Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 8 January 2015 @ 5:05 AM
SEORANG mangsa diusung memasuki ambulans selepas serangan terhadap pejabat Charlie Hebdo di Paris, semalam.
Paris: Dua belas orang terbunuh apabila lelaki bersenjata melancarkan serangan terhadap pejabat akhbar yang terkenal kerana anti-Islamnya di ibu negara Perancis ini, semalam.
Tiga lelaki bertopeng dengan bersenjatakan raifal Kalashnikov menyerbu ibu pejabat Charlie Hebdo, melepaskan tembakan ke arah kakitangan selepas mencari wartawan dengan memanggil nama mereka.
Antara yang terbunuh ialah empat pelukis kartun terkenal Perancis yang selalu menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW), termasuk ketua pengarangnya Stephane Charbonnier.
Saksi berkata, suspek didengar menjerit ‘Balas dendam untuk Rasulullah’ dan ‘Allahu Akbar’ sambil mereka menyerbu bangunan itu.
Rakaman menunjukkan seorang anggota polis cedera tersembam di kaki lima di luar pejabat berkenaan ketika dua daripada lelaki bersenjata itu mendekatinya.
Walaupun berbalas tembakan dengan pegawai bersenjata, lelaki berkenaan yang dilihat amat berdisiplin dan bercakap bahasa Perancis, berjaya melarikan diri dengan kereta yang dirampas.
Sehingga ini, belum ada tangkapan dibuat.
Presiden Francois Hollande menyifatkan kejadian itu sebagai serangan tidak bertamadun terhadap Perancis dan ke atas wartawan.
Beliau turut berikrar untuk menjejaki mereka yang bertanggungjawab.
Selain menggunakan raifal AK47, terdapat juga laporan mendakwa penyerang berkenaan menggunakan pelancar roket.
Serangan itu dilakukan ketika mesyuarat mingguan penerbitan majalah Charlie Hebdo itu berlangsung, bermakna semua wartawan berada di pejabat berkenaan.
Menurut sumber polis, penyerang mencari wartawan dengan memanggil nama mereka.
Charbonnier atau lebih dikenali sebagai Charb, kartunis yang bertanggungjawab terhadap muka depan anti-Islam, adalah antara yang mati.
Seorang kakitangan, Corrine Rey dan anak perempuannya yang bersembunyi di bawah meja berkata, penyerang itu bercakap bahasa Perancis dengan fasih. “Ia berlaku selama lima minit saja.
Seorang saksi berkata, penyerang berkenaan memberitahunya: “Katakan kepada media, kami dari Al-Qaeda di Yaman.” - Agensi
ANGGOTA bomba turut membantu kerja menyelamat di depan pejabat akhbar berkenaan
Alhamdulillah... sekurang-kurangnya ada lagi pembela Rasulullah SAW yang berani.
ReplyDeleteAlhamdullillah
ReplyDeleteTanggung jawab semua umat Islam pertahan nama baik Nabi Muhamad SAW dari di hina....
Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT perhati saja siapa umat umat yg yakin patuh pada NYA.
Hari pengadilan hampir tiba.
ReplyDeleteYang tulus yang mulus.
Yang tulus yang palsu
apa yang membimbangkan ada golongan yang mengambil kesempatan untuk memburukkan Islam.
ReplyDeleteMemang padan dgn perbuatan mereka. Jika hendak mempromosi agama sendiri sekalipun, apa perlunya menghina agama lain? Mana2 agama jika dihina sudah tentu akan ada penganutnya yg bertindak balas, termasuklah agama Islam.
ReplyDelete