SUSUPAN PETANG
Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas Exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat (solusi) awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi oleh sesetengah pihak di Kelantan. Menyedihkan lagi pihak itu datang dari rahang partinya sendiri Pas yang sepatutnya menyatakan sokongan bukan cemuhan.
Kerajinan Husam menerusi Yayasan Darul Hijrah itu diberi gelaran, sindiran Husam sebagai MB swasta. Gelaran ini dibuat oleh kumpulan bekas seorang Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan sendiri.
Tidak boleh sesiapa nafikan akan kerajinan serta kekreatifan Husam dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Satu demi satu idea dan usahanya dicatat dimana kejayaannya sangat dicemburui dan ternyata tindakan proaktifnya mendahului pihak-pihak berwajib lain termasuk kerajaan sendiri.
Sebenarnya apa dibuat Husam itu bukan pelik sangat, tetapi ia lahir daripada sifat Husam yang suka mengambil berat kepada masalah rakyat sejak dari dulu lagi. Disamping itu kerajinan itu menyerlahkan kebolehan dan kemampuan Husam sebagai seorang pemimpin.
Semasa menjadi Exco dahulu banyak idea kebajikan ditetaskan Husam untuk membantu rakyat, antara ialah menerusi sosio ekonomi seperti projek pertanian, pemeliharaan kambing, pohon depu dan juga bantuan bulanan kepada ibu tunggal dan juga khairat kematian Kifalah. Walaupun sesetengah projek diilhamkan beliau mati berangam ditengah jalan kerana kegagalan pihak mengurusnya, pokoknya beliau ada idea untuk berbuat sesuatu.
Keperihatian Husam dalam membantu mereka yang ditimpa kemalangan dan musibah bukan sahaja terbatas di negeri Kelantan atau dalam negera ini sahaja tetapi ia terhimbau ke negari luar. Semasa Johor dilanda banjir tahun 2006 (kalau tidak silap), Husam bergegas membawa bantuan ke Johor, memobilisasikan masyarakat di negeri itu yang belum pernah menghadapi musibah banjir.
Sementara sewaktu Aceh Indoneisa dilanda tsunami 2004 yang memakan banyak korban dan menyebabkan banyak harta benda hilang Husam terbang ke Banda Aceh bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Dalam keadaan penerbangan awam ke Banda Aceh ditutup Husam menemui jalan untuk mendarat ke Banda Aceh. Ketika itu saya ikut menyertainya. Kami terbang menggunakan pesawat Herculis milik TNI dari Jakarta ke Banda Aceh.
Sebaik banjir melanda Kelantan Husam telah meletakkan Kelantan dalam keadaan kritikal dan beliau terus bertindak menanganinya. Pertama usaha terbesarnya ialah memohon bantuan kewangan daripada kerajaan Selangor untuk membantu kerajaan negeri. Beliau menggunakan hubungan baiknya untuk komunikasinya dengan MB Selangor Mohamed Azmin Ali. Hasilnya Minali bersetuju memberi peruntukan kewangan sebanyak RM1 juta kepada Kelantan dan masing-masing RM100 ribu untuk negeri Terengganu, Pahang.
Begitu juga dengan kerajaan Pulau Pinang. Husam sekali lagi menggunakan hubungan baiknya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar membantu meringankan bebanan ditanggung Kelantan. Hasilnya Lim Guan Eng telah memberi peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk meringankan mangsa banjir.
Ketika banyak mangsa banjir terperangkap dan kelaparan disebabkan bekalan makanan tidak dapat disalurkan kerana jalan perhubungan putus, Husam menaiki helikopter bersama Minali untuk meninjau kawasan banjir dan menyampaikan bekalan makanan kepada mangsa. Seorang korporat telah menyewakan helikopter untuk kegunaan Husam dan Minali.
Kesediaan dan kemurahan hati dermawan berkenaan tentulah kerana beliau menyakini kepada stail atau gerak kerja yang dilakukan oleh Husam. Kenapa dikatakan begitu, kerana tidak ada mana-mana pihak sedia menyewa helikopter untuk digunakan oleh Ahmad Yaakob dan Mohd Amar Nik Abdullah untuk meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.
Dalam pada itu juga Husam tidak pernah kering idea untuk menangani masalah musibah banjir yang dikira paling dahsyat di Kelantan itu. Melihat mangsa perlu dibantu sedangkan kerajaan negeri kesuntukan kewangan, beliau mengemukakan cadangan agar Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang dibawah bidang kuasa Sultan Kelantan, melancarkan tabung kutipan zakat.
Beliau berharap ada pihak menghadap Tuanku dan mengemukakan cadangan berkenaan memandangkan mangsa banjir berhak menerima bantuan daripada wang zakat dimana mereka dimasukan dalam asnaf ditimpa bencana. Sekiranya tabung itu dilancar sendiri oleh Tuanku Sultan sudah pasti banyak pihak yang menghulurkan bantuan memandangkan keperibadian Tuanku Sultan Kelantan itu yang dikagumi ramai.
Cadangan itu sekali lagi menujukkan kepanjangan akal Husam dan kepalanya bergerak untuk membantu rakyat. Dalam masa pemimpin lain termasuk Exco terkaku dan kesejukan kerana banjir dan jam, otak Husam melahir satu demi satu idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah di Kelantan. Sepatutnya apa dilakukan Husam itulah dilakukan oleh pemimpin lain.
Apa dibuat Husam bersama Yayasan Darul Hijrah yang diasaskan sesuatu yang perlu dipuji. Husam dan yayasan itu bukan sahaja setakat mengumpul dana untuk membeli bekalan makanan, khemah tetapi bertindak lebih jauh dan serius daripada itu bila mana kini turut merancang untuk membina penempatan kepada mangsa banjir.
Katanya satu kawasan sudah dikenal pasti untuk dibangunkan pusat pemindahan sementara kepada mangsa banjir. Sekelompok profesional juga menyatakan kesediaan untuk membantu rancangan Husam berkenaan. Sekali lagi huluran tangan golongan profesional itu dibuat atas keyakinan kepada gerak kerja dan profesional yang ada kepada Naib Presiden Pas itu.
Ternyata apa dilakukan dan difikirkan Husam itu mendahulu tindakan agensi-agensi kerajaan sendiri termasuk kerajaan Persekutuan. Sebab itulah, ada benarnya kalau ada mana-mana pihak irihati atas kesegeraan dan kekreatifan Husam dalam menangani musibah banjir dan menyindirnya sebagai MB Swasta.
Cuma gelaran diberikan kepada Husam sebagai MB Swasta adalah tidak wajar kerana ia bersifat "mengenyen" (mengejek). Kita ingin bertanya kepada bekas Adun berkenaan apa yang dia telah sumbangkan untuk meringankan mangsa banjir setakat ini? Membantu mangsa banjir tidak cukup setakat bermunajat dan berdoa sahaja tanpa diberikan material perlindungan dan makanan.
Apapun syabas dan tahniah kepada Husam dan Yayasan Darul Hijrah kerana bekerja keras untuk meringankan beban mangsa banjir dan usaha anda itu sebenarnya membantu menjaga air muka kerajaan Kelantan yang dilihat masih terkial-kial untuk melakukan sesuatu yang konkrit bagi mengatasi musibah berkenaan.
Setidak-tidaknya apa dilakukan Husam bersama skuad sukarelawan yayasan itu boleh juga di claim sebagai kerja dan khidmat Pas dan kerajaan, kerana Husam adalah Naib Presiden Pas dan juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan. [wm.kl.6:38 pm 09/01/15]
Rupa-rupanya kerajinan dan keprihatinan bekas Exco Kelantan Husam Musa membantu mangsa banjir serta kegeligaan beliau memberi pendapat (solusi) awal untuk membantu mangsa banjir kurang disenangi oleh sesetengah pihak di Kelantan. Menyedihkan lagi pihak itu datang dari rahang partinya sendiri Pas yang sepatutnya menyatakan sokongan bukan cemuhan.
Husam turut membersih rumah mangsa banjir Tionghua. |
Tidak boleh sesiapa nafikan akan kerajinan serta kekreatifan Husam dalam membantu mangsa-mangsa banjir. Satu demi satu idea dan usahanya dicatat dimana kejayaannya sangat dicemburui dan ternyata tindakan proaktifnya mendahului pihak-pihak berwajib lain termasuk kerajaan sendiri.
Sebenarnya apa dibuat Husam itu bukan pelik sangat, tetapi ia lahir daripada sifat Husam yang suka mengambil berat kepada masalah rakyat sejak dari dulu lagi. Disamping itu kerajinan itu menyerlahkan kebolehan dan kemampuan Husam sebagai seorang pemimpin.
Kenangan: Husam memunggah barang turun dari Herculis. |
Husam disebelah saya dalam Herculis dipenuhi barang ke Aceh. |
Sementara sewaktu Aceh Indoneisa dilanda tsunami 2004 yang memakan banyak korban dan menyebabkan banyak harta benda hilang Husam terbang ke Banda Aceh bagi menyampaikan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir. Dalam keadaan penerbangan awam ke Banda Aceh ditutup Husam menemui jalan untuk mendarat ke Banda Aceh. Ketika itu saya ikut menyertainya. Kami terbang menggunakan pesawat Herculis milik TNI dari Jakarta ke Banda Aceh.
Sebaik banjir melanda Kelantan Husam telah meletakkan Kelantan dalam keadaan kritikal dan beliau terus bertindak menanganinya. Pertama usaha terbesarnya ialah memohon bantuan kewangan daripada kerajaan Selangor untuk membantu kerajaan negeri. Beliau menggunakan hubungan baiknya untuk komunikasinya dengan MB Selangor Mohamed Azmin Ali. Hasilnya Minali bersetuju memberi peruntukan kewangan sebanyak RM1 juta kepada Kelantan dan masing-masing RM100 ribu untuk negeri Terengganu, Pahang.
Begitu juga dengan kerajaan Pulau Pinang. Husam sekali lagi menggunakan hubungan baiknya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng agar membantu meringankan bebanan ditanggung Kelantan. Hasilnya Lim Guan Eng telah memberi peruntukan sebanyak RM1.5 juta untuk meringankan mangsa banjir.
Ketika banyak mangsa banjir terperangkap dan kelaparan disebabkan bekalan makanan tidak dapat disalurkan kerana jalan perhubungan putus, Husam menaiki helikopter bersama Minali untuk meninjau kawasan banjir dan menyampaikan bekalan makanan kepada mangsa. Seorang korporat telah menyewakan helikopter untuk kegunaan Husam dan Minali.
Kesediaan dan kemurahan hati dermawan berkenaan tentulah kerana beliau menyakini kepada stail atau gerak kerja yang dilakukan oleh Husam. Kenapa dikatakan begitu, kerana tidak ada mana-mana pihak sedia menyewa helikopter untuk digunakan oleh Ahmad Yaakob dan Mohd Amar Nik Abdullah untuk meninjau dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir.
Dalam pada itu juga Husam tidak pernah kering idea untuk menangani masalah musibah banjir yang dikira paling dahsyat di Kelantan itu. Melihat mangsa perlu dibantu sedangkan kerajaan negeri kesuntukan kewangan, beliau mengemukakan cadangan agar Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) yang dibawah bidang kuasa Sultan Kelantan, melancarkan tabung kutipan zakat.
Beliau berharap ada pihak menghadap Tuanku dan mengemukakan cadangan berkenaan memandangkan mangsa banjir berhak menerima bantuan daripada wang zakat dimana mereka dimasukan dalam asnaf ditimpa bencana. Sekiranya tabung itu dilancar sendiri oleh Tuanku Sultan sudah pasti banyak pihak yang menghulurkan bantuan memandangkan keperibadian Tuanku Sultan Kelantan itu yang dikagumi ramai.
Cadangan itu sekali lagi menujukkan kepanjangan akal Husam dan kepalanya bergerak untuk membantu rakyat. Dalam masa pemimpin lain termasuk Exco terkaku dan kesejukan kerana banjir dan jam, otak Husam melahir satu demi satu idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah di Kelantan. Sepatutnya apa dilakukan Husam itulah dilakukan oleh pemimpin lain.
Apa dibuat Husam bersama Yayasan Darul Hijrah yang diasaskan sesuatu yang perlu dipuji. Husam dan yayasan itu bukan sahaja setakat mengumpul dana untuk membeli bekalan makanan, khemah tetapi bertindak lebih jauh dan serius daripada itu bila mana kini turut merancang untuk membina penempatan kepada mangsa banjir.
Katanya satu kawasan sudah dikenal pasti untuk dibangunkan pusat pemindahan sementara kepada mangsa banjir. Sekelompok profesional juga menyatakan kesediaan untuk membantu rancangan Husam berkenaan. Sekali lagi huluran tangan golongan profesional itu dibuat atas keyakinan kepada gerak kerja dan profesional yang ada kepada Naib Presiden Pas itu.
Ternyata apa dilakukan dan difikirkan Husam itu mendahulu tindakan agensi-agensi kerajaan sendiri termasuk kerajaan Persekutuan. Sebab itulah, ada benarnya kalau ada mana-mana pihak irihati atas kesegeraan dan kekreatifan Husam dalam menangani musibah banjir dan menyindirnya sebagai MB Swasta.
Cuma gelaran diberikan kepada Husam sebagai MB Swasta adalah tidak wajar kerana ia bersifat "mengenyen" (mengejek). Kita ingin bertanya kepada bekas Adun berkenaan apa yang dia telah sumbangkan untuk meringankan mangsa banjir setakat ini? Membantu mangsa banjir tidak cukup setakat bermunajat dan berdoa sahaja tanpa diberikan material perlindungan dan makanan.
Apapun syabas dan tahniah kepada Husam dan Yayasan Darul Hijrah kerana bekerja keras untuk meringankan beban mangsa banjir dan usaha anda itu sebenarnya membantu menjaga air muka kerajaan Kelantan yang dilihat masih terkial-kial untuk melakukan sesuatu yang konkrit bagi mengatasi musibah berkenaan.
Setidak-tidaknya apa dilakukan Husam bersama skuad sukarelawan yayasan itu boleh juga di claim sebagai kerja dan khidmat Pas dan kerajaan, kerana Husam adalah Naib Presiden Pas dan juga Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan. [wm.kl.6:38 pm 09/01/15]
Abe
ReplyDeleteHusam adalah seorang yang baik. Dia anak Tok Guru. Mengikut cerita yang disampaikan kepada ambo oleh seorang tua, Husam telah diberi pilihan ol3h Arwah ayahanda iaitu dia dibenarkan bers3kolah SIC t3tapi belah malam kena b3lajar bidang ugama.
Ambo percaya ilmu ugama yang ada pada diri Husam k3mah. Dia mungkin tidak boleh mengajar kitab seperti ustaz-ustaz yang berkelulusan ugama, tetapi cukup untuk menegakkan Islam dalam dirinya.
Kita tolak politik dalaman PAS yang sedang be4golak sekarang, batang tubuh Husam adalah satu asset bagi PAS Kelantan dan rakyat Kelantan. Dalam PAS sudah ramai yang bol3h m3ngajar bidang ugama. Kemunculan Husam ditengah-t3ngah ustaz-ustaz adalah sebagai pel3ngkap kepada kemahiran ugama ustaz-ustaz ini.
Masa banjir ini Husam saja tau jadi pemimpin....
ReplyDeleteOrang orang Kerajaan PAS tau pakai kopiah puteh saja.
Bahalol.
Ketokohan Husam terutamanya dalam merasai pahit getir kehidupan, seolah-olah dia meletakkan dirinya sebagai orang yg sedang menanggung derita tersebut amat terpuji. Dgn itu terpancarlah keikhlasan jiwanya tanpa perlu didendangkan. Hubungan baik dgn individu lain, dimanfaatkan untuk membantu mangsa bukan untuk kepentingan peribadi. Sifat beginilah yg rakyat mahu ada pd jiwa pemimpin, bukannya yg hanya pandai main golf atau fakeh membaruakan mereka yg tak sebulu. Syabas Husam, semoga Allah memberkati anda.
ReplyDelete