Keikhlasan semua manusia-manusia ini pun aku ragui.......
Kalau dengar apa yang Najib kata......Husam lebih bijak menilai!
Jom dengar Nik Amar punya temberang....(Kelenglish?)
MONDAY, JANUARY 12, 2015
Kata Nik Amar ada munasabahnya.....tapi yakinkah kita kepada komitmen dari sebelah sana?
Kalau dengar apa yang Najib kata......Husam lebih bijak menilai!
Jom dengar Nik Amar punya temberang....(Kelenglish?)
MONDAY, JANUARY 12, 2015
Kata Nik Amar ada munasabahnya.....tapi yakinkah kita kepada komitmen dari sebelah sana?
Ini pula kata dan apa yang Husam faham
Ini kata Najib pula Ketua sebelah sana
Di bawah ni pula apa yang dilihat melangkaui tabir oleh Ketua PAS
- baca sepenuhnya di sini
# Pada aku selepas tampuk pentadbiran Kelantan dilepaskan oleh Nik Aziz, kayakinan aku terhadap Mad Yaacob dan Nik Amar mentadbir Kelantan merudum teruk. Dilihat langsung tidak ada karisma dan perancangan yang menyerlah.
Yang dok bising hanya Hudud dan Langkah sumbang Kajang. Bila Khalid dah kantoi dan terbarai.......terus terdiam bisu dan pekak!
Semua projek pembangunan yang dirancang Nik Aziz dan Exconya dulu dah berulat jadi budu tak bertapis!
Lebuhraya Rakyat, mengikut maklumat yang aku dapat dah jadi hantu raya. Ada ura-ura kerajaan persekutuan yang akan sambung kerja tersebut
Batu asas stadium dah tenggelam banjir, dah tak nampak batunya pun di Selising
Aku juga nam Bandar Baru Tunjung sekarang dikembangkan oleh banyak agensi pusat
Jambatan Kampong China - Palekbang dah hanyut ke laut
Jadi tak heranlah kalau idea UG disuburkan.......mudah-mudahan mendapat bantuan pusat. Maknanya Kerajaan Kelantan tak perlu pecahkan kepala mencari dana untuk semua projek pembangunan yang terbengkalai itu. Kerajaan Kelantan bukannya berduit pun!
Aku tahu ramai yang marah dan tidak senang dengan komen aku ini. Tapi korang ingat, aku bukan marah dan mengeji Ulamak tetapi yang aku tak senang adalah sesetengah individu yang digelarkan dengan gelaran itu tidak semuanya mencerminkan gelaran yang dibawa. Maksud aku bukan semua tetapi segelintir yang amat terliurkan hidangan dunia dan berkepentingan politik.
Arwah guru aku dulu ada mengatakan, sekiranya Alim dan Ulamak masuk politik bermakna dia telah mulutnya dan mengunci mindanya. Mereka terikat dengan kepentingan politik dan populariti.
Kepada yang bukan jenis taksub melulu tu.....korang lihat, dengar, fikirlah dengan rasional dan nilailah sendiri.
Yang wala' membabi-buta tu........maaflah.....dah tak boleh buat apa dah!
Pemimpin PAS rata rata bahalol otak standard tahsp gred 3.
ReplyDeleteApakah munafik layak jadi pemimpin.
Bahalol saja.
Kakak tengok memang dah makin celaru jadinya..
ReplyDeleteLepas ni PAS nak bertanding lawan BN ka dlm PRU 14 nnt..he3
ReplyDeleteKenapa yang negatif ditonjolkan?... yang positif ditenggelamkan? dgn mencari2 alasan untuk menggagalkan urusan agama?... bila DAP cipta istilah UG, untuk menghindarkan penyatuan pas dan umno atau penyatuan islam, kita pulak jadi jaguh untuk menyokongnya.... kalau awak (admin) benar2 ikhlas terhadap agama, sokonglah perlaksanaan hudud kelantan dgn colaborasi kerajaan kelantan & pusat... Tak payah nak pertikai siapa ikhlas atau tidak... Allah lihat dan nampak niat awak yang tersembunyi... ingatlah... awak tu dah mencecah umur senja, bila2 saja Allah akan panggil... jadi fikir sejenak, bahawa Allah sedang melihat tingkah laku hati kamu...
ReplyDeleteAnon 6:16
DeleteApo yang susahnya puak UG nak bawa PAS bergabung dengan UMNO.Benda mudoh je. Kepala UG seperti Hahi Hadi, Dato Haron Din, Nik Zawawi dan Attakiri adalah tokoh-tokoh hebat didalam kepimpinan PAS. Cara cukup mudah - esok pun boleh bergabung. Buat satu muktamar khas untuk batal keputusan Muktamar Ipoh 2008 dan buat keputusan baru yang diputuskan oleh perwakilan mutamar khas ini menyokong usul PAS nsk bergabung ke nak bekerjasama ke dengan UMNO. Habis cerita! Senang....takkan tokoh-tokoh hebat ni tak boleh pengaruhi perwakilan. Bagilah hujah syarie....ugut skit kalau xsokong maduk neraka! Gerenti sokong lah!
Awat Anon 6:16 dok pening kepala? Yang sdra patut pening ialah kenapa tokoh-tokoh ini tak berani buat muktamar khas? Takkan mereka xyakin dengan ilmu depa dan ijtihad mereka? Patut ke tokoh2 ini dok main baling batu sembunyi tangan?
Setuju dgn bat8, lebih baik PAS menyertai BN dan sudah tentu AP Umno akan menyokong usul yg dibawa oleh PAS mengenai pelaksanaan hudud. Parti gabungan dlm BN sudah pastinya memberi sokongan padu dan biarkan shj DAP dan sebahagian AP PKR menolak hukum itu, lagi mudah bukankah begitu anon 6:16pm....
DeleteHuraian oleh Husam mengenai pembentangan usul persendirian itu mengikut sejarahnya sebelum ini, bakal menunjukkan bahawa usul itu tidak akan dibentangkan. Akan diperlihatkan nanti iaitu Umno tidak menentang hudud sebab ianya tidak dibentangkan. Kesan drp hasrat membawa usul persendirian itu yg akhirnya tidak dibentangkan, akan berlaku pergeseran dlm PR sebabnya PAS masih mahu kekal dlm PR. Ketika itu Umno/BN akan merasa nikmatnya diatas kejayaan mempermainkan PAS. Siapakah yg akan rugi itu sudah boleh diterka, tapi persoalannya apakah PAS sedar bahawa hukum hudud yg hendak diperjuangkan itu menjadi barang untuk dipermainkan. Jika ya, nampak spt PAS yg meletakkan hukum hudud untuk dipermainkan. Jika tidak pula, mengapa PAS memberikan usul itu untuk dipermainkan? Mengenai peruntukan kewangan dari kerajaan pusat kpd negeri yg dikuasai oleh PR, itu ada perbezaannya kerana kontraktor ataupun pembekal besar kemungkinannya adalah orang Umno/BN. Jadi tidak patut disamakan kerjasama seumpama itu dlm isu hudud yg kelak menjadi pesalahnya yg ramai adalah orang Umno/BN juga.
ReplyDeleteTak perlu gabung...kerana fahaman politik pemikiran manusia telah menggelamkan hakikat kebenaran....Memang org melayu di malaysia telah bergabung menjadi SATU.....satu TUHAN, ALLAH....NABI MUHAMMAD RASUL ALLAH , satu AQIDAH.satu BUDAYA...yg menjurangkan kita hanya perasaan dan pemikiran yg dipengaruhi fahamn politik sempit yg tidak bersifat sejagat..
ReplyDelete