Lutfi: Saya masih ketua pengarang Harakah
9:43AM - 10 Jan 2015 - mk
Ketua Pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman menegaskan bahawa beliau masih lagi memimpin redaksi lidah parti PAS itu dan tidak pernah dipecat atau digantung tugas.
Bagaimanapun, beliau tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan berhubung isu permintaan ahli lembaga pengarah lidah rasmi PAS itu supaya beliau meletakkan jawatan, katanya kepada Malaysiakini.
Katanya, soal mengenai keperluan beliau untuk meletak jawatan akan dibincangkan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah Harakah yang akan diadakan pada pertengahan Februari depan."Saya tak nak keruhkan lagi suasana. Saya cuma nak beritahu yang saya masih lagi berkhidmat sebagai ketua pengarang kumpulan Harakah.
"Selepas perkara ini timbul, saya ada buat pertemuan dengan Pengarah UrusanHarakah Dr Rosli Yaakob untuk berbincang mengenai perkara ini," katanya ketika dihubungi.
Selain itu, Lutfi memberitahu, tawaran 'pencen illat' dengan bayaran separuh gaji oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) tidak boleh dilaksanakan kerana kriterianya tidak mencukupi.
Ini kerana, doktor yang merawatnya memberitahu, penyakit yang dihidapinya mempunyai tanda positif untuk pulih memandangkan pencen illat hanya boleh diberikan kepada individu yang mempunyai cacat kekal.
"Apabila berjumpa dengan Dr Rosli, dia maklumkan pada saya, sekiranya tak cukup kriteria, saya akan terus bertugas. Harakah dan Dr Rosli memberi jaminan akan memberi keutamaan dan perhatian dari segi kebajikan saya."Kes saya berbeza dengan dua pengarang (Tarmizi Md Jam dan Roslan Hamid) kerana saya kakitangan tetap. Mereka bekerja secara kontrak," katanya lagi.
Ketika ditanya mengenai tahap kesihatannya kini dan adakah beliau boleh bertugas, Lutfi berkata keadaannya kini bertambah baik.
Namun, Lutfi berkata, beliau tidak mempunyai masalah sekiranya di letakkan jawatan yang bersesuaian sekiranya tahap kesihatannya tidak mengizinkan.
"Saya amat memahami sekiranya kesihatan saya tak mengizinkan. Saya pun tak akan gagahi juga. Walaupun komitmen nak beri sumbangan pada parti tinggi, tapi saya tak akan sama sekali meletakkan diri saya ke peringkat meyusahkan Harakahdan parti.
"Sekiranya tak mampu, saya rasa tak ada masalah kalau nak diletak dalam post yang lebih sesuai," katanya.
Ditanya adakah isu perletakan jawatan ini ada kaitan dengan penyiaran artikel Che Samsudin Othman atau Dinsman yang dikatakan mengkritik ulama dalam PAS, Lutfi berkata perkara itu di luar pengetahuannya.
"Saya tak bertugas masa itu. Saya tak boleh nak kaitkan permintaan berhenti dengan pergolakan parti atau dengan artikel Dinsman atau apa-apa.
"Saya merasakan isu ini boleh selesai secara kekeluargaan," tambahnya lagi.
Harakah ini lidah PAS.
ReplyDeletePAS jenama tiada nilai ekononi dan mentaliti gagal.
Jatuh bangun PAS tidak beri kesan kepada rakyat yang bijak , kerja kuat , waras melainkan orang orang Melayu yang perlu bantuan.
Bahalol saja.
pada pandangan saya yang akan merana selepas ini adalah PAS. sekarang ni pun ahli dah ramai tak beli sbb kurang gemar dgn isu dalaman yang tak selesai. bila keluar pulak lutfi, maka lagilah orang marah (antaranya saya) sbb lutfi membina dan melakar nama baik utk pas. Berhati-hatilah PAS, jika mahu sokongan jangka panjang. (mungkin kita tak ada 'kasyaf' macam GU utk nampak kebaikan jika lutfi tersingkir)
ReplyDeleteAs'salam..pilihan kita yang melakukannya. politik ni itulah keadaannya. Negara kita Malaysia amalkan kebebasan memilih ..tu yang kita kena pegang, guanakan peluag dengan baik..
ReplyDeleteJahat UG ni sama jahat mcm kartunis2 yg ditembak di Perancis tu. Bezanya kartunis2 tu menghina Nabi dan Islam secara terang2an. Manakala UG secara diam2 menghina Nabi dan Islam dgn akhlak2 dan imej ulama yg tercela.
ReplyDelete