Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 7, 2015

Apa Nak Jadi? Shafee Kata Polis Buat Silap. Polis Pula Tak Tahu Menahu!

Macamlah Shafee pulak yang jaga polis!

Polis sendiri tak tahu kandungan surat Zahid
mk - 9:17PM - 6 Jan 2015

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berunding dengan pihak polis sebelum menghantar surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Amerika Syarikat (AS) berhubung isu Paul Phua, yang didakwa seorang 'raja judi'.

Menurut sumber polis, malah Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sendiri tidak tahu menahu berhubung perkara itu.
“Tiada sesiapa pun dalam polis tahu berhubung surat itu atau kandungannya.

“Kami hanya difahamkan kewujudannya selepas perkara itu didedahkan oleh media,” kata sumber kepada Malaysiakini.

Sumber itu juga menafikan bahawa pasukan itu membuat kesilapan seperti didakwa peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sebelum ini.

Sementara itu, Khalid ketika dihubungi enggan mengulas berhubung perkara itu dan berkata soalan itu sepatutnya diajukan kepada pihak menteri.

4 comments:

  1. Sudah jadi macam kartun.

    Malaysia ini macam kartun Flintstone ke ?


    Padan lah anak anak tanahair bahalol bahalol saja , miskin sana papa sini.

    ReplyDelete
  2. Aku dh katakan dri awal dulu klu Pemimpin2 yg ada ni semuanye menang PRU 13 ada lah HARAM tak diterima olih kebanyakan Rakyat Malaysia SB tu ALLAH set bgi BALA pd Rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan dah tarik baliik surat tersebut kira habis cerita lah. Buat apa nak salah kan Polis.
    FBI kalau cekup tak kira surat Menteri atau kerajaan mana. Siasatan dia punya bukti cukup tu.
    Tak payah sibuk lagi buat malu kerajaan jer dan mencalar integriti Institusi Polis.

    ReplyDelete
  4. Ini worang cakap kalu, banyak kuat dia punya tipu. Towsah pircaya sama ini worang, dia mulut punya dalam itu lidah serupa itu godumbu punya lidah juga ada.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa