Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 13, 2015

KOMENTAR: Seorang wira tanpa perlu angkat senjata!

Memang beliau adalah wira dan pahlawan sejati di mata rakyat yang pentingkan keadilan
Semoga Allah Yang Maha Adil permudahkan hidup beliau sekeluarga.....Insya Allah

Mejar Zaidi seorang wira tanpa perlu angkat senjata
KOMENTAR OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA
Published: 12 January 2015
Mejar Zaidi Ahmad yang menghadapi beberapa dakwaan di bawah Akta Angkatan Tentera 1972 kerana membuat laporan polis tentang dakwat kekal yang digunakan dalam PRU13 keluar dari pintu utama Mahkamah Tentera TUDM dengan anak perempuannya di Sungai Besi hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 12 Januari, 2015.

Mejar Zaidi Ahmad hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera kerana mendedahkan masalah dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, namun sebenarnya beliau seorang wira tanpa perlu mengangkat senjata.
Walaupun bakal kehilangan jawatan dan punca pendapatannya, pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) itu berani menyuarakan sesuatu yang dirasakan tidak betul berlaku dalam negara.
PRU13 lalu yang paling sengit dalam sejarah Malaysia menyaksikan dakwat kekal yang disediakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak kekal dan mudah ditanggalkan, dan Zaidi merupakan orang terawal yang membuat laporan polis tentangnya.
Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) menegaskan kegagalan sistematik dakwat kekal semasa pengundian awal dan hari pengundian menjejaskan hasil PRU13.
SPR akhirnya mengaku pada November 2013 dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 mempunyai kelemahan; antara lain, ia boleh dibasuh dan mengambil masa yang lama untuk kering dan kerana itu ia meninggalkan kotoran pada kertas undi. Bagaimanapun SPR menegaskan dakwat kekal tetap akan digunakan pada pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun sehingga kini, tiada tindakan terhadap SPR dan syarikat pembekal dakwat kekal kerana kegagalan dakwat itu berfungsi dengan baik semasa PRU13 lalu, namun hanya Zaidi yang menjadi mangsa.
Sudah lama Malaysia tidak mempunyai penjawat awam berprinsip seperti Zaidi yang mendahulukan kebenaran berbanding pangkat, gelaran dan kemewahan jika memilih untuk berdiam diri.
Ketika diberikan peluang oleh Mahkamah Tentera untuk merayu bagi meringankan hukumannya hari ini, Zaidi berkata: "Saya tiada apa lagi untuk dikatakan. Jumpa nanti di mahkamah Allah."
Jelas keyakinan Zaidi sedikit pun tidak goyah walaupun hukuman yang bakal diterimanya mungkin akan menyebabkan beliau bakal kehilangan pekerjaan dan punca pendapatan.
Ketika diwawancara The Malaysian Insider tahun lalu, Zaidi berkata, beliau sudah mengetahui kesan yang bakal diterimanya akan tetapi terkejut tiada tindakan kepada SPR dan syarikat pembekal dakwat kekal itu.

"Sebagai seorang kakitangan kerajaan yang gaji datang daripada wang pembayar cukai, saya mempunyai tugas memberitahu rakyat perkara benar yang dakwat itu sebenarnya tidak kekal," katanya kepada The Malaysian Insider tahun lepas.‎
“Saya tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana parti politik. Saya hanya bertindak demi kebenaran."
Jika semua penjawat awam mempunyai sikap seperti Zaidi, mungkin Malaysia sudah lama menjadi negara maju dan kita tidak perlu menunggu sehingga tahun 2020.
Mungkin Zaidi merupakan pencetus kepada lebih ramai lagi penjawat awam yang akan bersuara sekiranya sesuatu yang tidak benar berlaku.
Mungkin juga tidak, akan tetapi sebahagian besar rakyat Malaysia akan melihat Zaidi sebagai pegawai TUDM yang berani mempertahankan demokrasi di Malaysia.
Bagi sesetengah orang, Zaidi merupakan seorang wira, tanpa perlu mengangkat senjata. – 12 Januari, 2014.

10 comments:

  1. Syabas Mejar Zaidi!!! Tuan telah menolak prisip "FOLLOW THE BUFFALO". Tabik spring dari saya buat Tuan Zaidi!!!

    ReplyDelete
  2. Betapa hinanya penghakiman yg dibuat itu. Memperkatakan perkara yg benar merupakan satu kesalahan, hanya orang yg mabuk atau gila shj yg tidak boleh berfikir dgn waras. Apakah tentera kita dianggotai oleh orang yg tidak mampu berfikir dgn waras?

    ReplyDelete
  3. Lembu tu adalah HAKIM HAKIM YG TAKUT KAT MANUSIA BUKN PD ALLAH SWT

    ReplyDelete
  4. Tahniah! Mejar Zaidi, andalah wira sebenar rakyat yg berani menegakkan kebenaran kpd pemimpin yg zalim. Semoga Allah tetapkan anda dan keluarga dijalan kebenaran dan di murahkan rezeki. InsyaAllah rezeki Allah ada dimana-mana.

    ReplyDelete
  5. apa kata kita bank in seorg rm 1 kt mejar zaidi, sebagai tanda menyokong dia,,,

    ReplyDelete
  6. Anon 10:21 AM

    Ada sapa-sapa boleh dapatkan akaun bank beliau?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tolong di luar sana dapatkan no account beliau....ramai rakyat malaysia yg ingin menyumbang atas pengorbanan beliau menegakkan kebenaran

      Delete
    2. tolong di luar sana dapatkan no account beliau....ramai rakyat malaysia yg ingin menyumbang atas pengorbanan beliau menegakkan kebenaran

      Delete
  7. Jika pakatan rakyat menang.PRU 14 nanti kita minta TUDM re-instate major Zaidi dengan kenaikan pangkat kepada Brig Jeneral. Panel Hakin pulak turun pangkat dan ditugaskan menguruskan kebersihan tandas-tandas di pengkalan TUDM.....

    ReplyDelete
  8. Alhamdullillah

    Bukan semua bahalol...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa