Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 5, 2015

Banjr: Jalan Raya Timur Barat Dibuka Hari Ini Dan RM52.5 Juta Untuk Bina Rumah

Jalan raya Timur Barat Gerik-Jeli dibuka
PUBLISHED: Jan 5, 2015 05:14pm
Kejadian tanah runtuh yang berlaku pada 23 Disember 2014 berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan Jalan raya Timur Barat terputus

Jalan raya Timur Barat dari Gerik ke Jeli FT004 (Perak-Kelantan) telah dibuka kepada orang awam hari ini iaitu dua hari lebih awal daripada sasaran.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sasaran awal sebelum ini ialah pada 7 Januari namun kerja pembaikan serta membina lencongan laluan sementara di tiga seksyen di Perak, kilometer (KM) 69, KM79 dan KM87 berjaya disiapkan lebih awal oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak iaitu pada 3 Januari 2015.

Menurutnya, satu seksyen di Kelantan iaitu seksyen di KM90 di Jeli yang merupakan paling rumit berjaya disiapkan pada awal pagi ini selepas kerja-kerja dilaksanakan secara intensif 24 jam oleh JKR Kelantan melalui arahan kerja kepada syarikat konsesi yang terlibat.

“Kerja-kerja ini adalah berikutan kejadian tanah runtuh yang telah berlaku pada 23 Disember 2014 berikutan hujan lebat yang berterusan sejak 20 Disember 2014.

“Kerja-kerja pembinaan lencongan ini adalah langkah jangka pendek yang dilaksanakan oleh kementerian bagi membolehkan pengguna melalui jalan tersebut sebelum kerja-kerja pembinaan kekal dapat dijalankan yang dijangka akan mengambil masa 24 bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Fadillah, kerja-kerja lencongan di sepanjang jalan ini telah mengambil kira faktor keselamatan pengguna jalanraya dengan memasang papan tanda dan peralatan kawalan trafik yang mencukupi.

Beliau juga menasihatkan pengguna jalan raya supaya mematuhi segala arahan dan papan tanda yang telah dipasang di lokasi terbabit bagi memastikan keselamatan pengguna semasa melalui jalan tersebut.

“Kementerian Kerja Raya (KKR) mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama JKR Perak, JKR Kelantan dan syarikat konsensi, serta Ibu Pejabat JKR Malaysia yang telah memastikan laluan sementara berkenaan dapat disiapkan lebih awal daripada jadual biasa,” ujarnya. - sumber

RM52.5 juta untuk rumah 1,500 mangsa banjir di Kelantan
Anggota tentera serta sukarelawan bertungkus lumus melakukan pembersihan di Pasar Besar Kuala Krai yang ditenggelami air akibat banjir di sini, hari ini. Kuala Krai antara lokasi yang paling teruk dilanda banjir baru-baru ini melibatkan lebih 3,000 penduduk terjejas banjir. - Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR, 5 Januari:
Kerajaan Negeri Kelantan menganggarkan kira-kira RM 52.5 juta diperlukan bagi memenuhi keperluan rumah kepada rakyat yang ditimpa musibah kemusnahan keseluruhan, akibat banjir yang melanda negeri tersebut baru-baru ini.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob berkata, pihaknya kini sedang berusaha untuk mendapatkan dana dalam jumlah tersebut bagi projek jangka panjang untuk memenuhi keperluan 1,500 mangsa yang telah dikenalpasti setakat ini.
Menurutnya, kerajaan negeri juga sedang berusaha mencari penempatan sementara kepada mangsa-mangsa banjir yang musnah keseluruhan rumah mereka yang mana setakat ini jumlahnya kira-kira 1,500 buah rumah.
“Setakat ini sejumlah 224 khemah penempatan sementara telah disediakan melalui MKN dan Ketua Jajahan di bandar utama Gua Musang.
“Kerajaan turut memastikan mana-mana bangunan komersial yang belum diguna atau kuarters Kerajaan atau perumahan untuk di kemukakan kepada Jawatankuasa Khas Pasca Banjir Negeri dan diselaraskan dengan Jawatankuasa Khas Banjir melalui Timbalan Pengerusinya iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan,” katanya dalam kenyataan di sini.
Tambah Ahmad, kerajaan negeri juga amat prihatin terhadap persekolahan bagi sesi 2015 dan telah meluluskan sejumlah dana melalui Yayasan Kelantan Darulnaim (Yakin) di bawah bantuan kemiskinan dan persekolahan.
“Sejumlah RM50,000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri dan Penyelia Dewan Undangan Negeri bagi tujuan meringankan beban anak-anak ke sekolah.
“Saya turut menyeru kepada semua dermawan atau pihak yang berhasrat membantu mangsa-mangsa banjir bolehlah bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membina penginapan sementara sama ada dalam bentuk rumah transit dan juga membekalkan kanvas serta khemah melalui Ketua-Ketua Jajahan,” ujarnya.
Katanya lagi, pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri berkenaan juga digesa segera melaksanakan gerak kerja pembersihan dan memungut sampah sarap yang ada.
“Kerajaan negeri telah meluluskan RM50,000 kepada setiap PBT di Kelantan bagi tujuan tersebut,” katanya.

4 comments:

  1. Abe

    Alhamdulillah syukur kepada Allah. Akhirnya MB kita bertindak sebagaimana sepatutnya. Kelantan rupanya😬 ada MB.

    Ini tanggungjawab dan amanah jawatan yang beliau kena pikul kerana sebagai orang ia melibatkan dosa, pahala, dunia dan akhirat. Bila sanggup memikul jawatan, tanggungjawab jawatan kena dilaksanakan. Ia bukan pilihan, nak buat ke xnak buat.

    Kita ucap syabas ke MB kita.

    ReplyDelete
  2. sungguh simpati melihatnya ,..semoga mereka yang di landa banjir dapat kuat kan tahap kesabaran..

    ReplyDelete
  3. Diam2 ubi berisi.
    Falsafah dari filem Rocky 5 untuk MB dan rakyat Kelantan:
    "Ia bukan perkara serang semata mata tetapi menerima serangan demi serangan dan tetap bangun degan kaki melangkah maju."

    ReplyDelete
  4. Berkat dengan kesabaran dn kerjasama dgn semua pihak..insya Allah kelantan akan bangkit..semoga Allah permudahkan segala urusan..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa