Lain yang orang pertikai, lain yang dia cakap!
Pokoknya kenapa dia dibenci?
Orang gila pun takkan membenci tidak bersebab
Syed Ali pertahan Rosmah
Apa sahaja yang dilakukan Rosmah dianggap tidak betul terutamanya pembangkang yang dirasuk kebencian melampau
PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee hari ini menyelar pihak pembangkang yang sengaja menjadikan ketiadaan Datin Seri Rosmah Mansor mengiringi Datuk Seri Najib Tun Razak melawat mangsa banjir sebagai isu politik.
“Kalau Rosmah ikut Najib lawat mangsa banjir, akan difitnah kononnya isteri Perdana Menteri cari publisiti, kalau tak turun pula dituduh beliau tidak cakna kepada rakyat,” katanya.
Menulis di dalam entri terbaru blog umnobahagiancheras.blogspot.com beliau berkata, apa sahaja yang dilakukan oleh Rosmah akan dianggap sebagai tidak betul kerana pihak berkenaan terutama pembangkang sudah dirasuk sifat kebencian melampau.
“Sifat kebencian itulah juga yang menjadikan pembangkang hanya tahu mencari salah orang lain sedangkan mereka sendiri tidak ada alternatif menyelesaikan masalah rakyat,” jelasnya.
Syed Ali yang juga merupakan Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan kesal kerana Rosmah sentiasa menjadi sasaran pembangkang dalam usaha menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Beliau juga turut mempersoalkan punca Rosmah selalu menjadi mangsa kecaman dan fitnah ekoran tindakan beliau tidak berada bersama-sama Najib melawat mangsa banjir.
“Sebagai isteri kepada pemimpin nombor satu negara, kita sepatutnya mempertahankan beliau, bukan berdiam diri membiarkannya menjadi mangsa fitnah pembangkang,” katanya.
Tambah Syed Ali, ketiadaan Rosmah di Kelantan, Terengganu dan Pahang semasa Perdana Menteri melawat mangsa banjir hanya diperbesar oleh pihak pembangkang.
“Mereka eksploitasikan keadaan dan sekali gus menutup kepincangan pembangkang terutamanya Presiden PKR, Datin Seri Wan Aziziah Ismail yang juga tidak menjenguk muka melawat mangsa banjir.
Katanya, mereka yang berhati busuk ini hanya memutarbelitkan fakta bagi menjayakan agenda politik mereka.
Walaupun Rosmah tidak menjenguk mangsa banjir, namun beliau percaya isteri Perdana Menteri amat prihatin dan mengikuti perkembangan situasi banjir yang melanda itu.
Biasa le jenis yg menjatuhkan kerajaan melayu melaka... Jenis mandalr le ni...
ReplyDeleteIni bukan jenis mandalir. Ni jenis makan lendir.
DeleteDia nak datang ker, dia tak datang ker, rakyat tak kisah pun.
ReplyDeleteYang rakyat kisah ialah kemana pergimenghilangnya jet kerajaan baru-baru ini.
Kesian pada nya yang Ber Tuhan kan Ringgit.
ReplyDeleteTiada sapa mempersoalkan Rosmah tak berada bersama-sama Najib melawat mangsa banjir. Dia ada ke tak ada sewaktu banjir tak jadi soal. Apa yg rakyat bukan sahaja pembangkan soalkan ialah Rosmah telah mencuri harta rakyat dengan berkeluyuran makan angin keliling dunia menggunakan jet hak kerajaan yg dibiayaai oleh rakyat. Klau Rosmah nak berkeluyuran makan angin sepanjang masa tapi pakai duit sendiri tiada siapa yg nak mempersoalkannya. Ketiadaan Wan Azizah sewaktu bencana banjir tiada sapa yg mempersoalkannya sbab rakyat tahu dia berpergian dgn menggunakan wangnya sendiri. Dasar kaki2 bodek klau tak bodek tak dpt makan cam Syed Ali ni tahu apa yg rakyat persoalkan tentang Rosmah tapi pura2 tak tahu dan pusing citer yg rakyat sengaja jadikan isu2 ketiadaan Rosmah bersama rakyat ketika banjir. Skrg Najib bukan sakit disebabkan e-coli tapi cirit birit dan senak perut buntu nak cari helah membohong kpd rakyat mengenai jet 9M-NAA yg dihi-jack Rosmah. Apalah nasib rakyat Malaysia dpt PM siakap senohong, gelama ikan duri. Laki bini pembohong dan pencuri.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteMelihat kepada scenario keadaan banjir di Kelantan yang melibatkan 9 Jajahan iaitu Gua Musang, Jeli, Kuala Krai, Machang, Pasir Mas, Pasir Puteh, Tumpat, Tanah Merah dan Kota Bharu dengan tempat terjejas teruk seperti Manek Urai, Latarek Luloh, Dabong dan banyak lagi.Rata-rata, rakyat Kelantan drp kawasan banjir ini sekarang "Menangis Tidak Berlagu", "Termenung Mereka sendiri akan Masa Depan Yang amat Kelam", akan tetapi harapa yang sekian lama diletakkan dan dibanggakan ke atas Para Pucuk Pimpanan PAS berbagai Peringkat, hanyalah seperti pegar memakan padi.
Para Pemimpin PAS sungguh pandai bermain kata-kata, menunding jari kesana kemari, tanpa memperdulikan apa nasib mangsa banjir. Segolongan mereka yang digelar Ustaz, Ulama, Alim Agama iniyang rata-rata memiliki Sejemput Janggut di Dagu ini, menunjukkan kedangkalan tahap keImaman masing2.. Mereka yg digelar beriman ini, mula menunjukkan sikap dan tamak haloba, ego, bongkak dan sombong terlampau apabila mereka-mereka ini mengeluarkan kata-kata yang tiada satu pon yang dapat menghilangkan kegusaran, menghapus penderitaan, apatah lagi bersimpati dengan musibah banjir yang melanda.Jauh sekali mereka ingin atau mahu memohon maaf di atas kedhaifan dan kurang cekapan mentadbir urus musibah banjir, malah mereka mengemukan pelbagai alasan seolah lari drp tanggungjawab dan tiada pon sifat mahu muhasabah diri.. Ini ker Islam Pas???
Sudah dinyatakan bahawa Kerajaan pusat jugaklah yang akan mengeluarkan danan sebanyak RM52.5 juta mungkin lebih untuk membina kembali rumah-rumah yang di hanyutkan airbah yang deras dan laju. Tetapi jumlah ini akan naik sekali ganda, mungkin berganda-ganda, apabila diwartakan semua penempatan di perairan sungai tidak selamat di diami, maka akan berdondong-dondong lagi yang akan merayu memohon bantuan perumahan drp Kerajaan.
Masalah Utama yang menyebabkan Air Bah Laju dan Deras naik mendadak di kawasan 9 Jajahan tersebut adalah keranan kerakusan Pihak Pentadbiran Negeri Kelantan di Bawah Kerajaan PAS dalam memberikan sejumlah 4,000 hektar tanah kpd Jahanam Bga dan Ngeh Bersaudara drp DAP, yg mana secara fizikalnya boleh dilihat kekayaan mereka bertambah selepas projek balak & tanah diperolehi drp Kerajaan Pas Kelantan..
Anak-anak Kelantan diSERU agar menuntut Pembentangan dan penjelasan drp Kerajaan Kelantan:
1. Berapakah Hasil Kerajaan Pas perolehi daripada Hasil Penjualan Balak & Tanah di kawasan terbabit?
2. Siapakah yang bertanggungjawab memberikan kelulusan ke atas aktiviti pembalakkan tersebut?
3. Apakah pemberian ini mengikut prosedur dan tatacara urusan Tanah Kelantan?
4. Kemanakah Wang Hasil Penjualan Balak dan Tanah dibelanjakan.
5. Jika sekiranya di Selangor, MB Azmin Ali menuntut semula pembayaran balik wang sejumlah RM2.6 juta yang dikatakan dibayar dengan tidak mengikut peraturan dan prosedur tertentu...APAKAH boleh Anak-Anak Kelantan mendesak Kerajaan PAS menuntut ganti rugi drp DAP Bangsat Nga & Ngeh Bersaudara ke atas kerugian yang mereka alami akibat drp Banjir Besar melanda. Ini adalah Hak Mereka sebagai Rakyat yang tertindas dan teraniaya akibat drp Kerakusan DAP Bangsat meneroka dan membotakkan kawasan Tadahan Hujan.
6. Rakyat Kelantan kesemuanya mestilah bangun menuntut Hak dan Kebenaran drp Kerajaan Pas Kelantan.. Kalau Hak sendiri pon tak mampu dibela, jangan harap Banjir seperti ini tidak berulang kerana Kerajaan Pas akan memberikan lebih banyak kawasan Balak demi untuk mendapatkan DANA PILIHANRAYA ke 14.
Apakah Rakyat Kelantan "THE RED WARRIOR" ini betul-betul berani? atau hanya gah pada slogan saja?
Dalam pada kita bersedih atas musibah yang menimpa kelantan, lahir ramai kaki adu domba khususnya dari parti biru karat mencari kesempatan politik umpama anjing yang menjelirkan lidah dan menitiskan air liur najis.
ReplyDeleteOrang2 umno dan PKR yang tidak percaya bahawa banjir besar yang berlaku di pantai timur baru-baru ini ialah kada dan kadar daripada Allah, adalah orang yang tidak lengkap imannya atau tidak beriman.
ReplyDelete