Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 11, 2015

Apeker Gila Pulakla Aiih.......

Memalukan! Pemuda UMNO menggasak Wira PERKASA
 | January 10, 2015
Kejadian menyerang dan menumbuk itu berlaku ketika majlis penyampaian bantuan mangsa banjir.
gadyhPETALING JAYA: Memalukan, apabila pemimpin politik dan pertubuhan bergaduh di khalayak ramai sampai menyebabkan kecederaan dan membabitkan laporan polis. Barangkali mereka ada masalah sendiri sehingga tidak dapat mengawal diri biarpun di depan umum.
Itulah ceritanya apabila Ketua Wira Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Bahagian Lenggong, Saad Abdul Rahman mendakwa cedera di muka dan menerima tiga jahitan, akibat ditumbuk Ketua Pemuda UMNO bahagian sama, Mohamad Iruan Zulkefli.
Kejadian menyerang dan menumbuk itu berlaku ketika majlis penyampaian bantuan kepada mangsa banjir diadakan di Dewan Kampung Kelantan, Lenggong, petang Khamis.
The Rakyat Post melaporkan, kejadian itu dikatakan berlaku pada jam 2.25 petang, ketika Saad bersama dua rakannya, termasuk seorang daripadanya pemandu kepada Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah, tiba di dewan berkenaan bagi mengiringi Shamsul yang juga Ketua UMNO Bahagian Lenggong, menghadiri majlis yang disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim itu.
Difahamkan, insiden itu tercetus apabila mangsa mendakwa dihampiri seorang lelaki yang dikenalinya sebagai Iruan, yang tiba-tiba menerpa ke arah beliau dan meminta PERKASA tidak mengganggu urusan Pemuda UMNO.
Saad bagaimanapun menafikan tuduhan Iruan yang juga Pegawai Khas kepada Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.
Namun, mangsa mendakwa tiba-tiba lehernya telah dicekak dan mukanya ditumbuk lelaki terbabit, manakala beberapa rakannya membantu dengan menolaknya ke dinding.
Dakwa mangsa lagi, kejadian itu turut disaksikan orang ramai serta ahli PERKASA dan UMNO yang berada dalam dewan itu, yang kemudiannya membantu meleraikan pergaduhan.
Saad kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Lenggong untuk mendapatkan rawatan, kerana mengalami luka di bahagian kening kiri dan terpaksa menerima tiga jahitan, sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lenggong.

3 comments:

  1. Mcm ni punya gila perangai buruk UMNO, group2 penjilat UG masih nak bekerjasama ngan UMNO lagi ke?

    ReplyDelete
  2. Bebudak bahalol ada di mana mana.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  3. Jika nak bertinju sekalipun, eloklah dibuat dengan cara tarian menonggeng punggung. Tiada siapa pun yg akan cedera.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa