Terdapat tanda-tanda yang Melayu UMNO kini sudah sedar bahawa UMNO perlu diperbaharui.
PETALING JAYA: Di sesetengah negara, percubaan untuk mengekalkan jawatan kerapkali dilakukan melalui keganasan tetapi dalam negara demokrasi yang matang, peralihan kepimpinan licin tanpa perlu merosakkan negara.
Menurut mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila Presiden UMNO yang pertama, Datuk Onn Jaafar dianggap membelakangkan dasar perjuangan UMNO, parti tidak teragak-agak menolak pendiriannya dan oleh kerana kesedarannya, beliau menganggap penolakan itu sebagai “undi tidak percaya” dan dengan senang hati melepaskan jawatan.
“Perkara yang sama berlaku kepada Tunku Abdul Rahman Putra, walaupun tidak ada undi tidak percaya. Tunku tetap berundur,” tulisnya di dalam blog www.chedet.cc.
Bukan itu sahaja, Mahathir turut menyatakan terdapat tanda-tanda yang Melayu UMNO kini sudah sedar bahawa UMNO perlu diperbaharui.
Jelasnya, perkara ini dapat dilihat secara jelas apabila kesanggupan mereka untuk menerima ahli baru di dalam parti itu walaupun ia akan mengancam kedudukan ahli lama.
Kata Mahathir, tanpa ahli baru di dalam UMNO terutamanya yang lebih muda, keahlian UMNO semakin hari akan semakin susut kerana ahli yang tua akan menjadi lemah dan akhirnya kembali ke rahmatullah.
Bukan sahaja memerlukan ahli baru dan muda, UMNO juga memerlukan mereka yang berbakat, berkebolehan walaupun ada segelintir mereka tidak lagi muda.
“Namun, tapisan juga perlu dibuat supaya yang masuk bukan mereka yang menganggap UMNO sebagai batu loncatan seperti yang terdahulu, atau yang nampak peluang bagi diri sendiri.
“Mereka yang masuk mestilah mereka yang ikhlas dan faham akan perjuangan UMNO, dan ingin terus dan menjayakannya,” katanya.
Semasa pemilihan Umno tahun 1988, juga berlaku penolakan dikalangan orang Umno pd mamak pedukang ni, kenapa dia tak letak jawatan dimasa itu?
ReplyDeleteJangan lupa ABU - Asalkan Bukan Umno.