam Musa,Mat Sabu & golongan professional yang lain je yang terbaik masih tinggal,ikhlas dalam perbuatan,konsisten dengan tindakan untuk rakyat dan bersikap terbuka..

    ReplyDelete
  9. Pinjam kata-kata DrM suatu ketika dulu. " JANGAN CIPTA BANYAK MUSUH " Jika nak berpolitik.Jika kita banyak musuh dalam berpulitik pasti kita akan kecundang.

    ReplyDelete
  10. kita peringkat bawah ni tak tahu dan tak faham dengan perangai peminpin ulamak ni.mereka seolah-olah tak tahu bahawa sokongna kepada Pas jauh merosot,bukan sahaja dari bukan islam tetapi pengikut bawahan seperti aku dan sahabat-sahabt lain,aku dan keluarga telah lama tidak melangan harakah,jangan nak beli ,nak belek pun aku tak sudi,selagi peminpin pas tak berubah selagi itu aku dan keluarga tak akan menyokog pas.sedarlah wahai semua peminpin Pas sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  11. Bagus ...bagus....telagah terus telagah.
    Guna dua kaedah
    1. Penyulingan untuk bersih tulin
    2. Penapaian untuk jadi arak
    Jangan lupa tambah najis hati busuk untuk jadi arak wangi juga hati bongkak buat perisa arak manis.
    Buat malu Islam.......

    ReplyDelete
  12. Power corrupts; absolute power corrupts absolutely. Majlis syura mempunyai kuasa penuh dan mutlak, maka tunggulah kerosakan dan kebinasaan parti dalam tangan yang lupa bahawa kuasa adalah amanah.

    ReplyDelete
  13. lantik saja nik bduh dan gengnya jadi pengarang2 baru harakah. aku pun berhenti membaca harakah. bye2

    ReplyDelete
  14. Jangankan nak beli akhbar Harakah, Harakahdaily pun aku dah lama tak buka & baca. Meluat & menyampah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa