Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 13, 2015

Video dari aktivis: Kesan kemusnahan akibat banjir

Bagi merasmikan pelancaran tabung ini, PAS akan menganjurkan majlis makan malam pada 9 Febuari ini dan mensasarkan kutipan sehingga RM5 juta pada malam tersebut.


"Tempat kita akan tentukan kemudian, Makan malam nanti kita tidak jual tiket mereka boleh datang derma semampu mereka sehingga kita capai target," katanya.

Katanya, PAS tidak boleh membiarkan penduduk terus tinggal di dalam khemah sepanjang masa, justeru mereka perlukan tempat tinggal tetap seperti yang mereka ada sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara memberitahu, setakat ini terdapat sebanyak 2,660 keluarga di Kelantan yang hilang atau rosak sama sekali rumah mereka manakala di negeri lain masih belum dipastikan. - Ibid.
Kat bawah ni video kemusnahan Kampung Manjor / Karangan Kuala Krai yang diupload oleh Raja Shamri Raja Husin, aktivis banjir yang cukup terkenal banyak membantu mangsa banjir terutamanya di Kuala Krai. 


1 comment:

  1. Dgn menganjurkan makan mlm pd 9.2.2015, adakah PAS akan berjaya untuk kumpulkan dana RM5j pd mlm tersebut? Berapa orangkah yg dijangka akan hadir majlis makan mlm itu, 10,000 orangkah? Jika 10,000 orang & purata sumbangan setiap orang RM500 mana akan tercapailah maksud itu. Tapi biarlah lebih rasional dgn mengambil kira semua kos persediaan majlis itu.
    Bukankah lebih praktikal jika diwujudkan satu akaun bank khusus untuk kumpulkan dana, orang yg berada di Sabah & Sarawak pun boleh menyumbangkan bantuan tanpa perlu ke lokasi majlis itu, malah majlis itu juga tidak perlu diadakan. Ini tidak, ingat hal makannnnnn shj.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa