Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, January 7, 2015

Di Pantai Timur Peladang Sayur Menggunakan Ladang Terapung Dan Nelayan Mengguna Submarine Untuk Menagkap Ikan

Itulah sebabnya tak logik ikan dan sayur naik harga kerana banjir!
Tahukah dia yang kita di sini menggunakan hasil pertanian lokal?
Selain itu Cameron Highlands tempat penghasilan sayur terbanyak tak kena malapetaka jugakah?
Transport untuk hantar barangan ini dapat tenaga dan minyak freekah?

Tidak logik ikan, sayur naik kerana banjir
7 Januari 2015
Ismail Sabri

PUTRAJAYA - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan sebagai tidak logik alasan yang diberikan iaitu oleh kerana banjir, ikan dan sayur mengalami kekurangan bekalan, maka harganya terpaksa dinaikkan.

Beliau berkata, bekalan sayur adalah mencukupi kerana negeri di pantai timur yang terjejas banjir bukan merupakan pengeluar utama sayur negara.

"Negeri pengeluar sayur ialah Selangor, Perak dan Johor yang menyumbang antara 60 hingga 70 peratus daripada pengeluaran sayur negara. Di Perak pun bukan semua kawasan dinaiki banjir.

"Sementara ikan pula, selain banjir, nelayan memang tidak turun ke laut semasa musim tengkujuh pada bulan Disember. Manakala nelayan di pantai barat masih menangkap ikan," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan kenaikan mendadak harga ikan dan sayur di seluruh negara sejak minggu lepas yang dikatakan berpunca daripada kekurangan bekalan akibat banjir.

Sehubungan itu Ismail Sabri menggalakkan pengguna membeli sayur dan ikan yang dijual pada harga murah di 556 pasar tani di seluruh negara bagi memberi tekanan kepada pemborong dan peniaga untuk menurunkan harga.

"Kementerian telah membuat persediaan awal setiap hujung tahun dengan mengharamkan eksport ikan pilihan rakyat seperti kembong dan selar ke luar negara sejak Oktober lepas, untuk dibeli oleh Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) dan disejuk bekukan.

"Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) juga mengimport 20 peratus daripada bekalan sayur dalam negara untuk dijual di pasar tani," katanya.

Beliau turut melancarkan misi sukarelawan pasca banjir Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ke negeri terjejas banjir bagi menjalankan kerja pembersihan.

Sebanyak 2,900 sukarelawan digerakkan dalam misi itu sebagai tambahan kepada 2,100 sukarelawan yang digerakkan sejak banjir berlaku. - Bernama


4 comments:

  1. Betul setuju sangat......
    Selain dari itu dengan harga minyak terkini tariff letrik dan cas transport pun harus turun.
    Baru lah barang proses kilang serta binaan jadi murah.
    Dari itu kos pemulihan semula pasca banjir tidak membebankan.
    Guane Admin geliga tak otak kampung ni.

    ReplyDelete
  2. Sememangnya menteri tidak pernah turun padang, tahukah kau wahai menteri barang2 dipasar tanilah yg paling mahal dari dulu hingga sekarang dan selama2nya sememangnya mahal, sekadar mendengar dari sumber yg membodek tak payahlah nak buat kenyataan yg menjijikan rakyat, dah lama dah kami didahulukan untuk ditipu olih kerajaan. Wallahualam

    ReplyDelete
  3. Kan bebudak bahalol tu.

    Kalau bebudak bijak tahap Rafizi tak de lah rakyat miskin ter desak banyak kat malaysia kan....

    Kalau rakyat bahalol undi budak bahalol jadi menteri , salah rakyat nampak gaya nya.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  4. Apalah susahnya, ikan mahal makanlah ayam atau daging dan jika sayur naik harga pergilah makan rumput, bukannya boleh mati.

    Kita tunggu menteri yg akan cakap begitu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa