Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 11:58 AM - mStar
BELITUNG: Terdapat penumpang pesawat milik AirAsia Indonesia, QZ8501 berjaya diselamatkan oleh nelayan di perairan Belitung Timur di sini dakwa BangkaPos.com.
Dalam laporan yang dimuat naik pada Rabu itu, portal berita tersebut menyebut dakwaan itu merupakan khabar angin yang telah tersebar di kalangan penduduk di sini.
Bagaimanapun jelas BangkaPos.com, tiada kebenaran dan pengesahan diperolehi berhubung dakwaan tersebut setakat ini.
"Tiada pengesahan boleh dibuat hasil daripada maklumat tersebut setakat ini walaupun ada yang mengatakan bahawa terdapat penumpang telah diselamatkan nelayan.
"Malah mayat mangsa juga telah ditemui terapung di perairan Jawa yang merupakan lokasi nahas," kata pegawai polis Belitung, Yanto.
Tambahnya, berdasarkan maklumat dari Pangkalan Bun, berkemungkinan besar tiada mangsa nahas yang terselamat.
Oleh itu penduduk telah diminta supaya menghentikan sebarang khabar angin berhubung nahas pesawat QZ8501.
selamat tahun baru 2015
ReplyDeleteApa pun boleh jadi di zaman ini
ReplyDeleteBila miskin jadi papa , penipu lahanat lagi kaya ber gaya ; semua nya nak buat untong duit.
Kalau pun betul ada yang hidup mungkin bawa kerugian besar jika hal sebenar di ketahui umum.
Bahalol saja.
Aku percaya sepenuhnya ada penumpang yg terselamat dan diselamatkan olen kaum miskin marhaen bergelar nelayan .
ReplyDeleteKaum nelayan perjuangan hidupnya selalunya bersahabat dengan laut - ombak dan badai adalah sahabat setia mereka - demi sesuap nasi untuk mereka dan keluarga .
Walaupun mereka ikhlas dan benar dlm sesuatu tetapi ada pihak yg lebih berkuasa pastinya meremeh kenyataan mereka.
Aku percaya ada tangan - tangan gaiab cuba sedaya-upaya menutup kebenaran .
Kaum miskin ada apa pada mereka untuk dipercayai oleh gulungan atasan .