Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 12, 2015

“Kamu pegawai, saya pun pegawai”: Akan munculkah lagi pegawai seberani ini?

Dialog Mejar Zaidi yang menggegarkan, “Kamu pegawai, saya pun pegawai”
Pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Mejar Zaidi Ahmad didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera di sini hari ini terhadap dua pertuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerja­nya, dua tahun lalu.
Yang Dipertua, Kolonel Saadon Hassan yang mengetuai panel lima anggota bersidang menetapkan pukul 2 petang ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap Mejar Zaidi Ahmad, 48.
Yang turut menganggotai panel tersebut ialah Leftenan Kolonel Zainurin Mohd. Dom, Mejar Khuzairi Mohd. Arshad, Mejar Khairul Nizam Taib dan Mejar S. Nadzeer Salehuddin.
Mejar Ahmad Zaidi yang tidak berpuas hati dalam rayuannya menyatakan semua ini adalah kehendak penguasa politik.
“Tanyalah budak sepuluh tahun sekalipun, siapa yang betul – yang bercakap benar atau menipu?”
“Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala,” katanya sewaktu memberi keterangan dalam proses mitigasi hukuman.
Hujah Zaidi itu bagaimana pun dibantah oleh Yang Dipertua Mahkamah, Kolonel Saadon Hasnan.
“Jangan sebut ‘penguasa politik’ kerana dalam mahkamah tentera kita adalah impartial (saksama) dan apolitical (tidak bersifat politik),” kata Saadon.
Seorang lagi ahli mahkamah, Mejar Khuzairi Mohd Arshad kemudian mengingatkan Zaidi bahawa hujah untuk meringankan hukuman kebiasaannya bersifat “menyesal”, “tidak mahu mengulangi kesalahan,” dan “faktor-faktor luar” yang boleh dipertimbangkan.
Kedengaran seperti berang dengan peringatan itu, Zaidi yang bercakap dari kandang tertuduh mewakili dirinya sendiri meninggikan suara apabila menjawab peringatan Khuzairi ketika meneruskan hujahnya.
“Kamu pegawai, saya pun pegawai!
“Kamu dapati saya bersalah dan itu adalah sesuatu yang besar!”
Mahkamah tegang
Pada waktu ini Zaidi sekali lagi dipotong percakapannya oleh Saadon.
“Sebut secara bersopan. Dan jangan sampai saya dakwa kamu menghina mahkamah pula nanti,” tegas Saadon.
Zaidi kemudian menjawab, “Saya sudah berkhidmat selama 26 tahun.
“Janganlah saya dianggap sebagai seorang kanak-kanak kecil.
“Sekarang saya tak perlu cakap apa-apa.
“Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti,” kata Zaidi.
Saadon kemudian menangguhkan mahkamah buat sementara waktu kerana “keadaan yang tegang” serta bagi memberi peluang kepada Zaidi untuk “membuat rayuan yang wajar”. – Malaysiakini.com

7 comments:

  1. pahlawan yang sejati.

    ReplyDelete
  2. Yg tak tau ceta..akan assume yg bukan2

    ReplyDelete
  3. Anon 12:42 AM

    Justifikasinya di sini: Zaidi selama 26 tahun satu hari yang tiada masalah disiplin. Mahkamah diberitahu Zaidi pernah dianugerahi pingat Kesatria Angkatan Tentera - pingat tertinggi yang dikurniakan kepada pegawai berpangkat Leftenan Kolonel ke bawah. "Pesalah telah banyak berbakti kepada TUDM selama 26 tahun dan sewaktu berkhidmat di Bosnia. "Rekod pesalah adalah cemerlang dan bersih dan faktor kesalahan pertama diambil kira dalam mitigasi hukuman ini," kata Saadon.

    Ayat itulah yang public pandang dan renungkan!

    ReplyDelete
  4. “Jangan sebut ‘penguasa politik’ kerana dalam mahkamah tentera kita adalah impartial (saksama) dan apolitical (tidak bersifat politik),” kata Saadon.

    Komen aku:
    Poorahhh, orang inilah yg sepatutnya sesuai digelar barua. Adakah sesiapa yg percaya dgn statement yg diberikan oleh pihak tersebut di atas?

    ReplyDelete
  5. Stuju dgn anon 2.41. Apabila usia bumi semakin hampir ke garisan penamat..yg betul di hina n yg salah d junjung..as d man said..kta jumpa d makhamah allah..

    ReplyDelete
  6. Semuga Zaidi di beri rezeki limpah meruah selepas ini.....ramai yg jelas bersalah terlepas...yg jujur bersuara di hukum...gila apa semua ini!

    ReplyDelete
  7. Begitu banyak undi tentera pada BN .tiada seorang pun wakil tentera dalam parlimen.Bagaimana nasib tentera mahu diperjuang

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa