Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 10, 2015

Shafee Tak Faham Apa Yang IGP Maksudkan?

Kalau pun Shafee nak pakai bahasa auta lawyer, janganlah cuba penggelapkan mata dan padangan awam di luar Mahkamah!

IGP: Memang ada orang M'sia anggotai 14K
11:40AM - 9 Jan 2015 - mk

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sekali lagi mengeluarkan penafian secara halus kepada peguam kanan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung tuduhan mengenai individu digelar raja judi, Paul Phua.

Khalid tetap enggan mengulas mengenai kenyataan terbaru Shafee, namun dilihat mempertahankan hasil siasatan polis ke atas Phua.

"Saya hanya boleh tekankan bahawa 14K (satu kumpulan jenayah terancang antarabangsa) tidak wujud di sini, ada rakyat Malaysia di luar negara yang diketahui sebagai anggota kongsi gelap ini.

"Bagaimana orang mahu tafsir kenyataan itu terpulang pada mereka.

"Tapi sebelum saya kata sebelum ini, saya tidak akan komen lebih lanjut kerana ia akan menjejaskan prosiding mahkamah di Amerika Syarikat,” katanya dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Khalid diminta mengulas kenyataan Shafee pada Rabu lalu yang menunjukkan bahawa polis bertindak dengan salah kerana mengaitkan anak guamnya dengan 14K – memandangkan kongsi gelap itu tidak wujud di Malaysia.

Individu digelar raja judi itu serta anaknya menghadapi tuduhan menjalankan operasi perjudian haram di Las Vegas pada tahun lalu.

Pihak berkuasa AS menuduh Phua menganggotai kongsi gelap berpengkalan di Hong Kong itu berdasarkan maklumat yang menurut mereka dibekalkan oleh PDRM.

Shafee telahpun menafikan laporan Malaysiakini, yang memetik sumber polis, bahawa siasatan pasukan itu ke atas Phua tidak salah.

Dalam menafikan laporan tersebut, Shafee berkata beliau “berpegang kepada apa yang disebut IGP”.

Kenyataan itu menimbulkan lebih banyak persoalan kerana ketua polis itu tetap berdiam diri dalam kes tersebut.

6 comments:

  1. Cakap melayu oleh orang melayu tulen itu jelas dan mudah difahami, berbanding dgn cakap melayu oleh orang yg bukannya melayu tulen itu. Yg kemudian itu juga hanya menampakkan dia secara terang-terangan hendak membela seseorang lagi yg juga bukannya melayu tulen secara hakiki.

    ReplyDelete
  2. Aduh Nila bab Jenayah kena Batang Hiding Sendiri Senyap je.Buat Poyo je.INI lah Spesis Manusia Laknat Celaka.Mafia KDN bila nak Letak Jawatan?

    ReplyDelete
  3. IGP hanya akan boleh bersuara pabila telah bersara macam Bekas IGP yang tealh tamat tempoh perkhidmatan mereka jika dalam dalam berjawatan bersuara alamat selamat bila telah bersara kelak hanya teriam duit pencen sajalah contoh mudah bekas IGP yang lepas baru berani bersuara dengan kenyataan beliau yang kuasa polis telah dikuasai oleh menteri sendiri yang tidak ikut lunas undang-undang negara,sebab dia menteri yang berkuasa.

    ReplyDelete
  4. Dia bukan tak faham.....sangat2 faham. Di Malaysia tak ada tapi di luar negara ada, so tidak mustahil sertai pertubuhan luar negara tu. Kadang2 manusia ni sanggup melacurkan maruah dan menggadai jati diri demi kepentingan peribadi.

    ReplyDelete
  5. nak buat kongsi gelap kena daftar ROS kot , baru sah kewujudannya

    ReplyDelete
  6. Kumpulan haram tu kalau menular kat sini jadi kacau bilau..judi..dadah...pelacur.
    Macam mana Menteri KDN dan peguam negara boleh galakkan gejala sosial ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa