'Idea k'jaan campuran bukti Umno jahat'
2:30PM - 1 Jan 2015 - mk
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, cadangan pembentukan kerajaan campuran Umno-PAS di Kelantan menunjukkan “betapa jahat” parti lawannya itu.
Ia juga, kata Mahfuz, menunjukkan bahawa kerajaan Kelantan selama ini sukar menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan.Katanya, cadangan pemilik Sinar HarianDatuk Hussamuddin Yaacub juga memberi gambaran bantuan hanya akan diberikan jika idea kerajaan campuran itu menjadi kenyataan.
"Saya ucap terima kasih kepada Datuk Hussamuddin yang buat cadangan ini. Tetapi melihat kepada sebalik kenyataan ini, ia menunjukkan betapa Umno dan BN ini jahat.
"Saya gambarkan kenyataan itu sebagai bagaimana Umno dan BN itu memiliki tiga sifat iaitu pendera, penzalim dan pembuli.
"Maknanya, kalau nak minta tolong Umno kena ada kerajaan campuran. Dia (Hussamuddin) orang Kelantan, dia tau betapa Kelantan sudah nak dapat bantuan kerajaan pusat," katanya.
Wang royalti untuk pembangunan
Mahfuz menegaskan kerajaan campuran antara BN-PAS tidak akan berlaku.
Sebaliknya, katanya, apa yang perlu diberi tumpuan kini ialah kerjasama antara kerajaan persekutuan dan negeri perlu diperkukuhkan.Malah, Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata, apa yang menjadi keutamaan kini juga ialah kerajaan pusat perlu membayar wang royalti minyak milik Kelantan.
Katanya, sekiranya wang royalti itu diberikan ia dapat digunakan bagi tujuan pembangunan di negeri tersebut.
"Itu hak kerajaan Kelantan untuk dapat royalti dan wang itu untuk manfaat menmangunkan Kelantan.
"Kerajaan campuran tak perlu. Tetapi kerjasama antara G2G (kerajaan dengan kerajaan) perlu dilakukan. Bukan melalui kerajaan campuran.
"Dan selama ini kita memang beri kerjasama (dengan kerajaan persekutuan)," katanya lagi.
Salam Mountdweller
ReplyDeleteKerjasama G2G itu wajar dilaksanakan tanpa perlu kerajaan campuran. Ini prinsip demokrasi. Sebuah sistem demokrasi harus menerima keputusan majority. Di sini majority rakyat Kelantan telah memilih PAS (PR).
UMNO (BN) seharusnya menerima hakikat itu.
Jahatnya UMNO kerana membuli orang yang luka parah.
Yang giler sangat unity gomen in bebudak bahalol kopiah puteh tu saja , bukan jutaan rakyat yang papa kedana pun.
ReplyDeleteBebudak kopiah nak pakai Bentley , Mercedes kena ada UG baru projek masok.
Kalau takat elaun MP Adun mana boleh jadi kaya dengan bini bini muda.
Ini orang orang melayu otak standard , bukan bebudak Cina India.
datuk hissham dah jadi lidah untuk umno ka.selama ni 'Sinar Harian' nuetral sebab pa jadi lagu tu.dah jdi 'Sinar Hairan' tukaq karier ler datuk masuk politaik. senang cite.ni gara-gara UG la ni.masa tok guru nik aziz mati-mati tolak UG,bila tok guru 'dipencenkan' dari mb,mai puak ni hidupkan balik UG,tu yang pencacai UG, umno dan datuk 'Sinar Hairan' meroyan sakan tu.selagi mana tok guru nik aziz masih hidup dan geng pro profesional masih ada dalam pas jangan harap la,nak ada UG.UG/Umno meroyanlah hangpa .
ReplyDeleteitu kenyataan peribadi dia... bukan pendirian pas...
ReplyDeletekan biasa gitu? bila keluar kenyataan yg tak sehaluan dgn geng sana, pasti kena cop kenyataan peribadi, tidak mewakili pas...
kita tunggu macai-macai umno kelantan kata: "...kalau mu undi umno-bn pru dulu, umno-bn boleh tolong jauhkan banjir ... pru akan datang ni, mu undi umno-bn, tentu negeri mu tak banjir dah .....!!!!"
ReplyDeleteBodohnya kamu mountdweller
ReplyDeleteMembuat tuduhan kosong itulah yg sebenar-benar bodoh, kerana jelas gagal memberikan sebarang hujah untuk menegakkan tuduhan tersebut.
DeleteAnon 2:10 lagi bodoh. Dah tau mountdweller bodoh xde hujah kamu pun tuduh dia tanpa hujah jugak seperti dia....kamu lagi le bodoh.
DeleteMemang standard cai UMNO dan UG........
Kerjasama dan bersatu tidak semestinya berpadu menjadi satu kerana minyak dan air tidak boleh berpadu satu tetapi bekerjasama dan saling bantu membantu tiada masalah jika benar benar ikhlas membantu.Bukan memberikan bantuan bersebab dan bersyarat.Dalam masa rakyat menderita inipun ramai yang ingin mendapatkan politikal mileage.
ReplyDeletejgn kata macai bodoh berdosa macai cuma kurang cerdik dari lembu
ReplyDelete