Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 8, 2015

Jawablah AG!. Kali ini apa alasannya pulak?

Dulu kes Brehem sekarang Tan Lai Soon pulak

Orang Melayu pendatang, AG perlu beri penjelasan
 | January 8, 2015
Kesal kerana pihak Pendakwa Raya gagal mengemukakan alasan, walaupun jelas kenyataan itu berbentuk hasutan
ghaniKUALA LUMPUR: Beberapa buah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) Islam mendesak pejabat Peguam Negara (AG) mengemukakan alasan berhubung kes mengenai kenyataan oleh perwakilan Gerakan yang mengatakan orang Melayu pendatang tidak diteruskan.
Diketuai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), kumpulan yang terdiri daripada Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan MUAFAKAT Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT) meminta supaya Peguam Negara memberi penjelasan kepada rakyat, khususnya orang Melayu.
Sebelum ini perwakilan Gerakan, Tan Lai Soon telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Melayu adalah pendatang.
Susualan daripada itu beberapa laporan polis telah dibuat menuntut pihak polis dan pejabat Peguam Negara untuk melakukan siasatan terhadap perwakilan terbabit serta mengambil tindakan di bawah Akta Hasutan kerana ia jelas telah menimbulkan kemarahan di kalangan orang Melayu.
Naib Presiden ISMA, Aminuddin Yahaya menyatakan kekesalannya di atas kegagalan pihak Pendakwa Raya untuk mengemukakan alasan terhadap keputusan mereka walaupun jelas kenyataan itu berbentuk hasutan.
Katanya, pada 19 Disember lalu, pihak Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah memaklumkan mengenai hasil siasatan tersebut melalui satu surat daripada Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman.
Menurut beliau, dalam surat tersebut dinyatakan bahawa kes berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya yang memutuskan bahawa “Kes tidak diteruskan” tanpa memberi sebarang alasan.
“Keputusan ini telah menimbulkan kegelisahan dan keresahan terutama dikalangan orang Melayu serta menimbulkan beberapa persoalan.
“Adakah ini bermakna pihak Peguam Negara menerima dakwaan bahawa Melayu itu adalah pendatang sedangkan sejarah membuktikan sebaliknya?,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di pejabat Muafakat Taman Melawati.
Beliau juga mempersoalkan jika keputusan sama akan diambil jika ada pihak yang mengatakan orang Cina itu pendatang.
“Jika perkara ini dibenarkan maka tidakkah ini akan menimbulkan huru-hara dan perpecahan kaum?
“Penjelasan perlu diberikan agar seluruh rakyat terutamanya orang Melayu dapat faham dan suasana aman dalam hubugan kaum dapat dikekalkan,” jelasnya.
Sementara itu, Ketua Aktivis, PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata penjelasan perlu diberikan oleh Peguam Negara kerana ia boleh menimbulkan tanda tanya dan pandangan negatif di kalangan orang bukan Islam.
“Kita lihat sekiranya kes itu tidak diteruskan ia seperti mengiakan bahawa orang Melayu itu pendatang. Adakah peguam negara hanya membuat pendakwaan terpilih sahaja,” ujarnya.

1 comment:

  1. Nak harapkan AG ini berpegang pd prinsip, samalah spt menunggu babi boleh terbang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa